10 September, 2008

Tertinggal (4)

Selamat menyempurnakan ibadah puasa
dan
mengisi Ramadan dari kami, Nabil Ahmad dan Suzana Mohamed Ali di Sanggar Cinta.

Mudah-mudahan di Ramadan 1429 H ini kita berhasil mendapatkan rahmat Allah yang mencurah-curah,
keampunan-Nya yang Maha Luas dan
dikurniakan-Nya syurga dengan membebaskan kita dari neraka-Nya.

Tertinggal (3)


Nur 'Ayunni Mohd Sukri. Puteri kedua Kak Nasuha. Lahirnya 2 hari sebelum Muktamar Pas di Ipoh bermula. Alhamdulillah kami berkesempatan menziarahi mereka di Sauk, Kuala Kangsar. Berat baby ni. Gebu sangat! Kalau tak salah ingat, 3.4kg dan dilahirkan secara normal. Masa kami datang, si kecil ni baru lebih kurang 24 jam lahir. Masih wangi lagi .. Nama pun belum ada, masa tu :).

Kak Yong Nur Afiqah ni dah kurang malu dah dengan Baba angkatnya. Syukurlah ... Kalau tidak, mesti dia menyorok belakang abahnya sebab malu. Anak dara ni dah besar dan banyak cakap pulak :). Ayat yang paling kami ingat, bila kami saja mengusik konon nak bawa adik babynya balik, "kita ada permainan. Banyak ada kat ghumah kita!" Nadanya macam dia tak kisah adik babynya diambil ;)

Tertinggal (2)


Ini sebenarnya cerita lama. Bermingu-minggu teringin nak makan tiramisu, sehingga satu hari tu, suami tercinta pulang dengan sekotak kek tiramisu yang sangat istimewa :) Hmm puas makan. Yang indahnya, siap ditulis "Istimewa Buat Isteri Tersayang".

Terima kasih, Habib. Kerana menghargai Honey :)



Masa baru-baru balik umrah, kami diundang ke Majlis Menandatangani Perjanjian antara Tabung Haji Travel & Services dengan Astro Oasis di bangunan Tabung Haji. Astro Oasis - Inspirasi Sanubari.

Anak saudara kami yang kedua - Ahmad Bazil Fathi. Kamilia Irdhina dah jadi kakak sekarang. Tapi nakalnya makin menjadi-jadi mungkin sebab dia cemburu - kita layan adiknya lebih dari dia :)

Tertinggal ...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang

Dah 10 hari Ramadan meninggalkan kita. Semalam, di majlis berbuka puasa Astro Oasis, hati kami tertegun dek lontaran kalam Dato' Dr Fadzilah Khamsah - "Ramadan bertemu kita atau kita yang bertemu Ramadan?"

Ya. Kalau kita menganggap Ramadan yang bertemu kita, pasti sambutan kita biasa-biasa aje. Macam kita jumpa orang yang biasa kita jumpa. Tiada yang istimewa.

Hakikatnya, kita yang berpeluang bertemu Ramadan. Kerana Ramadan ini sungguh istimewa dan bermakna. Patutnya kita rasa bertuah dan menghargainya dengan sepenuh hati. Bukan dengan separuh-separuh ...

Kalam Cinta Ramadan

Oleh Nurhumaira Mukhtar

Ini aku datang dan

datang lagi

selagi nafiri kiamat belum digendang

pasti aku hadir, tepat

tak pernah lewat

tak mungkin lewat.


Aku pasti datang

walau ada yang lepas pandang dan

aku ini ada daulatnya.

Kalimah Tuhan dalam

diari lampau, akulah julang

di kala perintah-Nya, gunung-ganang

enggan tatang, mentelah langit

takut bukan kepalang.


Akulah saksi

kalimah-Nya itu diperturunkan.


Aku pernah dulu datang

dalam kisah ribuan tahun silam

tatkala tiga ribu malaikat diutus datang

cempera lari petualang di wadi Badar

yang simpan kisah gemilang.


Aku Ramadan.

Akulah yang Dia seru, bulan-Nya

bulan penuh cinta-Nya, kalau hati

lapang damba cinta sejati

maka biar aku sampaikan

cinta itu, sebelum aku berlalu

kerana aku pasti tetap datang

sedang kau tak tahu bilakan pulang.


~~~***~~~

Ini puisi saya yang alhamdulillah telah berjaya mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan Puisi Ramadhan anjuran Nisa Shah Alam 1428 H yang lepas. Terima kasih kepada yang mengundi saya masa itu di nisashahalam.blogspot.com