09 Mac, 2015

Tahun Ke-7!



Hamdan lillahi kathira.

9 Mac 2008 kami disatukan.
Hari ini tahun ke-7 kami bersama.




Doa dari kedua-dua ayahbonda, seisi keluarga dan sahabat kenalan
kami aminkan.

Biar jodoh dan kasih ini berpanjangan.

Hingga kembali nanti berpimpin tangan,
menuju Tuhan.



Ya Allah, perkenankanlah.



<3 p="">



~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Dengarlah bintang hatiku
aku akan menjagamu

Dalam hidup dan matiku
hanya kaulah yang ku tuju

Dan teringat janjiku padamu
suatu hari pasti akan ku tepati


Aku akan menjagamu
semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh

Ku terima kekuranganmu
dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku
.
* * * * * * *
|| D E M E S I S ||

14 Disember, 2014

Dia Yang Kami Sayang

Dari beratnya hanya 2.3 kg semasa lahir, sampai sekarang; cinta untuknya berdenyut sayang.

Dialah yang Allah kurniakan sebagai amanah.

Anakanda `Izz Amsyar, anakandalah cinta pertama Ummi dan Baba..

Cinta tanpa syarat.
Dari dunia sampai akhirat.

12 Disember, 2014

Teguhlah di situ




Pada takdir, kita bertemu.

Pada ketawa dan air mata,
memilihmu jadi pendampingku.

Pada rasa yang bergetar,
mengalirkan kasih seluruh jiwa.

Teguhlah di sisiku,
sampai syurga nanti,
iringlah bahagia ini ke situ.

10 Disember, 2014

Sudah Acapkali Berulang




Sudah acapkali mesej begini berulang di media sosial.

Ini penjelasannya:





______________

Nota:

  • Kod E bukan kod babi.
  • Apabila sudah sangsi pada satu produk yang ada logo dan status Halal Malaysia yang sah dan sahih, jangan gunakan produk lain yang ada status yang sama. Guna yang tiada logo Halal. Mudahkan?
  • Ini portal Halal Malaysia: www.halal.gov.my


Semak Sebelum Sebar!
Semak Sebelum Percaya!

03 November, 2014

Hujung Minggu Kami





Jarang dapat peluang keluar bersama-sama, akhir-akhir ini.

Semalam, pagi-pagi lagi sudah kami maklumkan pada anakanda, "nanti lepas kemas-kemas rumah, mandi, tidur dulu. Bangun tu, Yop makan nasi, lepas asar kita jalan-jalan bawa kereta Yop. Boleh?"

Alhamdulillah, mahu dia. Dengan izin Allah, apa yang direncanakan berhasil dengan baik.



Yop dengan kereta tanpa lesennya

"Kita nak jalan ni," sebab tu tak pandang kamera

Okay sikit

"Dah boleh jalan dah?"






Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang mahu kamu dustakan?




.

24 Oktober, 2014

1 Muharam 1436H

.

Ya Allah, jadikanlah segala sesuatu yang kami telah lakukan sepanjang tahun lalu sebagai amal soleh yang Kau reda.

Dan berikanlah kami kekuatan untuk terus menjadi hamba-Mu yang beramal soleh.

آمين

.

22 Oktober, 2014

Kita Siapa?

بسم الله الرحمن الرحيم.

Ketika kanak-kanak lain yang sama usianya 8 tahun, bermain-main; dia sudah hafal al-Quran sepenuhnya.

Ketika remaja lain sedang mabuk mahu kenal dunia, di usia 15 tahun dia sudah hafal hadis-hadis.

Sangat menghormati sang guru, tunduk patuh pada sang bondanya.

Merendah diri dan sentiasa jujur.

Sangat teliti dalam menuntut ilmu dan menyatakan pendapat.

Gigih meraikan pandangan berbeza.

Lalu apabila kita yang sudah suku abad ini tetapi belum hafal walaupun satu hadis bersanad, mahu bentak-bentak Imam al-Syafie pada pandangan fekahnya, baiklah pulang dahulu, kenal diri, sedar diri dan tahu diri.