31 Disember, 2009

Mana Baju Pengantinnya 2


Salam.

Kata orang, cinta adalah kehidupan. Dan kehidupan adalah pemberian cinta. Maka, cinta dan kehidupan tak boleh terpisah.

Kerana cinta, kita beroleh kehidupan. Dan kita meneruskan kehidupan kerana masih ada cinta. Saling berkait. Saling berhubung.

Bicara soal cinta juga bukan satu dosa. Kerana cinta menumbuhkan impian, membangunkan harapan.

Dan cinta juga adalah sihir. Menyihir sesiapa yang bercinta hingga sanggup membunuh kehidupan. Sedangkan cinta menghidupkan. Cinta itu memberi kesembuhan, bukan menyakitkan.

Namun, seringkali cinta seseorang menyakitkan hati orang lain. Ada juga cinta yang menyakitkan diri sendiri.

Cinta seorang anak tanpa restu dan izin tentu sahaja menyakitkan hati ayahbonda. Apatah lagi hingga bersikap membelakangkan ibu ayah dalam soal ini, dengan alasan mereka tidak memahami sucinya cinta si anak.

Demi cinta suci yang dipertahankan, si anak tega merabakkan maruah sang ayah dan membunuh impian si ibu.

Hingga sanggup meninggalkan laman ayahbonda asal dapat bersama dengan si buah hati. Hingga tergamak membuang teman dan saudara, kerana yakin dengan cinta yang dijulang.

Bukan satu dua merpati sejoli memilih perbatasan negara sebagai destinasi pernikahan. Bukan seorang dua gadis menyerahkan hak ayah yang memberikannya nama dan membesarkannya kepada hakim untuk menikah.

Ayah sudah tiada bahasa. Ibu sudah kering air mata.

Si anak memilih untuk beralih amanah dari menjadi anak kepada pasangan hidup si dia yang belum tentu boleh disandarkan seluruh harapan dan kehidupan.

Majlis nikah dalam impian si ibu dengan penuh tertib beradat. Tetapi dia memilih untuk berdua sahaja. Tanpa keluarga, tanpa saudara. Entah apa hantarannya. Entah berapa maharnya.

Pasti si ibu membayangkan si anaknya paling berseri di hari perkahwinannya. Dikelilingi riuh usik mengusik teman dan taulan, kerabat jauh dan dekat. Berwarna-warni dan gemilang.

Mahu melihat anak menantu diarak berpimpin tangan. Penuh senyum dan bunga-bunga ceria.

Tetapi si anak cukup hanya berdua. Dengan mata sentiasa waspada, telinga sentiasa berawas. Jalannya tunduk, bimbang langkah dikenali. Risau dan gundah memenuhi ruang benak.

Teman-teman tertunggu bergambar bersama sang mempelai. Namun hampa, pernikahan mereka hanya mereka yang tahu bila dan di mana.

Tiada merah inai. Tiada berbaju pengantin. Tiada kenangan hari perkahwinan diabadikan dalam foto, untuk dilihat anak-anak nanti.

Yang penting, impian cinta di hati terlaksana.

‘Cinta kami terlalu suci untuk dihalang oleh apa sekalipun. Kami sangat menyintai satu sama lain.’

Ah! Gilalah kalau saat dia sebegitu nekad, hati kecilnya terdetik memikirkan perasaan ayahbonda yang sedang dan akan terus terluka dengan tindakannya.

Mustahillah ketika itu kewarasannya menilai betapa besarnya kasih sayang keluarga dan sahabat yang memujuk dan menasihati pilihan hatinya yang bergelora.

Tak mungkin dia terlintas memikirkan untung baiknya dia membiarkan sang ibu kenyang meratah hiba, membiarkan si ayah kaku memikul malu demi memiliki cinta si pencinta.



Terbayangkah dia bagaimana jika mentari dan pelangi esok yang diimpi hanya ribut dan gerhana tak sudah?

Itulah yang menyakitkan. Dan itu bukan lagi cinta. Kerana cinta itu menyembuhkan.

Cinta tak akan menyakitkan sesiapa. Tak akan menyakiti yang dicintai dan yang menyintai.

Cinta bukan ada dalam hati si uda dan dara sahaja. Cinta yang lebih besar, cinta tanpa syarat si ibu dan ayah pada anaknya. Dan cinta yang lebih dari itu, adalah cinta agung antara hamba dengan Rabb-nya.

Teruna dara hari ini senang benar mati andar.

Kerana halangan di laluan cinta, mereka memilih untuk melarikan diri dari halangan. Lalu halangan akan terus mengejar dan mahu selamanyakah mereka akan menjadi pelarian cinta?

Melarikan diri dari insan yang juga menyintai mereka dengan cinta tanpa syarat. Ertinya membiarkan diri kehilangan cinta yang sempurna.

Di hujung hari nanti, moga-moga berputik sesal dan bertunas sedar. Untuk kembali mengutip cinta yang dibiar bertebaran ...

Agar tiada lagi yang terluka kerana cinta itu.

29 Disember, 2009

Asalnya - Aku Terima Nikahnya

Buku Aku Terima Nikahnya dah ada.

Drama Aku Terima Nikahnya? on the way ...

Tapi dah tukar tajuk ~ Yang Mana Satu. (baca di sini)

Skrip oleh Ustaz Zabidi Mohamad.

klik gambar untuk baca lagi ...

Insya Allah akan ditayangkan Feb 2010 nanti.

kami ~ Nabil & Suzana dan watak utama drama ini ~ Rozita Che Wan, Zarin


Di Saluran Inspirasi Sanubari ~ 106.

23 Disember, 2009

Alhamdulillah & Terima Kasih

Salam.


Petang Ahad lepas, adik kami Noor Haafizah Mohamed Ali telah selesai mengikuti KEM HIJRI di Nur Lembah Pangsun Eco Resort, Hulu Langat.

Kami tak dapat jemput Adik, kerana menghadiri walimah Oly di SP. Mak dan Ayah yang ke sana, dan terus balik ke Ipoh, lewat petang tu.

"Nabil dan Suzana bersama pengantin - Oly dan Wani - dan Pojan dan Eda"

Alhamdulillah, bila kami tanya respon Adik tentang program yang baru disertainya, semuanya dikisahkan dengan penuh semangat dan motivasi. Sedangkan awal-awal dulu, Adik dah berura-ura nak tarik diri.

“Tak ada kawan lah, kak.”

Alhamdulillah, Adik dapat kawan baru. Dari serata Semenanjung Malaysia. Sedangkan sebelum menyertai KEM HIJRI tu, kawan-kawan Adik dalam lingkungan sedaerah Ipoh sahaja.

Tahniah, Adik!

“Lagi, dapat apa masa KEM HIJRI?” “Kami dapat tahu matlamat hidup. Kenapa kita hidup. Untuk siapa. Untuk apa.”

Sekali lagi, Alhamdulillah.

Kami sekeluarga sangat berterima kasih kepada Saifulislam Training & Consultancy yang dipimpin oleh Ustaz Hasrizal untuk KEM HIJRI ini.

Kami tak dapat sertai, tapi kami masih dapat banyak peluang berkongsi.

“Kak, fasi-fasi program tu tak marah-marah pun pada kami, walaupun ada juga budak-budak yang buat nakal.”

Padahal, masa kami dalam perjalanan menghantar puteri bongsu ni ke Pangsun, macam-macam yang disakat dek abang-abangnya.

Nanti kena buli lah. Fasi garang lah. Kena paksa menangis lah. Macam-macam idea menyakat keluar.

Kami berdua hanya senyum sahaja, kerana memang yakin itu semua bukan silibus dalam KEM HIJRI. Dan Alhamdulillah, itu juga yang Adik dan lebih 70 orang teman barunya lalui sepanjang 3 hari 2 malam berkampung di sana.

Sekali lagi, terima kasih STC.

Alhamdulillah, ya Allah.

08 Disember, 2009

Sketsa Cinta

Kisah benar ni. Jom baca ...


Episod 1.
8 November 2009 - 10.30 malam, KLIA

H : Wah! Besarnya bunga tu. Abang, bila ya ada orang nak hadiahkan Honey sejambak bunga ...? Hehehe ...

A : Emm, nah! Ambik bunga ni.

H : Alamak! Macam mana Honey nak bawak balik?

A : Ok apa. Abang bagi special punya.

H : Ala Abang ni ... macam marah je :( Orang bukan nak betul-betul. Saja cakap je :(

A : Tak. Abang tak marah. Betul la, Abang tak pernah bagi bunga pun pada isteri Abang ni. Nanti, ya?

_+_+++_+_

Episod 2.
7 Disember 2009 - 7.45 malam, Giant Kota Damansara

A : Honey, kat sana tu ada kedai bunga.

H : Buat apa? Takkan beli bunga hidup untuk hantaran adik-adik? Mati la ...

A : Nak bagi Honey la. Jom!

H : Hah?!

sambil ikut melangkah masuk ke kedai bunga tu.

A : Abang tak tahu pilih la, Honey nak yang macam mana?

H : Hehe ... Abang ni romantik tapi tak surprise la. Hehe ...

A : Tak pe. Honey pilih, Abang belikan.

H : Em, apa kata Abang pilih je mana-mana. Hadiah dari hati Abang.

A : Uh ... em, boleh la. Honey tunggu dalam kereta ya.

H : Ok, jangan mahal-mahal tau ;)


10 minit kemudian,

A : Tadaa! untuk isteri Abang.

H : Wow! Cantiknya ... :D

A : Ha, cakap apa kat Abang?

H : Terima kasih, Abang ... (sambil hulur tangan, salam dan cium pipi sang suami)

A : Suka tak?

H : Hehe ... best! Thank you. Thank you.

dan
dah selamat pun berposing atas meja kat ofis T_T

Buat suamiku,
Macam mana ya, Honey nak nyatakan perasaan, betapa Abang sangat ... dicintai.

Dan Abang buat Honey dihargai dan berharga.

Hanya dalam doa, moga Allah mencintaimu sentiasa ...

07 Disember, 2009

Honey, sabar ya


Sejak Aidil Adha, Honey mula demam. Mulanya sakit tekak je. Melarat bawa ke demam. Masuk hari kedua,sakit kepala dan suhu badan Honey dah turun sikit. Masa on the way balik Ipoh, Honey mula batuk. Pagi Rabu tu Honey berkeras juga nak temankan abang, walaupun semalaman tak lena sebab batuk.

Sudahnya,petang tu Mak telefon bagitau nak datang Bangi, jaga Honey. Abang rasa bersalah juga dgn Mak, dgn Ayah.

Sepatutnya Abang yang jaga Honey. Tapi Abang ada rakaman Segunung Harapan yang menuntut waktu Abang.

5,6 hari ni, Abang terpaksa belajar bahasa isyarat Honey. Bukan Honey boikot Abang,tapi setiap kali bercakap, Honey akan batuk. Batuk sungguh-sungguh sampai penat.

Abang bawa Honey ke klinik. Terus kena guna pam oksigen tu. Doc bagi Honey cuti 2 hari, Khamis dan Jumaat.

Tapi Honey jaga diri sorang-sorang kat rumah, Jumaat tu.

Sabtu dan Ahad Abang pun diambil orang.

Honey sabar ya,moga cepat sembuh.

I love u, syg.