Salam.
Dah lama tak jengah koleksi tulisan Saifulislam yang dibukukan. Aku Terima Nikahnya, Bercinta Sampai ke Syurga dan Rindu Bau Pohon Tin adalah buku-buku yang paling kerap dibelek berulang-ulang. Belum ketemu jemu.
Membaca kisah, pesanan dan peringatan dalamnya bagai menyalakan sumbu pelita hidup yang kadang-kadang malap.
Namun sepurnama dua ini masa senggang memencil jauh. Buku-buku itu kaku di rak.
Terkejar-kejar menyelesaikan tuntutan itu ini. Hatta masa untuk diri dan rumahtangga hampir 60 saat sahaja.
Kami sekereta ke pejabat. Berpegang tangan melangkah ke cafe. Namun isi bicara kami soal kerja dan kerja dan kerja.Hujung minggu dalam sebulan dua ini belum membenarkan kami lekat di rumah. Buatkan kami bagai pulang ke rumah tumpangan sahaja lagaknya.
Toyota Rush kami itulah yang jadi rumah kedua.
Dalam sebulan dua ini, kami cuma minta 2 hari sahaja untuk senggang dari dunia luar. Kami mahu berdua seketika. Biar kami rehat sebentar.
Menonton tv sambil baring di ribaan isteri.
Masak bersama.
Berebut baca buku dan majalah.
Basuh kereta sama-sama.
Gaduh-gaduh nak kemas rumah.
Bercerita tentang cinta. Berbicara soal rindu.
Atau setidaknya rumah kami dapat 'bermesra' dengan tuannya.
Bunyinya macam selfish. Tapi kami penat. Biarkan kami berehat sebentar, memulihkan tenaga dan minda.
Dan tatkala hati berkata begitu, catatan ini kami temui di (saifulislam.com) @ (Abu Saif)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan