20 Oktober, 2015

Short Getaway - Gunung Lang, Ipoh

Bismillah.


Gunung Lang di Ipoh ini dekat sahaja dengan teratak ayahbonda. Tapi inilah kali pertama kami sampai ke sini.

Bila kami pergi? 17 Oktober 2015 (Sabtu). Sejam lebih sahaja di situ.


Kami singgah sarapan dahulu di sini. Kedai makan Tokcek Yop di Tasek.


"Tokcek saya jual makanan tengah hari," kata Yop.

Terjumpa kawan lama <3 td="">


Gerbang masuk

Tentang Gunung Lang


Ada perkhidmatan bot untuk ke taman di seberang tasik yang penuh dengan ikan koi, tilapia dan keli gergasi.


Rumah tradisional Perak.

Kami!
Kami lagi!

Macam rumah dalam filem Bukit Kepong kan?


Antara dua gunung batu kapur.

Jeti yang ala-ala sahaja.



07 Oktober, 2015

Kod E dalam Makanan adakah Kod BABI?

Bismillah.


Isu Kod E ini acapkali viral dalam media sosial.

Kod E pada label makanan yang ada logo halal Malaysia atau mana-mana badan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM bukan kod babi.






Sumber: Facebook JAKIM
 

.

05 Oktober, 2015

Cerita Yop Amsyar dan Jerebu

Bismillah.



Bangun pagi Ahad, dia mengadu hidungnya tersumbat. Ummi sapukan Vicks. Lepas 2-3 minit dia hembuskan nafas kuat-kuat.

Ummi ingat dah okaylah hidungnya T_T, rupa-rupanya keluar darah. Panas dalam badan! Tambah dengan jerebu ni ...






Jerebu.

Ini foto bendang di tepi rumah Mak Tok.

Nampak kabur dek jerebu. Padahal ini lepas asar.

Baru lepas dibajak dek kubota.

Rumah dalam gambar ini selalu jadi lokasi penggambaran drama. Antaranya Tentang Bulan The Movie.

Balik Kampung (Qadha' Raya Haji 2015)

Bismillah.



Bertugas sebagai pengacara siaran langsung rancangan Salam Baitullah terbitan RTM di TV1 memaksa kami mengqadha' cuti raya haji untuk balik ke Perlis minggu ini.

Buat kali pertama, kami mencuba perkhidmatan ETS dari KL Sentral ke Padang Besar yang baru dilancarkan sempena Aidilfitri tahun ini. Ulasan kami: 4 ****!

Seperti biasa, kami suka pilih Koc C sebab ada cafe ^_^. Ada surau juga di Koc C yang muat untuk 2 orang solat berjemaah.

Tren ini jalan sekali sahaja setiap hari. Dari KL Sentral jam 9.30 pagi dan tiba di Padang Besar jam 3.00 petang.

Dari Padang Besar ke KL Sentral pula jam 4.00 petang dan sampai jam 9.15 malam.


Jadual Perjalanan ETS ke Padang Besar. Sekali sahaja setiap hari.

Tambang ETS



Balik kampung dengan ETS, balik semula ke KL kami naik Air Asia.

Awal pagi Ahad kami dengar berita penutupan 3 lapangan terbang: Subang, Ipoh dan Alor Setar. Dah mula cuak!

Alhamdulillah, setelah menghubungi pihak LTSAH, kami dimaklumkan flight malam mengikut jadual.


3 hari 2 malam punya cerita.