25 Oktober, 2008

Santai 1

Pengarang Russia, Alexander Solzhenitsyn:

Jika semuanya semudah itu!


"Jika hanya terdapat manusia durjana melakukan perbuatan durjana di sesuatu tempat, dan ia menjadikannya satu keperluan untuk mengasingkan hanya mereka yang durjana itu dari kita semua. Namun garis pemisah di antara yang mulia dengan yang durjana menghiris ke dalam hati setiap manusia. Dan siapakah yang sanggup memusnahkan hatinya sendiri?"

23 Oktober, 2008

Taakul 2

DAKWAH MELALUI PROGRAM REALITI TV
Oleh Suzana Mohamed Ali


Menyentuh polemik ini, bererti kita turut membahaskan barah hedonisme yang membunuh jati diri Timur di kalangan rakyat Malaysia. Hedonisme merupakan satu pegangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan dalam hidup. Kepuasan nafsu menjadi keutamaan dan ukuran dalam menentukan pilihan.

Sebelum dunia mengamalkan dasar langit terbuka dan membuka sempadannya, budaya songsang ini hanya menjangkiti remaja dan belia sahaja. Tetapi, realiti hari ini lebih memedihkan apabila barah ini mewabak kepada segenap lapisan masyarakat termasuk warga emas.

Program Realiti TV Bukan Perkara Baru
Kebanjiran genre hiburan dari serata dunia melemaskan watan Malaysia. Bagai mengantuk disorong bantal, begitulah analogi yang mewakili bejatnya hedonisme ini yang diperkukuhkan letak diamnya dengan penyalahgunaan teknologi secara membuta tuli.

Namun, program realiti TV ini bukanlah perkara baru dalam budaya hiburan masyarakat kita di Malaysia. Dekad-dekad sebelum ini kita sudah diperkenalkan dengan Sinaran Pasport Kegemilangan, misalnya dan banyak lagi rancangan hiburan lain yang seumpamanya.

Budaya hiburan ini seakan-akan sudah sebati dalam darah daging masyarakat majmuk negara kita. Warisan sejarah sahaja sudah cukup membuktikan perkara ini. Malaysia memang dikenali dengan kepelbagaian budaya yang rata-ratanya berkaitan hiburan. Zapin, makyung, wayang kulit dan syair gurindam serta banyak lagi.


Dakwah Melalui Program Realiti TV
Islam sebenarnya lebih luas dari pemikiran manusia. Islam mencakupi perkara-perkara yang kadang-kadang manusia tidak terfikirkannya. Kerana Islam adalah penyelesaian dan Islam adalah kesempurnaan.

Justeru, dalam soal ini Islam menyeru supaya umatnya saling berdakwah. Bukan sekadar menyampaikan ilmu dan memperkenalkan Islam. Jauh dari itu, supaya Islam dilihat sebagai keperluan, dan bukan semata-mata kehendak.

Dakwah melalui program realiti TV ada kemungkinannya. Namun, jika dilihat dari realiti semasa, program sebegini rencat. Racun hedonisme sudah membunuh minat hampir seluruh masyarakat terhadap rancangan mendidik terutamanya yang berwajah Islam. Semacam ada satu kengerian yang diistilahkan sebagai Islamfobia.

Sungguhpun begitu, kita tidak boleh bersikap lepas tangan dari mewujudkan alternatif. Dakwah mempunyai banyak kaedah. Adakalanya Islam memerintahkan supaya kita bertahan dan adakalanya menyerang balas. Dalam konteks mendepani cabaran hedonisme ini, kita wajar menyediakan pilihan lain untuk masyarakat. Cara dan konsep kita wajib berdiri di atas ketentuan yang Allah syariatkan. Walaupun kita seakan-akan mengikut arus, sewajibnya matlamat kita sehala dengan yang Islam gariskan, tanpa perlu menggadaikan dasar-dasar Islam yang terpelihara.

Terlalu banyak perkara yang boleh kita kongsi bersama masyarakat dunia tentang Islam melalui media. Sayangnya, umat Islam yang berjati diri Muslim kurang kreatif mempelbagaikan method dakwah. Yang ada, Muslim yang tidak berjiwa Muslim dan tentulah hasil usahanya langsung tidak menepati kehendak Penciptanya.

Seperti yang dinyatakan, Islam lebih luas dari takat pemikiran manusia. Islam mempunyai norma dan metodologi berkaitan hiburan. Selama kita masih mematuhinya, kita bebas mengadaptasi semua kemajuan teknologi demi menjulang kepentingan Islam.

Metodologi Hiburan Menurut Islam
Islam membenarkan hiburan dalam erti kata yang luas. Islam tidak membiarkan umatnya lepas bebas berbuat apa sahaja untuk menghiburkan diri mereka. Ini perlu bagi memelihara hak sesama manusia dari diperlakukan sesuka hati. Manusia bebas berhibur tetapi tidak boleh menyulitkan manusia lain semata-mata kerana mahu memenuhi kehendak sendiri.

Islam membataskan hiburan dengan beberapa perkara. Antaranya :

1. Hiburan bukan memuja manusia melebihi Tuhannya. Ringkasnya, ia tidak melalaikan dari mengingati Allah.

2. Memelihara batas pergaulan antara lelaki dan wanita. Dari sudut aurat, percampuran (interaksi), penggunaan peralatan dalam berhibur serta banyak lagi.

3. Mendahulukan yang wajib dari yang lainnya. Contohnya mendahulukan solat apabila masuk waktu dari berterusan berhibur.

4. Matlamat tidak menghalalkan cara. Ertinya tidak mencampur adukkan mungkar atas nama ihsan sesama manusia. Contohnya hiburan ditaja oleh mereka yang menghalalkan arak dan banyak lagi.


Dr. Yusuf al-Qaradawi telah menyimpulkan tiga faktor yang menyebabkan sebahagian ulama agak berkeras dalam masalah hiburan, terutamanya yang melibatkan nyanyian. Sebab-sebab itu adalah seperti berikut:

1. Ulama mengambil sikap berhati-hati daripada berpegang dengan prinsip bermudah-mudah.

2. Terdapat sebahagian ulama berpegang dengan hadis-hadis daif dan tertipu dengan hadis-hadis palsu.

3. Kondisi dunia hiburan hari ini yang kebanyakannya tidak mengikut lunas-lunas yang dibenarkan oleh syara’ menyebabkan para ulama bertegas mengharamkannya kerana mahu memelihara kepentingan manusia sejagat.

Kesimpulan
Islam tidak datang memerangi fitrah manusia tetapi Islam hadir untuk memimpin dan menuntun fitrah agar ia tidak lari dan liar dari landasan Islam.

Realiti yang terpampang di hadapan kita hari ini jelas menginjak-injak peraturan yang Allah gubal. Tidaklah keterlaluan untuk menyifatkan bahawa rancangan realiti TV yang ada hari ini langsung tidak ada satu pun kebaikan untuk diterima pakai. Semuanya menjerumuskan manusia untuk bertuhankan nafsu.

Justeru, dakwah melalui program realiti TV yang berdasarkan kefahaman Islam amat diharapkan bagi menggantikan rancangan yang sedia ada. Perkara ini bukan mustahil. Sama tidak mustahilnya manusia menjejak bulan!

Penutup
Sudah tercatat dalam Protokol Hukama’ Yahudi untuk merosakkan umat Islam terutamanya dengan membiakkan virus hiburan dalam jiwa mereka. Dan ternyata usaha mereka berjaya. Hari ini, masyarakat Islam di Malaysia sudah dihipnosis dengan hedonisme. Seolah-olah mereka akan mati jika tiada hiburan.

Namun masih belum terlewat untuk menyelamatkan situasi runcing ini. Rawatannya cukup mudah. Kembali kepada Allah dan Rasul-Nya.

Wallahua’lam. Wa billahi al-Tawfiq.


Rujukan :
1. Al-Quran, tafsir dan terjemahannya.
2. Monograf Andalus II (Tanta), terbitan Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta (DPMT) dengan izin terbit Badan Penerangan dan Penerbitan PMRAM.
3. Brutukulat Hukama’ Sohyuni.


~***~
Artikel ini telah melewati usia 1 tahun dari tarikh ia ditulis. Asalnya atas permintaan sahabat yang mahu menerbitkannya. Sama ada sudah diterbitkan atau belum, tidak menjadi soal.

Paling penting berkongsi ilmu dan pandangan. Kalau salah, tolong betulkan ...

