14 Disember, 2014

Dia Yang Kami Sayang

Dari beratnya hanya 2.3 kg semasa lahir, sampai sekarang; cinta untuknya berdenyut sayang.

Dialah yang Allah kurniakan sebagai amanah.

Anakanda `Izz Amsyar, anakandalah cinta pertama Ummi dan Baba..

Cinta tanpa syarat.
Dari dunia sampai akhirat.

12 Disember, 2014

Teguhlah di situ




Pada takdir, kita bertemu.

Pada ketawa dan air mata,
memilihmu jadi pendampingku.

Pada rasa yang bergetar,
mengalirkan kasih seluruh jiwa.

Teguhlah di sisiku,
sampai syurga nanti,
iringlah bahagia ini ke situ.

10 Disember, 2014

Sudah Acapkali Berulang




Sudah acapkali mesej begini berulang di media sosial.

Ini penjelasannya:





______________

Nota:

  • Kod E bukan kod babi.
  • Apabila sudah sangsi pada satu produk yang ada logo dan status Halal Malaysia yang sah dan sahih, jangan gunakan produk lain yang ada status yang sama. Guna yang tiada logo Halal. Mudahkan?
  • Ini portal Halal Malaysia: www.halal.gov.my


Semak Sebelum Sebar!
Semak Sebelum Percaya!

03 November, 2014

Hujung Minggu Kami





Jarang dapat peluang keluar bersama-sama, akhir-akhir ini.

Semalam, pagi-pagi lagi sudah kami maklumkan pada anakanda, "nanti lepas kemas-kemas rumah, mandi, tidur dulu. Bangun tu, Yop makan nasi, lepas asar kita jalan-jalan bawa kereta Yop. Boleh?"

Alhamdulillah, mahu dia. Dengan izin Allah, apa yang direncanakan berhasil dengan baik.



Yop dengan kereta tanpa lesennya

"Kita nak jalan ni," sebab tu tak pandang kamera

Okay sikit

"Dah boleh jalan dah?"






Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang mahu kamu dustakan?




.

24 Oktober, 2014

1 Muharam 1436H

.

Ya Allah, jadikanlah segala sesuatu yang kami telah lakukan sepanjang tahun lalu sebagai amal soleh yang Kau reda.

Dan berikanlah kami kekuatan untuk terus menjadi hamba-Mu yang beramal soleh.

آمين

.

22 Oktober, 2014

Kita Siapa?

بسم الله الرحمن الرحيم.

Ketika kanak-kanak lain yang sama usianya 8 tahun, bermain-main; dia sudah hafal al-Quran sepenuhnya.

Ketika remaja lain sedang mabuk mahu kenal dunia, di usia 15 tahun dia sudah hafal hadis-hadis.

Sangat menghormati sang guru, tunduk patuh pada sang bondanya.

Merendah diri dan sentiasa jujur.

Sangat teliti dalam menuntut ilmu dan menyatakan pendapat.

Gigih meraikan pandangan berbeza.

Lalu apabila kita yang sudah suku abad ini tetapi belum hafal walaupun satu hadis bersanad, mahu bentak-bentak Imam al-Syafie pada pandangan fekahnya, baiklah pulang dahulu, kenal diri, sedar diri dan tahu diri.

21 Oktober, 2014

Apabila Kita Kata...

بسم الله الرحمن الرحيم

Apa kata Nabi Muhammad SAW:

عن أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: (من حسن إسلام المرء تركه ما لا يعنيه)
رواه الترمذي وغيره

Maksudnya:

Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi Muhammad SAW sabdanya: "Sebahagian dari keelokan dan kesempurnaan Islam seseorang ialah meninggalkan perkara-perkara yang tidak perlu kepadanya."

(Diriwayatkan daripada al-Tirmizi dan selainnya.)

🌹 ___________ 🌹

Apabila kita kata:

- Ada isu ummah yang lebih utama hendak saya hadap lebih daripada isu anjing!

+ Jika demikian, bagaimana tuan sempat menjamah bulu anjing sementelah ummah di benua lain dibantai?

- Kita mahu buang stigma non Muslim bahawa kita tidak menghina anjing.

+ Bukankah tuan juga pernah tahu bahawa Islam itu tertinggi dan tiada yang mengatasinya? Justeru, sudah terdesak sangatkah kita hingga dengan cara sebegitu rupa mahu memperkenalkan agama Allah ini?

Bicara ini akan panjang lagi dan lagi.

Agama ini jika semuanya mahu diasaskan pada akal, nescaya terpinggirlah wahyu.

Pelihara dahulu agama kamu, Allah akan buka hati orang lain untuk mendekati agama ini.

Wallahua'lam.

.
Wassalam.

16 Oktober, 2014

Semak Sebelum Sebar

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



Nota 1


Nota 2: 15 Oktober 2014

Saya pernah ditanya tentang bagaimana untuk tidak menyebarkan isu yang tidak betul di media sosial?

Saya mencadangkan supaya:
  1. Menahan diri dari memberi apa-apa respon dalam apa-apa isu secara spontan.
  2. Dahulukan diam.
  3. Beri masa pada diri sendiri untuk kenal pasti dahulu isu itu sebelum buat apa-apa pendirian, paling tidak selama tempoh tiga (3) hari dari masa isu itu timbul.
  4. Rujuk pihak yang berautoriti dalam isu itu.
  5. Tinggalkan cakap-cakap emosi.
  6. Jika dalam tempoh itu masih belum dapat menjernihkan fikiran, kekalkan diam.

Nabi beri tawaran: bercakap yang baik-baik ATAU diam.

Itu sahaja pilihan kita. Selain dari dua pilihan itu, ia adalah sia-sia.

Sama ada jadi FITNAH atau GHIBAH.

Mahu yang mana?





Ini sebahagian dari isu halal yang kerap jadi viral di media sosial.









Sumber foto:

  1. Portal Halal: www.halal.gov.my
  2. Facebook: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
  3. Facebook: Bahagian Hab Halal, JAKIM
  4. Facebook: Sahabat Halal



09 Oktober, 2014

01 Oktober, 2014

Caller Ring Tone untuk Telefon Bimbit




Untuk pengguna DiGi, Maxis, Celcom dan U-Mobile






.

18 September, 2014

Sudah di Pasaran: AKU ZIKIRKAN NAMA-MU






Khas buat semua peminat Fareast, album Aku Zikirkan Nama-Mu telah mula berada di pasaran.

Boleh beli terus (online) di Inteam Mobile atau hubungi Ustaz Nabil di Facebook: Nabil Fareast.



Harga: RM 19.90

12 September, 2014

Ragam Yop Amsyar


6 September 2014








10 Ogos, 2014

Aku Zikirkan Nama-Mu



Hadiah buat semua peminat Fareast,

album Aku Zikirkan Nama-Mu terbitan Inteam.

Akan berada di pasaran pada September 2014 nanti.
Insya-Allah.

Pastikan yang original, baru beli. 

07 Ogos, 2014

Album Alunan Doa & Zikir Pagi


Album:
Alunan Doa dan Zikir Pagi
(Ustaz Nabil Ahmad)


Edaran AMP


Boleh dapatkan di pasaran
atau 
tempah dari kami melalui emel: nabil.oasis@gmail.com.

Harga: RM 25 termasuk pos (Semenanjung Malaysia)

19 Julai, 2014

Angka Tujuh (7) dan MH17

Perihal Angka Tujuh (7) & MH17:

Apabila kita mentadabur cerita Ashabul Kahfi, kita akan jumpa bahawa angka-angka ini no point pada perkiraan Allah.

Mohon jangan guna ayat al-Quran di luar konteks untuk justifikasi apa yang berlaku.

Al-Quran turun bukan untuk ini!

10 Julai, 2014

PAHLAWAN GAZA



Saya menulis di Facebook hari ini.


PAHLAWAN GAZA


Semasa tuan suami memaklumkan mahu ke Gaza, tahun lepas bersama MAPIM dan Hijjaz, saya terdiam.

Dalam hati saya ada rasa takut-takut di sebalik rasa teruja itu.

Itu perasaan saya. Masih belum bulat mahu suami berjuang. 

Masih terfikir-fikir itu ini kalau dia ke sana.

Berbeza benar saya dengan wanita-wanita di Palestin, Gaza khasnya.

Mereka sudah bulat hati menyahut seruan jihad dan syahid.

Mereka bersedia kalau zuriat dan waris yang ada, keluar pagi dan pergi tanpa kembali.

Ada tuan suami saya ceritakan temubual mereka dengan isteri para syuhada yang masih muda lela.

Ketika ditanya adakah mahu bersuami kembali, sedangkan mereka masih muda?

Jawapan mereka menggentar jiwa, "suami kami masih hidup. Bukankah Allah katakan dalam surah Ali Imran:

{{"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;

(Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman.}}

(Surah Ali ‘Imran: 169-171)

Alangkah kerdilnya iman saya!




.

<3 p="">
Ummu Amsyar, Suzana Mohamed Ali
12 Ramadan 1435H

03 Jun, 2014

Bahasa Kasih

.




Sang Ayah menulis:

Kasih sayang!
Anak adalah pengikat kasih sayang suami isteri dalam rumahtangga.
Tatkala terpandang wajah si anak kecil, rasa hilang penat yang ditanggung bahkan seluruh jiwa tertambat dengan pelbagai karenahnya.
Inilah hadiah istimewa Allah dari syurga untuk setiap ibu dan ayah.
Hargailah setiap masa bersama mereka kerana saat ini pasti tidak dapat diulangi kembali. 



Al-Kahfi: 39

Allah mengajarkan kita doa lafaz di atas, untuk apa-apa nikmat yang Allah kurniakan pada kita.

Supaya kita sedar yang segalanya adalah milik Allah jua ...


.

.

29 April, 2014

Kembara ke Haramain

Alhamdulillah.

Thumma alhamdulillah.


Lafaz talbiah menggamit.

Kami melangkah menjadi tetamu Allah di Madinah dan Makkah.

Bersama-sama sebahagian keluarga, kami berangkat dari 15hb April hingga 23hb April 2014 ke bumi dua Tanah Haram (Haramain).

Ada yang baru pertama kali ke sana. Ada yang sudah berkali-kali juga.

Sama-sama menyusuri sirah Nabi yang malar, buat ibrah meneruskan hidup dalam roh dakwah.

Rabbana,
Taqqaballahu minna wa minkum.

Sungguh ...

Menjejaki Haramain menumbuhkan bibit rindu untuk kembali bertamu, lagi dan lagi.

Jemputlah kami lagi, wahai Allah; ke Baitullah al-syareef.


Kami (Nabil, Suzana dan 'Izz Amsyar)
Baba, Mama, Najiha dan Nadia
Ayah, Mak dan Haafizah
Mak Tam, Dr. Wajdi dan Dr. Farah

Mutawif 1: Ustaz Sulaiman. Mutawif 2: Ustaz Falahuddin

Anakanda Haji Yop berpakaian ihram :)







.

09 Mac, 2014

Baru Enam Tahun

1 Rabiul Awwal 1429 (9 Mac 2008 - 9 Mac 2014)



Baru enam tahun.
Baru kenal-kenal.
Belum kenal betul.

Masih belajar,
di usia hijau
pernikahan
kerana Allah.

Rencana kembara ini
mahu bersama
hingga ke syurga.

Tidaklah semudah
kata-kata.

Pada Yang Esa
kita letakkan asa.

Biar cinta ini
dibimbing-Nya
menuju kepada Dia.

Perkenankanlah,
Wahai Pemilik Sekalian Hamba.



.

14 Februari, 2014

Sesuatu Tentang Bahagia

www.reloveplanet.com



.....

.....................

Happiness does not come to you.

It comes from you.

.................

....