02 Januari, 2014

A dalam Peperiksaan

.




Semasa bercakap-cakap dengan tuan suami yang sedang mencari idea untuk isi ceramah beliau, saya kata:

"Bukan tanggungjawab anak-anak untuk dapatkan A dalam peperiksaan."

Jeda. Beliau tatap wajah saya, isyarat menanti penjelasan.

Saya sambung: "Tanggungjawab mereka belajar dan cari ilmu. Memaksa anak dapat A itu kepuasan yang ibu bapa mahu."








Salam sahabat Fb semua,

Hari ini result UPSR diumumkan.

Setinggi-tinggi tahniah dari ustazah untuk anak-anak dan para ibu bapa mereka yg telah berjaya cemerlang dan doa dipanjatkan kepada Allah agar anak-anak yang kurang cemerlang dan kurang berjaya terus mekar harapan dan usaha untuk menimba ilmu.

Anak ustazah tidak terkecuali...pukul 11 pagi tadi, dengan ditemani abinya.

Ustazah lihat pemergiannya untuk mengambil keputusan UPSR dengan wajah yang sangat ceria. " Ummi...takutnya...", tapi bibirnya mengukir senyum.

Ustazah menanti kepulangannya dalam debaran.

Selepas hampir satu jam masa berlalu, anakanda ustazah pulang dengan deraian airmata.

Ustazah rasa seperti dapat mengungkap apa yang berlaku.
Perlahan abinya kata, "3A 2B".

Luncur ustazah menyambutnya dengan Alhamdulillah 'ala kullihal wa fi kulli hal.

Anakanda ustazah terus menangis.

Dia mengharapkan result yang cemerlang seperti kakaknya supaya dapat bersekolah di sekolah yang sama.

Ustazah biarkan dia menangis puas-puas.

Biarlah dia berseorangan dalam kamarnya, pasti saat dia menangis bermacam-macam yang terfikir di kotak ingatannya.
Biarkan dia dewasa sebentar dengan kenyataan hidup.
Kebetulan hari ini ustazah agak sibuk, ustazah teringat anakanda yang sulung akan pulang bercuti ke rumah malam ini.

Ustazah hubungi si kakak, "kak Long tolong belikan kad ucapan tahniah ya, sbb umi nak bagi kat adik".

Jawab si kakak, "bukan 5A kan ummi. Kenape nak berkad-kad?"

Respon ustazah "kak Long, walaupun adik tak dapat 5A, tapi dia wajar menerima ucapan tahniah dari ummi. Ummi nak menyanjung segala usahanya dalam menuntut ilmu sejak dari tadika, kak Long.8 tahun dia menuntut ilmu, berpagi-pagian bangun untuk ke sekolah. Pagi akademik, petang kelas agama, malam mengaji. Macam-macam pahit manis yang adik harungi sesuai usianya dalam kehidupan seorang pelajar. Andai ummi tak menyanjungnya, adakah lagi orang yang lebih hampir dengannya melihat ketabahannya menuntut ilmu? Belikan kad yang cantik sangat untuk adik ya, kak Long.

Ummi nak tulis begini atas kad tersebut:


Anakanda ummi, setulusnya ummi mengucapkan tahniah atas istiqamahnya anakanda ummi menuntut ilmu dari kecil.

Jangan menangis lagi.
Belajar menyenangi keputusan Allah.

Senyumlah sayang, melihat masa depanmu.

ADA AL-QURAN MENANTIMU, MENGUBAT KESEDIHANMU.
MEMEKAR KEMBALI HARAPANMU.
MASA DEPANMU BERSAMA AL-QURAN JAUH LEBIH INDAH DAN GEMILANG.
ALLAH TELAH ATUR TAQDIR YANG SEMPURNA BUAT ANAKANDA UMMI. 

Dengan keputusan tersebut, anakanda ummi mungkin tidak memenuhi syarat untuk belajar di samping kak Long.

Namun subhanallah! Ada yang lebih indah dari itu.
Barangkali dengan result tersebut, anakanda ummi akan menerima cadangan umi dan abi untuk memasuki sekolah tahfiz sepenuh masa.

Dan ummi berharap anakanda ummi yang menangis teresak-esak di birai katil sepanjang hari ini akan Allah berikan kesempurnaan kebahagian saat anakanda Ummi menepati syarat untuk memakaikan ummi dan abi mahkota di akhirat kelak.

Anakanda ummi al-hafizoh, bangunlah sayang..
Sujud syukur kepada Allah,
Ini permulaan sebuah taqdir kehidupan yang diatur Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Bijaksana.



Sahabat semua, doa ustazah untuk anak-anak kalian dan ustazah berharap sangat doa kalian untuk kesemua cahayamata ustazah.

Semoga kita jadi ibu ayah yang tabah dan setia di sisi anak-anak.

Berdiri di samping mereka saat mereka berjaya atau sebaliknya.

Kita sudah melalui asam garam kehidupan. Tenanglah memperbaiki anak-anak kita.

Rahmat Allah Maha luas. Dengan rahmat-Nya kita semua melangkah di dunia hingga ke syurga.

Aameen.

Syukran kathiran pada kalian semua para guru.


Wassalam.


Tiada ulasan: