11 Oktober, 2008

Boringlah duk syurga ...

Petang raya keberapa entah, kami sempat kelih WHI di tv3. Segmen yang kami tertengok tu mengundang seorang pereka fesyen muda dan seorang pelakon wanita baru. Kalau tak salahnya, bincang tentang pakaian untuk open house sempena Syawal ni.

Tak ada hal pun kalau nak bincang fasal baju ni. Sebab memang semua orang suka pakai cantik-cantik. Ada yang bagi pendapat lebih suka pakai pakaian tradisi Melayu. Ada juga yang senang berpakaian kasual. Apa yang penting keselesaan si pemakai.

Ada yang kata mudah lagi kalau bagi wanita ini untuk pakai baju yang berlengan pendek. Sebab senang nak menyajikan juadah dan nak basuh pinggan. Lagipun jemu juga kalau fesyen yang sama. Baju kurung mesti lengan labuh. Ada yang selesa sinsing saja. Ada yang gemar kalau lengan baju tu pendek, lebih trendy.

Sekali lagi, yang penting adalah keselesaan.

Berfesyen bergaya tak salah. Pakailah cantik-cantik. Tapi, syariat tetap kena diutamakan. Nak pakai begitu begini, silakan. Tapi aurat mensti terjaga.

Jangan dek kerana berfesyen dan selesa, halal haram gaul sebati.

Sampai ada terbit dari lidah tak bertulang - jemulah pakai labuh-labuh. Senang lagi kalau setengahkan kain dan baju. Singkat dan nipiskan.

Mungkin mulut tak pernah kata. Tapi cara dan tindakan menzahirkannya. Seolah-olah sedang berteriak, 'boringlah duduk kat syurga!"

Wallahua'lam.
~~~~~*0*~~~~~
1) Malam ini, pukul 7.30 malam (waktu Maghrib la tu) episod pertama rancangan Sahabat di tv9. Jom sama-sama tengok. Dengan mata, telinga dan akal ...


2) Adik-beradik keluarga besar di Perak sedang berkumpul hari ni. Pertama sempena pertunangan Suria, anak adik Ayah. Kedua sebab petang ni nak bakar lemang lagi untuk kenduri di rumah Mak Yang, adik Mak pulak. Meriahnya! Tapi kami berdua tak dapat turut serta ... :(

team lemang raya, di Perak.



lepas ni boleh jadi master lemang ;)

Tiada ulasan: