07 Januari, 2009

Taakul 5 - Arak & 10 Golongan

Bismillahirrahmanirrahim

Wa ba'du,

Ada seorang sahabat bertanya, "ustaz, ramai kawan-kawan kita yang Muslim buat kerja part-time kat 7 Eleven. Masalahnya, ada jual arak. Ye lah, dia memang tak minum. Tapi kalau pelanggan non-Muslim datang nak beli, macam mana?" (lebih kurang gitu lah ayat yang difahami)

Jadi di sini, kami unjukkan pesan Rasulullah SAW yang berupa amaran kepada umatnya, supaya tak sesat jalan.

"Rasulullah SAW melaknat tentang arak, 10 golongan:
(1) yang memerahnya,

(2) yang minta diperahkannya,

(3) yang meminumnya,

(4) yang membawanya,

(5) yang minta dihantarkan arak,

(6) yang menuangkan arak,

(7) yang menjualnya,

(8) yang makan harganya,

(9) yang membelinya,

(10) yang minta dibelikannya."
(Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)


Perkara yang nampak remeh, tetapi impaknya sangat besar pada kehidupan kita di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat nanti.

Masa singgah di 7 Eleven tahun lepas, isteri saya sempat menyapa si cashier, "dik, kalau ada orang nak beli arak tu, adik buat macam mana?"

Cik cashier yang mungkin tak menyangka soalan ini akan diajukan, sedikit gugup menjawab, "err ... ada orang lain yang akan jaga."

Wallahu a'lam.

::nota::
(*) bukan di 7 Eleven je yang ada jual arak, kan? Giant, Tesco, KK ... Kalau nak disenaraikan, ...
(*) bukan si cashier je yang terlibat. Ada 9 golongan lagi. Rasanya yang ke-8 lagi bala.

06 Januari, 2009

Seribu Kata

Bismillahirrahmanirrahim.





:: foto 1 ::
Nur Ayunni binti Mohd Sukri - puteri kedua Kak Nasuha - merangkap anak angkat kami =)


:: foto 2 ::
Tengku Iskandar, cahaya mata pertama Cik Nor dan Pak Engku.

05 Januari, 2009

Santai 8 - Kahwin dan Kaya

Bismillahirrahmanirrahim


Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka daripada limpah kurnia-Nya, kerana Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui.


(Surah al-Nur: 32)

Maha Suci Allah yang menciptakan dan menyempurnakan ciptaan ...

Buat Fuzaimi dan isterinya, Jannah, doa kami barakallahu lakuma wa barik 'alaikuma


Cik Nor (anak tiri Tok) telah selamat melahirkan putera sulungnya, Tengku Iskandar 29 Disember 2008 lalu. Mereka melangsungkan perkahwinan 2 minggu selepas pernikahan kami dan selepas 10 bulan, Allah tambah rezeki dan kurnia-Nya pada mereka.

Penantian lebih setahun, kini telah terbebat bila sepupu kami, Fadilah telah pun disahkan hamil anak sulungnya, 2 bulan. 5 Mei ini akan genap usia perkahwinan mereka 2 tahun. Moga selamat semuanya, itu doa kami.

Subhanallah ...

Alhamdulillah ...

Allahu Akbar!

01 Januari, 2009

Tak Sampai Hati ...

Ya Allah ...!

Tak sampai rasanya hati nak seronok2 sambut tahun baru 2009 ni. Nak senyum pun rasa pipi ni berat. Mengenangkan Palestin yang sedang dikerjakan cukup2 dek Zionis.

Kita di Malaysia berhabis duit begitu saja untuk sambut 2009 sedangkan rakyat Palestin tak cukup bekal untuk pertahankan diri apatah lagi wilayah.

Ayuh kita wajibkan diri mengangkat tangan mendoakan moga Allah membantu saudara2 kita di Palestin khasnya dengan munajat dan Qunut Nazilah.

Ya Allah, Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami.
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 merekaYa Allah.
Leburkanlah kumpulan2 mereka.
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka.
Goncangkan pendirian mereka.
Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka.

Wahai tuhan yang gagah perkasa.
Wahai tuhan yang penuh raksasa.
Wahai tuhan yang bersifat murka.

Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah! Ya allah!
Wahai tuhan yang menurunkan kitab.
Wahai tuhan yang mengarakkan awan.
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab.
Kalahkan mereka.
Kalahkan mereka.
Kalahkan mereka.
Dan menangkan kami ke atas mereka.



Pautan berikut sebagai rujukan tambahan [satu] - [dua] - [tiga]

27 Disember, 2008

Santai 7 - Pesan Sayyid Qutub

Sahabat
Andainya kematianku kau tangisi
Pusara kau siram dengan air matamu
Maka di atas tulang belulangku yang dah luluh
Nyalakanlah obor untuk umat ini dan
Lanjutkanlah gerak merebut kemenangan

Sahabat,
Kematianku hanyalah suatu perjalanan
Memenuhi panggilan Kekasih yang merinduku
Taman-taman indah di syurga Tuhan
Terhampar menanti
Burung-burungnya berpesta menyambutku
Dan berbahagialah hidupku di sana

Sahabat,
Puaka kegelapan pastikan lebur
Fajarkan menyingsing
Dan alam ini akan disinari cahaya lagi
Relakanlah rohku terbang menjelang rindunya
Jangan gentar berkelana ke alam abadi
Di sana cahaya fajar memancar.

Sayyid Qutub-1966

15 Disember, 2008

Taakul 4 - Wanita & Lagu

~69696969~


Lanjutan persoalan hukum wanita menyanyi yang pernah ditanyakan sebelum ini.


Ini adalah sebahagian dari kandungan kertas kerja kajian bertajuk HUKUM MUZIK DAN NYANYIAN MENURUT PANDANGAN ISLAM yang ditulis oleh al-Fadhil Ustaz Hairul Nizam Mat Husain yang dibukukan dalam Monograf Andalus II terbitan Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta tahun 2002/2003.


HUKUM LELAKI MENDENGAR NYANYIAN DARIPADA WANITA
& SEBALIKNYA


Seluruh ulama Islam bersepakat bahawa HARUS hukumnya seorang lelaki mendengar nyanyian wanita apabila wanita itu adalah mahramnya, isterinya atau hamba wanitanya sendiri.


Persoalannya, adakah boleh seseorang lelaki mendengar nyanyian daripada wanita yang bukan mahramnya dan bukan isterinya?


Terdapat DUA pendapat ulama:
PENDAPAT PERTAMA

· Pendapat yang tidak membenarkan sama sekali – sama ada boleh menimbulkan syahwat atau tidak. Antara pelopor kepada pandangan ini ialah Ibnu Qayyim al-Jawziah[i], Abu al-Tayyib dan Dr Wahbah al-Zuhayli[ii].


DALIL PENDAPAT INI

Ulama’ yang berpandangan ini menggunakan dalil-dalil yang sama dengan dalil pengharaman nyanyian.

Ini dikuatkan lagi dengan pendapat sebahagian ulama’ bahawa suara wanita adalah aurat, lebih-lebih lagi apabila wanita itu menyanyi di hadapan lelaki ajnabi yang mana nyanyian daripada si wanita boleh menimbulkan kesan-kesan negatif seperti boleh merangsang nafsu dan sebagainya[i].


PENDAPAT KEDUA
· Pendapat yang membenarkan dengan syarat tidak berlaku fitnah dan syahwat. Di antara yang berpandangan denikian ialah Imam al-Ghazali, Ibnu Hajar al-‘Asqalani dan sebagainya.

Imam al-Ghazali menjelaskan:

“Kami telah menyebutkan bahawa nyanyian wanita ajnabiah untuk meraikan majlis-majlis yang membawa kepada kemaksiatan ataupun pendengar-pendengar nyanyian yang takut sekiranya mereka mendengar nyantian daripada penyanyi-penyanyi wanita akan menyebabkan berlakunya fitnah, maka dalam kedua-dua situasi ini hukum nyanyian adalah haram. Adapun yang dimaksudkan dengan fitnah di sini ialah perkara-perkara yang ditegah oleh Islam. Sekiranya nyanyian hamba wanita itu dipersembahkan kepada tuannya, maka tidak berlakunya sebarang larangan daripada syara’.

Maka keharusan mendengar nyanyian hamba wanita ini turut meliputi kepada lelaki-lelaki lain yang bukan tuan kepada si penyanyi wanita ini apabila tiada perkara-perkara yang boleh menimbulkan fitnah”.


PENDAPAT YANG RAJIH (diterima)

Setelah diteliti secara halus pendapat-pendapat para ulama’ mengenai masalah ini, boleh disimpulkan bahawa apabila seseorang penyanyi wanita itu boleh menimbulkan fitnah di kalangan pendengar seperti menyanyikan lagu-lagu bersifat lucah, menyeru kepada cinta yang menganjurkan pergaulan bebas tanpa batas di antara lelaki dengan perempuan atau keadaan si penyanyi yang tidak menutup aurat; maka seluruh ulama’ mengharamkan golongan lelaki ajnabi mendengar nyanyian si wanita tersebut secara qat’ie (mutlak).


Namun begitu, sekiranya penyanyi wanita serta nyanyian yang disampaikan adalah bertepatan dengan syariat Allah, di samping tidak menimbulkan fitnah di kalangan pendengar – maka pendapat yang rajih mengikut pandangan Dr Abdul Karim Zaidan adalah HARUS. Ini berpandukan dalil-dalil yang kuat yang menunjukkan keharusan mendengar nyanyian wanita.


Walau bagaimanapun, Dr Abdul Karim Zaidan telah menjelaskan bahawa sekiranya ditinjau kepada suasana semasa, boleh disimpulkan bahawa nyanyian wanita hari ini adalah tidak mengikut aturan-aturan Islam seperti berpakaian menjolok mata, mendendangkan lagu-lagu berbau lucah yang mengundang norma-norma yang tidak sihat di kalangan muda-mudi Islam.



~69696969~




CATATAN HUJUNG

DEWASA INI nasyid dan para penasyid sangat sinonim dengan dakwah dan menyebarkan risalah Allah dan sunnah Rasulullah SAW.

Tetapi nasyid bukan topeng. Dan berdakwah melalui nasyid bukan sekadar ‘gitu-gitu’.

Ada amanah yang wajib dilunaskan. Wajib dilaksanakan. Bukan main-main.


Amanah yang akan dipertanggungjawabkan. Yang akan ditanya dan disoal.

Wallahualam … Ini pandangan ‘sekilas pandang’ kami yang lemah serba-serbi.

=#=#=

[i] Al-Islam wa al-Fan m.s 38

[i] Hukum al-Islami fi al-Ghina’, m.s 15

[ii] Tafsir al-Munir, juzuk 21 – surah Luqman ayat 6 – m.s 136

04 Disember, 2008

Santai 6

Bismillahirrahmanirrahim


Bagaimana ya, kalau ini benar-benar terjadi? ...

"Jika Anda ingin berbicara dengan Malaikat,

Tekan 1. Dengan Malaikat Mikail,

Tekan 2. Dengan malaikat lainnya,

Tekan 3. Jika Anda ingin mendengar sari tilawah saat Anda menunggu,

Tekan 4. "Untuk jawapan pertanyaan tentang hakikat syurga & neraka, silakan tunggu sampai Anda tiba di sini!!"

baca selanjutnya [di sini]
gambar sekadar hiasan