04 Disember, 2013

Lirik Anak Gaza oleh UAI

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.



Tun Nabil - Dang Suzana - Hang Amsyar
Saya hadir bertugas untuk Majlis Malam Jakim Bersama Media di Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan.

Antara artis yang diundang untuk membuat persembahan ialah Hijjaz dan Salaam.

Hijjaz menampilkan album terbaharu mereka Keranamu Baitul Maqdis versi MAPIM.

Tuan suami membelinya untuk kami.



Sungguh! Sejak kali pertama mendengarnya, kami bertiga - saya, tuan suami dan Yop Amsyar sudah dapat merasakan auranya.

Lagu lama yang diberi nafas baharu - Inilah Jalan Kita dan Wahai Kaum Muslimin benar-benar menjelmakan memori lama. Saya dibesarkan dengan lagu-lagu ini!

Saya suka lirik Pejuang al-Qassam dan Anak Gaza.

Istimewanya lirik Anak Gaza ini ia adalah air tangan Ustaz Azhar Idrus.

Liriknya pada saya, hidup. Seakan-akan saya menonton cerita...

Cerita benar tetapi sedih. Cerita tentang Anak Gaza.

Boleh menderma untuk Gaza dan Syria dengan membeli album ini.


Anak Gaza – Hijjaz 

Lahirmu serentak dentuman peluru 
Tentera kufar seribu nyawa memburu 
Di bawah runtuhan si ibu menyusu 
Besar dirimu di kota berdebu 

Laskar durjana datang dan berlalu 
Dari mula kau melihat dunia 
Darah terpercik simbol syahid mulia 
Engkau dewasa sedang dunia berdusta 

Senapang lama mainan puteri putera 
Sambil tersenyum melihat Gaza dihina 
Besarlah wahai anak comel tercinta 
Hijau matamu belajar erti merdeka 

Merah bibirmu dalam hela yahudi durjana 
Perang rambutmu menangisi bumi mulia 
Bumi kebanggaan auliya’ dan anbiya’ 
Hanyalah satu buat ayah rasa girang 

Jasadmu terbaring di medan perang 
Pergilah wahai anakku, pergi berperang 
Kematianmu buatku rasa senang 
Harapan syafaat di hari tiada peluang 

Andai Ilahi izinkan kau pulang 
Esok hari pergilah lagi berjuang 
Hanya satu buat ibumu senyum memanjang 
Jasadmu terbaring di medan perang 

Senilagu : Manis Helma (Hijjaz Records Publishing)
Senikata : Ustaz Azhar Idrus (Hijjaz Records Publishing)
Susunan Muzik : Wan Saleh
Gitar Akustik & Elektrik : Greg Henderson
Juruadun : Greg Henderson
Penerbit : Isman Isam & Wan Saleh
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn Bhd

Baca lanjut di http://munsyeed.com/malay/2013/11/ustaz-azhar-idrus-cipta-lirik-lagu-anak-gaza/
Hakcipta © Munsyeed{Dot}Com 2010-2013