21 Oktober, 2008

Mencari Lelaki Ini

Masa senggang mula mengundur diri.

Namun tatkala ayat dari Surah al-Nur ini disebut dengan lidah, diungkap dengan hati, jiwa disapa rindu. Rindukan hamba sebegini dan alangkah eloknya kami juga di kalangan golongan yang Allah maksudkan ini ...

(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan (urusan) atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahnyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.

(Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurnia-Nya; yang sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak terhitung.

(Surah al-Nur: 37-38)

16 Oktober, 2008

Taakul 1




(i)

Iklan ni dah lama. Masa Berita Hairan belum baru nak berwajah baru. Iklan Berita Hairan lah. Bila si makcik baru ambil akhbar tu, katanya, "ni salah (bagi akhbar) ni."

Anak cina yang berjirannya tegur, "makcik, ini memang Berita Hairan."

Moral:
Orang Melayu cepat menghukum. Contoh sikap makcik tadi, belum tengok betul-betul lagi dah kata si penghantar surat khabar tu tersilap bagi. Padahal kalau dia belek dulu depan belakang, mesti dapat jawapannya.

Masyarakat bangsa lain fikir dulu sebelum bertindak.

(Bahaya juga bicara bab ni. Boleh kena ISA =). Hakikatnya kita sama-sama mahu buka minda. Bukan mahu menyalakan sentimen perkauman.)



(ii)

Satu lagi iklan sabun. Tiga orang budak pakai baju putih baling batu nak curi buah. Kemudian menyorok kat kain putih di ampaian.

Nampak biasa je, iklan ni. Sekadar nak promosi sabun saja. Tapi dalam jangka masa panjang, ia boleh mendidik minda anak-anak untuk meniru perkara yang sama.

~***~
Dah lama terfikir perkara ni. Tapi ini baru berkesempatan menulis. Mungkin dah ramai yang terfikir ... Wallahua'lam.

Iklan jadi medium penting dalam pemasaran apa jua produk pun. Sayangnya, hari ini nilai murni dalam iklan kurang dititik-beratkan. Mungkin kita terlalu rakus menarik hati pembeli menggunakan produk kita, dalam masa yang sama, nilai moral terpinggir.


Dan begitulah nasib malang yang menimpa Islam. Produknya sangat bagus. Tapi packaging, branding, marketing semua out.

Maka, jadilah Islam macam barang tak laku di pasaran global. Astaghfirullah! Wa na'uzubillah.

14 Oktober, 2008

Satu Salah 300 Denda (1)

oleh Suzana Mohamed Ali dan Nabil Ahmad

(Bahagian 1)

Hukum dan Hukuman
Coretan kali ini saya mulakan dengan kisah peribadi saya. Ada falsafah yang mahu saya kongsi dengan mata, telinga dan minda khalayak pembaca. Biar sama-sama beriktibar. Biar kita berfikir-fikir.

Lewat malam itu kami ditahan polis dalam perjalanan kami ke sebuah restoran makanan segera. Tanpa kata, si polis ini terus mencatit nama dan maklumat berkaitan diri dan kereta atas kesalahan tidak berhenti ketika lampu isyarat merah.

Kami masing-masing gamam dengan insiden itu. Mujur juga jalan lengang kerana malam sudah terlalu larut. Dan suami saya memang tidak pernah melakukan kesalahan trafik sepanjang dia memandu. Cuma malam itu, kami berdua terlepas pandang pada isyarat merah lampu trafik yang jaraknya cuma 250 meter dari kawasan kediaman kami.

Hampanya, apabila si polis tadi terus menulis dalam kertas saman di tangannya dengan wajah dan reaksi tegang. Kami cuba berbasa-basi, minta dipertimbangkan kesalahan kami. Walaupun hakikatnya kami tahu memang salah kami kerana lalai lalu terlepas pandang dan kebetulan si polis ini berada di belakang kereta kami!

Kami juga tahu, denda kesalahan kami itu adalah maksimum – RM300 ‘sahaja’. Namun, hati kecil kami mengharapkan caranya biarlah berdiplomasi. Apa salahnya terangkan pada kami, ini salah dan perlu dihukum. Atau sekurang-kurangnya tanya dahulu kenapa kami tidak patuh undang-undang jalanraya itu.

Tetapi tidak. Dia buat kami rasa geram walaupun kami memang sedar kami salah sementelah kami rela membayar dendanya.

Itulah kisahnya. Kisah biasa kita dengar dan mungkin ada yang pernah laluinya sama seperti kami.

Satu Salah Satu Denda
Dan inilah yang mahu saya kongsi – apabila kita melakukan kesalahan dengan manusia, kita akan dihukum begitu sahaja. Sama ada kita sengaja atau tidak, hukum tetap hukum. Sifatnya statik. Salah, kena.

Di sinilah kita perhatikan betapa berbaloinya deal dengan Allah. Allah SWT yang sangat teliti, maha tahu perilaku kita yang terang nyata atau yang tersembunyi dari siapa-siapa. Dia Maha Tahu kalau kesilapan kita kerana sengaja atau terleka.

Dia tidak terus-terus mencatit salah kita sedangkan Dia mengamati ketidaksengajaan kita atau sebaliknya.

Dan Dia tidak pernah mahu membebankan kita menanggung denda satu dosa dengan berkali-kali ganda hukuman. Satu dosa, satu hukuman.

Tetapi tidak kita. Salah satu, dendanya berganda-ganda. Hingga hati kita rasa bengkak-bengkak kerana meradang sendiri dek ketidakpuasan hati dengan hukuman yang tidak berbaloi. Benar-benar rasa terbeban.

Memang benar rupa-rupanya hukuman yang manusia bikin seringkali tidak seimbang dan adil. Manusia yang mencipta hukum mungkin merasakan ia adil dan mendidik pelaku salah. Hakikatnya tidak.

Lain sungguh dengan ciptaan Allah. Hukumannya buat kita rasa aman dan nyaman. Zahirnya nampak macam keras, tetapi penerima hukumannya rasa patut. Khalayak umum yang lain rasa terdidik dan waspada.

Memang sesungguhnya kiraan salah betul Allah sangat adil. Neracanya saksama walau dengan siapa. Hingga kita tidak pernah rasa mahu mengungkit atau membentak menyuarakan rasa tidak puas hati dengan hukuman dari Dia.

Lebih dari itu, Dia bisa sahaja memaaf dan melupakan kesalahan kita, sekiranya kita mengakui dan menyesali kesilapan itu dan membuat permohonan maaf dari-Nya dengan hati ikhlas yang total.

Allah memang sangat adil. Terlalu adil dan saksama. Tetapi kenapa kita tidak mahu menurutinya – dalam hal-hal yang ditentukan hukumnya?

Dalam soal undang-undang jalanraya, memang kita bebas mencatur hukumannya sendiri. Tetapi bagaimana dalam soal yang lain?

Perjalanan kami teruskan juga. Malam itu, perut kami yang lapar terus jadi sebu dengan rasa sebal. Namun apabila memikirkan Allah sedang mendidik dan mahu kami mencungkil hikmah ini, kami semarakkan syukur.

Dengan manusia, satu salah, 300 denda.

13 Oktober, 2008

Momento










Malam tadi dapat 1 SMS dari Azhani, tulisnya ..

"nak survey siapa yang boleh join konvoi Nisa' Raya pada 18 Okt ni dan (apa) kenderaan yang digunakan.sila respon A.S.A.P.kerjasama sahabat2 amat dihargai"

Bestnya kalau dapat join!

Semenjak dua ni, jarang sangat dapat peluang menulis untuk berfikir dan difikirkan. Kalaupun terfikir, ia berakhir di bibir sahaja - sebab mengomel tak henti-henti =(.

Terdetik juga dalam hati, bila nak 'menulis' semula. Sehinggalah tadi, sempat chat dengan Muna. Lalu semangat tiba-tiba melangit.

Pesanan Muna,

"Humaira, dah ada streamyx ni, bolehlah menulis kembali. yang ilmiah. tak cukup kalau yang ringkas-ringkas saja. sebab ramai yang bertandang ke sanggar cinta kalian tu"


Betul sangat katanya. Syukur ada sahabat yang mengingatkan, kembara dakwah ini dahagakan titisan bening dari kalam Ilahi yang disampaikan dari pewaris lidah para Nabi.

Dan kami, satu ketika dahulu pernah berjanji, untuk menjulang amanah ini. Insya Allah kami tak akan berhenti.

12 Oktober, 2008

Hari Pink


Selamat Pengantin Baru buat pasangan Syed Najib dan Normala yang melangsungkan pernikahan hari ini - 12 Syawal 1429H.

Barakallahu lakuma wa barik 'alaikuma wa jam'a bainakuma fi khayr. Amin.

*sedondon pulak kami dengan busana pengantin ;)*





Balik dari walimah, kami ke rumah keluarga akhi Frizdan di Puchong. Ada open house. Terima kasih pada tuan rumah sebab undang kami. Terima kasih daun keladi =).

Tapi gambarnya kurang jelas untuk dikongsi. Geram tengok pipi anak Hazamin (InTeam) dan Aini, si Aufa yang malu-malu tapi asyik mengorat Achik Ana dia dengan ekor mata =).

~~*~~***~~*~~

dalam perjalanan kami dari walimah Najib dan Mala, berselisih dengan kereta Pink Panther ni. Pink juga.

masa kereta ni berada depan Myvi kami.
mesti sohibus sayyarah ni tension kami snap kereta dia ;)

11 Oktober, 2008

Boringlah duk syurga ...

Petang raya keberapa entah, kami sempat kelih WHI di tv3. Segmen yang kami tertengok tu mengundang seorang pereka fesyen muda dan seorang pelakon wanita baru. Kalau tak salahnya, bincang tentang pakaian untuk open house sempena Syawal ni.

Tak ada hal pun kalau nak bincang fasal baju ni. Sebab memang semua orang suka pakai cantik-cantik. Ada yang bagi pendapat lebih suka pakai pakaian tradisi Melayu. Ada juga yang senang berpakaian kasual. Apa yang penting keselesaan si pemakai.

Ada yang kata mudah lagi kalau bagi wanita ini untuk pakai baju yang berlengan pendek. Sebab senang nak menyajikan juadah dan nak basuh pinggan. Lagipun jemu juga kalau fesyen yang sama. Baju kurung mesti lengan labuh. Ada yang selesa sinsing saja. Ada yang gemar kalau lengan baju tu pendek, lebih trendy.

Sekali lagi, yang penting adalah keselesaan.

Berfesyen bergaya tak salah. Pakailah cantik-cantik. Tapi, syariat tetap kena diutamakan. Nak pakai begitu begini, silakan. Tapi aurat mensti terjaga.

Jangan dek kerana berfesyen dan selesa, halal haram gaul sebati.

Sampai ada terbit dari lidah tak bertulang - jemulah pakai labuh-labuh. Senang lagi kalau setengahkan kain dan baju. Singkat dan nipiskan.

Mungkin mulut tak pernah kata. Tapi cara dan tindakan menzahirkannya. Seolah-olah sedang berteriak, 'boringlah duduk kat syurga!"

Wallahua'lam.
~~~~~*0*~~~~~
1) Malam ini, pukul 7.30 malam (waktu Maghrib la tu) episod pertama rancangan Sahabat di tv9. Jom sama-sama tengok. Dengan mata, telinga dan akal ...


2) Adik-beradik keluarga besar di Perak sedang berkumpul hari ni. Pertama sempena pertunangan Suria, anak adik Ayah. Kedua sebab petang ni nak bakar lemang lagi untuk kenduri di rumah Mak Yang, adik Mak pulak. Meriahnya! Tapi kami berdua tak dapat turut serta ... :(

team lemang raya, di Perak.



lepas ni boleh jadi master lemang ;)

10 Oktober, 2008

9 Syawal 1429H

Semalam 9 Syawal bersamaan 9 Oktober. Maknanya dah 7 bulan membina rumah tangga. Alhamdulillah.



Pagi raya ke-5, kami bersiap nak balik ke Ipoh pulak.

Insya Allah, kalau tiada aral melintang, hujung bulan ni Mak dan Ayah akan berangkat mengerjakan fardu haji. Sedih pun ada juga. Bukan sebab tak biasa berpisah dengan Mak dan Ayah, tapi entahlah ...

09 Oktober, 2008

Welcome Back!

Salam Eidulfitri dari kami - Nabil dan Suzana, dan kedua-dua keluarga di Ipoh dan Beseri.
Maaf Zahir dan Batin.

*foto family di Beseri akan menyusul nanti*