23 November, 2009

Berbahasa

Bismillahirrahmairrahim.

Salam.


Mesyuarat wakil-wakil rakyat bahas masalah umat akhir zaman.

Apa yang kita nampak dari ayat di atas?

Ayat biasa.

Ada subjek. Ada predikat.

Ya. Jika diteliti, semua perkataan yang mencantum ayat itu adalah kalimah Arab.

Mesyuarat wakil-wakil rakyat bahas masalah umat akhir zaman.

Satu ayat lengkap yang difahami tetapi terdiri daripada perkataan-perkataan yang dipinjam dari bahasa lain.

Itulah uniknya bahasa Melayu kita.

Bahasa dunia. Lingua franca, kata buku Sejarah.

Bahasa Melayu dipilih menjadi bahasa rumpun Melayu kerana bahasanya terbatas dan tidak terikat dengan pengaruh falsafah dan ketuhanan umpama bahasa Jawa yang kebanyakannya dipertuturkan oleh masyarakat ketika itu.

Perkataan bahasa Melayu sangat terhad, ketika itu. Namun ia diperkayakan dengan bahasa yang lebih kuat. Maka bahasa Arablah antara bahasa itu.

Generasi terdahulu sangat halus dan teliti dalam memilih kata. Kalimahnya tepat. Penggunaanya bertempat.

Kalimah teruna dan dara, misalnya. Sebut sahaja, kita tergambar sifat-sifat yang terkandung pada kalimah-kalimah itu. Teruna, orangnya tegap berbudi. Dara, orangnya lembut berbahasa.

Inilah antara poin yang melekat kuat dalam ingatan kami berdua sejak menyertai Seminar Bahasa dalam Dakwah di ILIM, Bangi pada hujung September lepas.

Pembentangan oleh Dato' Dr. Sidek Fadil yang tajuknya Peranan Bahasa dalam Dakwah menyuburkan lagi cinta kami pada bahasa ibunda.

Rasa macam nak jadi pejuang bahasa je, tiba-tiba d(T__T)b

::perasan tak::

kalau A bunyinya 'a', b.a bunyinya 'ba', b.u bunyinya 'bu' dan seterusnya.

jadi, a.y.a.m bunyinya ayam.

tapi kenapa come bunyinya kam? tak jadi co-me?

huhu, patutlah budak-budak Melayu tak pandai bahasa Inggeris.

sebab;

lain ejanya, lain sebutnya.

alahai ...

Tiada ulasan: