21 September, 2013

Nota dari Facebook

Assalamualaikum.
Ini tips mendidik anak yang dikopi dan pastakan dari Facebook.
1. Dalam mendidik anak, bukan ada satu sahaja jalan yang betul.
Tapi ada berbagai-bagai cara yang berkesan.
2. Didik anak ikut kesesuaian zamannya.
Bukan asal dulu kita dididik begitu dan jadi orang; maka anak kita juga kita didik begitu.
3. Anak-anak hari ini adalah generasi yang berada di antara waktu akhir zaman.
Kitalah yang kena persiapkan mereka melalui situasi runcing itu.
.
Wallahua'lam.

10 September, 2013

Amanah dari Syurga

Inilah amanah.
Allah pinjamkan mereka untuk kami.

Ada amanah besar.
Allah mahu mereka jadi khalifah.

Duta Allah.
Hamba Dia.
Yang sujud abdi diri.
Yang berdiri memakmur bumi.

Merekalah.
Amanah dari Syurga.

...........

Muhammad Ammar Saifullah bin Azril Amin
Muhammad Amru Saifuddin bin Azril Amin
Muhammad Azfar Suhail bin Azrol Zaimee
'Izz Amsyar bin Nabil

Published with Blogger-droid v2.0.10