27 Disember, 2008

Santai 7 - Pesan Sayyid Qutub

Sahabat
Andainya kematianku kau tangisi
Pusara kau siram dengan air matamu
Maka di atas tulang belulangku yang dah luluh
Nyalakanlah obor untuk umat ini dan
Lanjutkanlah gerak merebut kemenangan

Sahabat,
Kematianku hanyalah suatu perjalanan
Memenuhi panggilan Kekasih yang merinduku
Taman-taman indah di syurga Tuhan
Terhampar menanti
Burung-burungnya berpesta menyambutku
Dan berbahagialah hidupku di sana

Sahabat,
Puaka kegelapan pastikan lebur
Fajarkan menyingsing
Dan alam ini akan disinari cahaya lagi
Relakanlah rohku terbang menjelang rindunya
Jangan gentar berkelana ke alam abadi
Di sana cahaya fajar memancar.

Sayyid Qutub-1966

15 Disember, 2008

Taakul 4 - Wanita & Lagu

~69696969~


Lanjutan persoalan hukum wanita menyanyi yang pernah ditanyakan sebelum ini.


Ini adalah sebahagian dari kandungan kertas kerja kajian bertajuk HUKUM MUZIK DAN NYANYIAN MENURUT PANDANGAN ISLAM yang ditulis oleh al-Fadhil Ustaz Hairul Nizam Mat Husain yang dibukukan dalam Monograf Andalus II terbitan Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta tahun 2002/2003.


HUKUM LELAKI MENDENGAR NYANYIAN DARIPADA WANITA
& SEBALIKNYA


Seluruh ulama Islam bersepakat bahawa HARUS hukumnya seorang lelaki mendengar nyanyian wanita apabila wanita itu adalah mahramnya, isterinya atau hamba wanitanya sendiri.


Persoalannya, adakah boleh seseorang lelaki mendengar nyanyian daripada wanita yang bukan mahramnya dan bukan isterinya?


Terdapat DUA pendapat ulama:
PENDAPAT PERTAMA

· Pendapat yang tidak membenarkan sama sekali – sama ada boleh menimbulkan syahwat atau tidak. Antara pelopor kepada pandangan ini ialah Ibnu Qayyim al-Jawziah[i], Abu al-Tayyib dan Dr Wahbah al-Zuhayli[ii].


DALIL PENDAPAT INI

Ulama’ yang berpandangan ini menggunakan dalil-dalil yang sama dengan dalil pengharaman nyanyian.

Ini dikuatkan lagi dengan pendapat sebahagian ulama’ bahawa suara wanita adalah aurat, lebih-lebih lagi apabila wanita itu menyanyi di hadapan lelaki ajnabi yang mana nyanyian daripada si wanita boleh menimbulkan kesan-kesan negatif seperti boleh merangsang nafsu dan sebagainya[i].


PENDAPAT KEDUA
· Pendapat yang membenarkan dengan syarat tidak berlaku fitnah dan syahwat. Di antara yang berpandangan denikian ialah Imam al-Ghazali, Ibnu Hajar al-‘Asqalani dan sebagainya.

Imam al-Ghazali menjelaskan:

Kami telah menyebutkan bahawa nyanyian wanita ajnabiah untuk meraikan majlis-majlis yang membawa kepada kemaksiatan ataupun pendengar-pendengar nyanyian yang takut sekiranya mereka mendengar nyantian daripada penyanyi-penyanyi wanita akan menyebabkan berlakunya fitnah, maka dalam kedua-dua situasi ini hukum nyanyian adalah haram. Adapun yang dimaksudkan dengan fitnah di sini ialah perkara-perkara yang ditegah oleh Islam. Sekiranya nyanyian hamba wanita itu dipersembahkan kepada tuannya, maka tidak berlakunya sebarang larangan daripada syara’.

Maka keharusan mendengar nyanyian hamba wanita ini turut meliputi kepada lelaki-lelaki lain yang bukan tuan kepada si penyanyi wanita ini apabila tiada perkara-perkara yang boleh menimbulkan fitnah”.


PENDAPAT YANG RAJIH (diterima)

Setelah diteliti secara halus pendapat-pendapat para ulama’ mengenai masalah ini, boleh disimpulkan bahawa apabila seseorang penyanyi wanita itu boleh menimbulkan fitnah di kalangan pendengar seperti menyanyikan lagu-lagu bersifat lucah, menyeru kepada cinta yang menganjurkan pergaulan bebas tanpa batas di antara lelaki dengan perempuan atau keadaan si penyanyi yang tidak menutup aurat; maka seluruh ulama’ mengharamkan golongan lelaki ajnabi mendengar nyanyian si wanita tersebut secara qat’ie (mutlak).


Namun begitu, sekiranya penyanyi wanita serta nyanyian yang disampaikan adalah bertepatan dengan syariat Allah, di samping tidak menimbulkan fitnah di kalangan pendengar – maka pendapat yang rajih mengikut pandangan Dr Abdul Karim Zaidan adalah HARUS. Ini berpandukan dalil-dalil yang kuat yang menunjukkan keharusan mendengar nyanyian wanita.


Walau bagaimanapun, Dr Abdul Karim Zaidan telah menjelaskan bahawa sekiranya ditinjau kepada suasana semasa, boleh disimpulkan bahawa nyanyian wanita hari ini adalah tidak mengikut aturan-aturan Islam seperti berpakaian menjolok mata, mendendangkan lagu-lagu berbau lucah yang mengundang norma-norma yang tidak sihat di kalangan muda-mudi Islam.



~69696969~




CATATAN HUJUNG

DEWASA INI nasyid dan para penasyid sangat sinonim dengan dakwah dan menyebarkan risalah Allah dan sunnah Rasulullah SAW.

Tetapi nasyid bukan topeng. Dan berdakwah melalui nasyid bukan sekadar ‘gitu-gitu’.

Ada amanah yang wajib dilunaskan. Wajib dilaksanakan. Bukan main-main.


Amanah yang akan dipertanggungjawabkan. Yang akan ditanya dan disoal.

Wallahualam … Ini pandangan ‘sekilas pandang’ kami yang lemah serba-serbi.

=#=#=

[i] Al-Islam wa al-Fan m.s 38

[i] Hukum al-Islami fi al-Ghina’, m.s 15

[ii] Tafsir al-Munir, juzuk 21 – surah Luqman ayat 6 – m.s 136

04 Disember, 2008

Santai 6

Bismillahirrahmanirrahim


Bagaimana ya, kalau ini benar-benar terjadi? ...

"Jika Anda ingin berbicara dengan Malaikat,

Tekan 1. Dengan Malaikat Mikail,

Tekan 2. Dengan malaikat lainnya,

Tekan 3. Jika Anda ingin mendengar sari tilawah saat Anda menunggu,

Tekan 4. "Untuk jawapan pertanyaan tentang hakikat syurga & neraka, silakan tunggu sampai Anda tiba di sini!!"

baca selanjutnya [di sini]
gambar sekadar hiasan

02 Disember, 2008

Santai 5

Bismillahirrahmanirrahim

Allah sembunyikan 6 perkara dalam 6 perkara:

1. Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2. Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3. Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al- Quran.
4. Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5. Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
6. Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.


##### ~ #####

S u b h a n a l l a h !


Langit malam tadi teramat indah untuk dilafazkan dengan kalimat.
lihat lebih banyak lagi gambar di [1] [2] [3]
seperti di bawah ini ...


venus (kejora) ~ musyitari (jupiter)
bulan
yang sedang tersenyum

01 Disember, 2008

Santai 4

Bismillahirrahmanirrahim


TAK SEMESTINYA kita tulis sendiri. Selalunya kita senang merujuk pandangan yang lain. justeru, mari kita berkongsi kisah dan falsafah ini ... Pandang dengan mata hati dan akal waras.

Mudah-mudahan, kita bukan yang dimaksudkan ...

~*~***~*~

MUSUH ALLAH BERIJAZAH SYARIAH



Bagus tulisan ini. Bangun, siapa yang menulisnya!”, kata Dr. Mustafa Abu Zaid.

Sahabat saya, Khair (bukan nama sebenar) bangun tersipu-sipu. Hampir 300 biji mata yang lain tertumpu kepadanya.

Kamu pelajar tahun dua ya?”, tanya beliau kepada anak muridnya yang seorang ini.

Khair mengangguk.

Kamu dari negeri mana di Malaysia?”, tanya Dr. Mustafa lagi.

Saya dari Kelantan”, jawab Khair.

Ohh, patutlah!”, simpul pensyarah kami.

Semua orang terpinga-pinga. Apakah yang Dr. Mustafa Abu Zaid maksudkan dengan “ohh patutlah” tersebut?

Baik, ini saya ada satu lagi hasil kerja. Sila bangun siapa yang menulisnya!”, Dr. Mustafa Abu Zaid memberikan arahan. Kali ini lain sedikit nada suaranya.

Sahabat kami, Hakim (bukan nama sebenar), terus bangun. Kelihatan agak resah di wajahnya.

Kamu pelajar tahun empat?”, tanya Dr. Mustafa.

Ya!”, jawab Hakim perlahan.

Ini hasil kerja pelajar tahun empat? Kamu dari negeri mana di Malaysia?”, soal Dr. Mustafa. Keras!

Saya dari Johor”, jawab Hakim.

Ohh, patutlah!”, simpul pensyarah kami, sekali lagi.

Habis semua orang terpinga-pinga. Tambah kebingungan.


AKSES FIKRAH

Saya tersenyum, sekadar menggelengkan kepala. Saya faham benar akan Dr. Mustafa Abu Zaid. Beliau mengajar kami subjek Dakwah Islamiyyah, subjek yang sangat berkesan dalam proses mengakses fikrah pelajar-pelajar Syariah tentang tanggungjawab dakwah dan perjuangan.

Jangan pula ada yang beranggapan, hanya dengan menjadi pelajar Syariah, sudah tentu ada fikrah tentang tugas dakwah warisan Anbiya’ itu. Belum tentu. Dr. Mustafa Abu Zaid sangat arif tentang hal ini dan beliau tidak mensesiakan setiap ruang dan peluang untuk ‘membasuh’ fikrah anak muridnya.


Mungkin sebab itu ramai pelajar Malaysia tidak suka dengannya. Tetapi beliaulah pensyarah yang paling saya minati. Sukar untuk saya ungkapkan, tetapi soalannya sentiasa menarik perhatian saya, dan jawapan saya pula selalu sesuai dengan kehendaknya. Hasilnya, Alhamdulillah, markah peperiksaan bagus. Hubungan juga bagus. Lebih dari sekadar pensyarah dan pelajar, tetapi pendidik dan mutarabbi dari kalangan kami.


KAJIAN GERAKAN

Kali itu, Dr. Mustafa Abu Zaid memberikan assignment kepada kami. Beliau mahu kami mengkaji dan menulis tentang gerakan atau parti yang wujud di negara masing-masing. Satu contoh gerakan yang mendukung idea Islam, idea Nasionalisma, idea Sosialisma dan satu idea lain yang wujud.

Saya gembira sekali dengan tugasan sebegini. Hampir seminggu saya menyelongkar perpustakaan universiti dan kedai-kedai buku di Amman untuk mencari bahan. Terkasima juga bertemu dengan tulisan-tulisan pemimpin PAS dan ABIM yang diterjemahkan ke Bahasa Arab, termasuk juga buku-buku yang disunting oleh Sheikh Azzam al-Tamimi.

Tentu sahaja di ketika itu (1995), belum ada apa yang dinamakan sebagai internet, dalam dunia pengajian kami.

Bagi pelajar yang biasa dengan usrah, tentu sahaja assignment sebegini tidak sukar. Tahu hujung pangkalnya. Tetapi bagi yang tidak pernah peduli dengan Tarbiyah, dengan dakwah, bertemu kesulitan yang besar untuk menyelesaikannya.


KE PEJABAT

Kami keluar kelas bagai cacing kepanasan. Ada yang marah, ada yang ketawa, ramai yang tersenyum dan terus diam. Saya bergegas mengejar Dr. Mustafa Abu Zaid ke pejabatnya kerana beliau berpesan begitu. Turut bersama semasa itu ialah Ahmad yang juga peminat Dr. Mustafa Abu Zaid.

Di pejabat beliau, beliau meminta kami menjelaskan dengan lebih terpeinci tentang suasana politik di Malaysia. Beliau khuatir dengan Anwar Ibrahim yang dilihatnya mengkhianati perjuangan Islam.

Jangan sampai jadi macam Anuar Saddat!”, katanya, merujuk kepada bekas Presiden Mesir yang muncul dari khemah al-Ikhwan al-Muslimun tetapi bertukar menjadi musuh paling keras dan kejam terhadap Ikhwan.

Saya melihat di atas meja beliau ada buku BACAAN, yang menjadi rujukan golongan Anti Hadith di Malaysia. Manalah ‘Tok Sheikh’ ini dapat naskhah itu, kami berdua kehairanan.


PEPERIKSAAN LISAN

Semasa kami sedang berbual, tiba-tiba pintu bilik Dr. Mustafa diketuk. Seorang pelajar Malaysia muncul dan memberi salam.

Urusan apa?”, tanya beliau.

Ujian Satu subjek Aqidah 1," jawabnya. Saya dan Ahmad beralih ke tepi.

Kamu sudah selesai baca buku Ubudiyyah karangan Ibnu Taimiyah itu?”, soal Dr. Mustafa Abu Zaid.

Sudah, Alhamdulillah”, balas beliau.

Baik, silakan duduk. Soalan pertama saya, kamu parti mana?”, tanyanya. Pelajar itu, dan kami berdua sama-sama tercengang.

Err… err…!”, beliau serba salah mahu menjawabnya.

“PAS atau UMNO?”, soalnya terus.

“Bukan, bukan! Bukan PAS, bukan UMNO!”, jawab beliau. Cemas!

“Habis? ABIM?”, Dr. Mustafa Abu Zaid menyoal lagi untuk memudahkan jawapan.

“Ya…”, jawab pelajar tersebut.

“Baik. Soalan kedua saya, hasil bacaan buku Ubudiyyah itu, terangkan kepada saya bagaimana ABIM faham Islam?”, soalan Dr. Mustafa Abu Zaid makin ‘telanjang’. Tembus dan telus.

Err… err…”, gugup sekali pelajar tersebut mahu menjawab soalan itu. Tentu sahaja tiada dalam jangkaannya akan disoal sedemikian rupa. Saya dan Ahmad juga resah mendengarnya.

Saya mudahkan soalan saya ya. Macam Islam PAS atau macam Islam UMNO?”, Dr. Mustafa menembak soalan lagi.

Tidak, tidak! Bukan macam PAS, bukan macam UMNO. Kami tengah-tengah!”, jawab beliau.

APAAA!!!”, Dr. Mustafa sangat terkejut. Merah padam mukanya.

Kami kesejukan. Silap benar jawapan sebegitu wahai saudaraku…

Tengah-tengah!!! Tiada tengah-tengah dalam masalah ini. Sama ada kamu pilih Islam atau kamu pilih Jahiliah. Mereka yang baina baina (tengah-tengah) hanya kaum yang bersekongkol dengan Nifaq. Adakah kamu maksudkan ABIM begitu?”, soalnya lagi.

Tidak, tidak… bukan begitu!”, jawab pelajar itu. Wajahnya sungguh panik.

Saya dan Ahmad meminta izin untuk keluar. Kasihan melihat pelajar tersebut yang tersepit dan terjerat.

Jangan! Duduk sini”, tegas Dr. Mustafa Abu Zaid menahan kami.

Saya dan Ahmad duduk semula.

Habis, bagaimana sebenarnya Islam yang kamu fahami dan perjuangkan. Terangkan kepada saya”, ujar Dr. Mustafa.

Saya tidak tahu!”, balas pelajar itu perlahan. Sayu bunyinya.

“Kamu bilang kamu sudah habis membaca kitab Ubudiyyah. Tetapi kamu tidak dapat jelaskan Islam apa yang kamu perjuangkan. Wallahi, kamu belum faham apa yang Ibnu Taimiyyah cuba sampaikan dari buku itu. Pergi balik dan baca semula. Setelah faham, baru datang jumpa saya dalam tempoh satu minggu”, Dr. Mustafa Abu Zaid meredakan kemarahannya.

Biar pun beliau seorang yang tegas, tetapi ketegasannya ialah pada menegaskan fikrah dan kefahaman. Dalam bab peperiksaan dan pemarkahan, beliau seorang yang bertolak ansur dan memberi peluang kepada pelajarnya.


KELAS BERIKUTNYA

Dua hari selepas itu, kami masuk semula ke kelas Dakwah Islamiyyah.

Jam sudah sedikit lewat. Kami hampir-hampir sahaja mahu meninggalkan kelas kerana Dr. Mustafa Abu Zaid amat jarang tiba lewat ke kelas. Beliau muncul tetapi wajahnya kemerahan.

“Saya kecewa!”, katanya memulakan kelas kami.

Dewan Teater 5 itu sepi. Tentu ada sesuatu yang tidak kena.

Saya telah dipanggil oleh Dewan Senat kerana ada di kalangan kamu yang mengadu dan menuduh saya menyebarkan propaganda di dalam kelas!”, sambungnya lagi.

Kamu tahu apa itu propaganda? Iaitu kenyataan tanpa dalil dan pembuktian. Apakah ada mana-mana keterangan saya yang tidak merujuk kepada dalil? Cakap!”, tegas guru kami yang seorang ini.

Saya sendiri sejuk-sejuk tangan dan leher dibuatnya. Gerun.

Salman! Mana satu Salman? (bukan nama sebenar)”, beliau memanggil nama pelajar yang membuat pengaduan tersebut.

Seorang rakan kami dari Indonesia bangun.

Oh, kamu! Apa alasan pengaduan kamu?”, tanya beliau.


BERANI MENJAWAB

Salman menegaskan bahawa beliau tidak suka dengan idea assignment tentang gerakan dan parti yang diberikan tempoh hari. Katanya, subjek Dakwah Islamiyyah sepatutnya mengajar tentang cara-cara berdakwah, bukannya bercakap tentang politik kepartian.

Dr. Mustafa Zaid, merah padam mukanya.

Kamu sudah baca silibus subjek ini?”, soalnya lagi.

Sudah doktor!”, balas Salman.

Faham isi kandungan dan matlamatnya?”, tanya beliau.

“Faham”, jawab Salman.

“Wallahi, kamu tidak faham satu apa pun dari silibus tersebut!!!”, marah Dr. Mustafa Abu Zaid.

Kelas menjadi sepi. Tegang, bukan tenang.


AYAH, BUKAN PENSYARAH

“Kamu semua dengar sini. Aku mengajar kamu bukan kerana mencari duit. Aku bukan berdiri di sini sebagai pensyarah. Aku adalah bapa, dan kamu anak-anakku. Aku mengajar kamu agar kamu hidup menyembah Allah. Jangan jadi musuh Allah, apatah lagi musuh Allah berijazah Syariah! Jika kamu melaporkan kepada Raja sekali pun dan aku dihukum bunuh, ketahuilah bahawa syahidnya aku adalah kebanggaan isteri dan anak-anakku!”, Dr. Mustafa Abu Zaid bersyarah.

Wajah dan janggutnya basah dengan air mata.

Saya juga gagal menahan sebak. Puas mengelap air mata, kerana saya tahu Dr. Mustafa memaksudkan apa yang diperkatakannya.

Kelas tamat untuk hari ini. Kamu semua jangan datang ke kelas ini lusa, kecuali setelah kamu tahu apa maksud Surah al-Dzaariyaat ayat 56!”, beliau terus melangkah keluar dan memberikan salam kepada kami.

Ubudiyyah kepada Allah… itulah butir hikmah yang Sheikh Mustafa Abu Zaid semaikan ke jiwa kami.

Hanya jauhari yang kenal manikam!

::: ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur :::



~*~***~*~