19 Julai, 2014

Angka Tujuh (7) dan MH17

Perihal Angka Tujuh (7) & MH17:

Apabila kita mentadabur cerita Ashabul Kahfi, kita akan jumpa bahawa angka-angka ini no point pada perkiraan Allah.

Mohon jangan guna ayat al-Quran di luar konteks untuk justifikasi apa yang berlaku.

Al-Quran turun bukan untuk ini!

10 Julai, 2014

PAHLAWAN GAZA



Saya menulis di Facebook hari ini.


PAHLAWAN GAZA


Semasa tuan suami memaklumkan mahu ke Gaza, tahun lepas bersama MAPIM dan Hijjaz, saya terdiam.

Dalam hati saya ada rasa takut-takut di sebalik rasa teruja itu.

Itu perasaan saya. Masih belum bulat mahu suami berjuang. 

Masih terfikir-fikir itu ini kalau dia ke sana.

Berbeza benar saya dengan wanita-wanita di Palestin, Gaza khasnya.

Mereka sudah bulat hati menyahut seruan jihad dan syahid.

Mereka bersedia kalau zuriat dan waris yang ada, keluar pagi dan pergi tanpa kembali.

Ada tuan suami saya ceritakan temubual mereka dengan isteri para syuhada yang masih muda lela.

Ketika ditanya adakah mahu bersuami kembali, sedangkan mereka masih muda?

Jawapan mereka menggentar jiwa, "suami kami masih hidup. Bukankah Allah katakan dalam surah Ali Imran:

{{"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;

(Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman.}}

(Surah Ali ‘Imran: 169-171)

Alangkah kerdilnya iman saya!




.

<3 p="">
Ummu Amsyar, Suzana Mohamed Ali
12 Ramadan 1435H