07 Ogos, 2013

Min al-'Aideen wa al-Faizeen!

Ramadan beransur pergi
Membawa khabar gembira
Buat insan terpilih
Berjaya menggenggam taqwa.

Angin Syawal sampaikan salam.
Beri khabar bahagia
Ada yang Tuhan sudah ampunkan dosa
Kembali jiwa mulus
Ibarat bayi yang lahir ke dunia.

Salam Lebaran dari kami;
Ustaz Nabil bin Ahmad
Ustazah Suzana binti Mohamed Ali
Anakanda Dr.  'Izz Amsyar bin Nabil

Taqabbalallahu minna wa minkum.
Minna wa minkum taqabbal ya Kareem.

Siruu 'ala barakatillah.

.

Published with Blogger-droid v2.0.10

31 Julai, 2013

Menjemput Malam Seribu Bulan

.

Malam Seribu Bulan..
Datangnya kepada mereka yang menjemput.

Ia mengetuk pintu nurani yang jaga.

Hadirnya sekali jadi bekal
kembara 11 bulan lagi.

Ada rezeki, bersapa lagi
Ramadan nanti.

Atau setakat ini
Ramadan akhir diri.


.

Nota dicatit oleh:
Ummu 'Ezz Suzana Mohamed Ali.
Jakim Putrajaya.
Pada 22 Ramadan 1434H.

Published with Blogger-droid v2.0.10

29 Julai, 2013

Kultum: Ke Akhir Ramadan?

|||KULTUM|||
kuliah tujuh minit


KE AKHIR RAMADAN
Oleh Ustaz Mohd Ajib bin Haji Ismail


Ramadan datang dengan tawaran taqwa. Taqwa pula datang dengan tiga (3) promosi hebat - rahmat, keampunan dan pembebasan dari Neraka.

Ia merupakan satu proses saringan sebanyak tiga (3) peringkat.

Pusingan pertama ialah pusingan kelayakan. Semua umat Islam turut serta.

Sama-sama teruja di 10 malam pertama. Sama-sama mencari rahmat.

Pusingan kedua ialah pusingan separuh akhir. Sudah separuh sahaja yang bertahan hingga ke pusingan ini. Bakinya sudah kalah.

Pejaya pusingan ini merebut promosi keampunan.

Pusingan ketiga ialah penentuan. Mereka yang berjaya ke tahap ini sahajalah yang layak mendapat pertimbangan taqwa.

Pejaya dalam pusingan ini sahajalah yang layak mendapatkan promosi pembebasan dari Neraka.
googled

Soalnya, kita sudah di peringkat mana?

Sudah terkandas di pusingan pertama? Atau masih bertahan ke pusingan ketiga?

Tanyalah iman ...



.


22 Julai, 2013

Kultim: Kalaulah... Pastilah...

Kultim Pagi Ramadan ||
kuliah tiga (3) minit


Kalaulah ... Pastilah ...
Oleh YBhg Tuan Haji Ansarullah Hashim (JAKIM)

 

Dalam al-Quran, Allah nyatakan bahawa ada jurang jauh antara orang beriman dengan orang yang kufur. 

Dan ada beza yang nyata antara orang beriman yang taat dengan ahli maksiat.

Di sisi-Nya, Allah asingkan antara lot-lot untuk orang beriman dengan yang kafir. 

Allah pisahkan antara orang beriman yang buat amal soleh dengan ahli maksiat.

Mereka ini tidak akan bersatu sampai bila-bila selagi belum taubat.

Andai di dunia ini, ada diasingkan dan dilabel kedai ini untuk orang beriman dan ini kedai untuk ahli maksiat.

Pastilah kedai untuk orang beriman akan penuh dan kedai untuk ahli maksiat lengang.

Sekalipun kita ahli maksiat, kita tetap akan pergi ke kedai orang beriman.

Sekalipun kita ahli maksiat, kita tak akan tergamak pergi ke kedai untuk ahli maksiat.

Kita mengaku kita baik, sedangkan KPI kebaikan itu tidak kita capai.

Kita tidak mengaku kita buat jahat, sedangkan Allah Maha Tahu apa yang dizahirkan dan apa yang diselindungkan.

20 Julai, 2013

Belilah Warta Perdana


.
Merebut laba di musim Ramadan...






Nota Hujung:
Adakah dalam etika wartawan ada keizinan menerbitkan tulisan dari faham sendiri, bukan apa yang dikata oleh orang yang ditemuramah?

29 Jun, 2013

Sudah (Lama) Masuk Akhbar!

Sudah 3 bulan masuk akhbar, baru teringat mahu tampal di sini ...

Erm..



Sudah terbit dalam Sinar Harian (Tengah) pada 29 Mac 2013 lepas.

25 Jun, 2013

Mulut Jahat Hati Baik?

Kita biasa dengar atau cakap:
.
.
"Aku ni mulut sahaja jahat. Tapi hati aku baik."

"Kamu usah ambil hati dengan kata-katanya. Dia memang laser. Tapi untuk kebaikan kamu juga."

.
.
.

Nabi Muhammad SAW pula sebut:



Apabila dibandingkan dengan kata-kata Nabi Muhammad SAW dalam hadis ini, sesungguhnya terbatallah cakap-cakap biasa di atas.

Mahu ikut Nabi atau diri sendiri?