Bismillah, walhamdulillah.
Opah dan Atok datang seminggu temankan Yop dan Ummi sebab Baba bertugas luar lama, kali ini.
Balik dari out station, kita bawa Opah dan Atok makan angin. Sudah seminggu terperap sahaja di rumah.
Kita naik Bukit Tinggi sahajalah.
Memulakan perjalanan. |
Singgah sarapan di tepi jalan dekat Gombak. |
Sampai-sampai tu, kita ke Animal Park dahulu. Hari belum panas, bagi arnab dan rusa makan.
Opah layan Ummi selpi |
Yop nak bagi arnab makan. |
Yop berani! |
Aksi Baba Yop bagi armab makan. Mahal ni! ^_^
Haaa, kan dah kena 'serang' dek rusa! |
Ecece... |
Kita panjat bukit ke The Japanese Village. Tak sesejuk Cameron Highland. Tapi nyaman.
Dia sorang sahaja yang berminat nak pakai kimono ni lagi ^_^ |
Dan aksinya ...
Seterusnya kami ke Horse Trail.
Gambar Ummi dengan Atok naik kuda tak jumpa cari pulak. Lain kalilah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan