05 Oktober, 2015

Balik Kampung (Qadha' Raya Haji 2015)

Bismillah.



Bertugas sebagai pengacara siaran langsung rancangan Salam Baitullah terbitan RTM di TV1 memaksa kami mengqadha' cuti raya haji untuk balik ke Perlis minggu ini.

Buat kali pertama, kami mencuba perkhidmatan ETS dari KL Sentral ke Padang Besar yang baru dilancarkan sempena Aidilfitri tahun ini. Ulasan kami: 4 ****!

Seperti biasa, kami suka pilih Koc C sebab ada cafe ^_^. Ada surau juga di Koc C yang muat untuk 2 orang solat berjemaah.

Tren ini jalan sekali sahaja setiap hari. Dari KL Sentral jam 9.30 pagi dan tiba di Padang Besar jam 3.00 petang.

Dari Padang Besar ke KL Sentral pula jam 4.00 petang dan sampai jam 9.15 malam.


Jadual Perjalanan ETS ke Padang Besar. Sekali sahaja setiap hari.

Tambang ETS



Balik kampung dengan ETS, balik semula ke KL kami naik Air Asia.

Awal pagi Ahad kami dengar berita penutupan 3 lapangan terbang: Subang, Ipoh dan Alor Setar. Dah mula cuak!

Alhamdulillah, setelah menghubungi pihak LTSAH, kami dimaklumkan flight malam mengikut jadual.


3 hari 2 malam punya cerita.

Tiada ulasan: