1 Rabiul Awwal 1429 (9 Mac 2008 - 9 Mac 2014) |
Baru enam tahun.
Baru kenal-kenal.
Belum kenal betul.
Masih belajar,
di usia hijau
pernikahan
kerana Allah.
Rencana kembara ini
mahu bersama
hingga ke syurga.
Tidaklah semudah
kata-kata.
Pada Yang Esa
kita letakkan asa.
Biar cinta ini
dibimbing-Nya
menuju kepada Dia.
Perkenankanlah,
Wahai Pemilik Sekalian Hamba.
.