24 Oktober, 2014

1 Muharam 1436H

.

Ya Allah, jadikanlah segala sesuatu yang kami telah lakukan sepanjang tahun lalu sebagai amal soleh yang Kau reda.

Dan berikanlah kami kekuatan untuk terus menjadi hamba-Mu yang beramal soleh.

آمين

.

22 Oktober, 2014

Kita Siapa?

بسم الله الرحمن الرحيم.

Ketika kanak-kanak lain yang sama usianya 8 tahun, bermain-main; dia sudah hafal al-Quran sepenuhnya.

Ketika remaja lain sedang mabuk mahu kenal dunia, di usia 15 tahun dia sudah hafal hadis-hadis.

Sangat menghormati sang guru, tunduk patuh pada sang bondanya.

Merendah diri dan sentiasa jujur.

Sangat teliti dalam menuntut ilmu dan menyatakan pendapat.

Gigih meraikan pandangan berbeza.

Lalu apabila kita yang sudah suku abad ini tetapi belum hafal walaupun satu hadis bersanad, mahu bentak-bentak Imam al-Syafie pada pandangan fekahnya, baiklah pulang dahulu, kenal diri, sedar diri dan tahu diri.

21 Oktober, 2014

Apabila Kita Kata...

بسم الله الرحمن الرحيم

Apa kata Nabi Muhammad SAW:

عن أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: (من حسن إسلام المرء تركه ما لا يعنيه)
رواه الترمذي وغيره

Maksudnya:

Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi Muhammad SAW sabdanya: "Sebahagian dari keelokan dan kesempurnaan Islam seseorang ialah meninggalkan perkara-perkara yang tidak perlu kepadanya."

(Diriwayatkan daripada al-Tirmizi dan selainnya.)

🌹 ___________ 🌹

Apabila kita kata:

- Ada isu ummah yang lebih utama hendak saya hadap lebih daripada isu anjing!

+ Jika demikian, bagaimana tuan sempat menjamah bulu anjing sementelah ummah di benua lain dibantai?

- Kita mahu buang stigma non Muslim bahawa kita tidak menghina anjing.

+ Bukankah tuan juga pernah tahu bahawa Islam itu tertinggi dan tiada yang mengatasinya? Justeru, sudah terdesak sangatkah kita hingga dengan cara sebegitu rupa mahu memperkenalkan agama Allah ini?

Bicara ini akan panjang lagi dan lagi.

Agama ini jika semuanya mahu diasaskan pada akal, nescaya terpinggirlah wahyu.

Pelihara dahulu agama kamu, Allah akan buka hati orang lain untuk mendekati agama ini.

Wallahua'lam.

.
Wassalam.

16 Oktober, 2014

Semak Sebelum Sebar

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



Nota 1


Nota 2: 15 Oktober 2014

Saya pernah ditanya tentang bagaimana untuk tidak menyebarkan isu yang tidak betul di media sosial?

Saya mencadangkan supaya:
  1. Menahan diri dari memberi apa-apa respon dalam apa-apa isu secara spontan.
  2. Dahulukan diam.
  3. Beri masa pada diri sendiri untuk kenal pasti dahulu isu itu sebelum buat apa-apa pendirian, paling tidak selama tempoh tiga (3) hari dari masa isu itu timbul.
  4. Rujuk pihak yang berautoriti dalam isu itu.
  5. Tinggalkan cakap-cakap emosi.
  6. Jika dalam tempoh itu masih belum dapat menjernihkan fikiran, kekalkan diam.

Nabi beri tawaran: bercakap yang baik-baik ATAU diam.

Itu sahaja pilihan kita. Selain dari dua pilihan itu, ia adalah sia-sia.

Sama ada jadi FITNAH atau GHIBAH.

Mahu yang mana?





Ini sebahagian dari isu halal yang kerap jadi viral di media sosial.









Sumber foto:

  1. Portal Halal: www.halal.gov.my
  2. Facebook: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
  3. Facebook: Bahagian Hab Halal, JAKIM
  4. Facebook: Sahabat Halal



09 Oktober, 2014

01 Oktober, 2014

Caller Ring Tone untuk Telefon Bimbit




Untuk pengguna DiGi, Maxis, Celcom dan U-Mobile






.