02 Disember, 2008

Santai 5

Bismillahirrahmanirrahim

Allah sembunyikan 6 perkara dalam 6 perkara:

1. Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2. Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3. Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al- Quran.
4. Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5. Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
6. Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.


##### ~ #####

S u b h a n a l l a h !


Langit malam tadi teramat indah untuk dilafazkan dengan kalimat.
lihat lebih banyak lagi gambar di [1] [2] [3]
seperti di bawah ini ...


venus (kejora) ~ musyitari (jupiter)
bulan
yang sedang tersenyum

01 Disember, 2008

Santai 4

Bismillahirrahmanirrahim


TAK SEMESTINYA kita tulis sendiri. Selalunya kita senang merujuk pandangan yang lain. justeru, mari kita berkongsi kisah dan falsafah ini ... Pandang dengan mata hati dan akal waras.

Mudah-mudahan, kita bukan yang dimaksudkan ...

~*~***~*~

MUSUH ALLAH BERIJAZAH SYARIAH



“Bagus tulisan ini. Bangun, siapa yang menulisnya!”, kata Dr. Mustafa Abu Zaid.

Sahabat saya, Khair (bukan nama sebenar) bangun tersipu-sipu. Hampir 300 biji mata yang lain tertumpu kepadanya.

“Kamu pelajar tahun dua ya?”, tanya beliau kepada anak muridnya yang seorang ini.

Khair mengangguk.

“Kamu dari negeri mana di Malaysia?”, tanya Dr. Mustafa lagi.

“Saya dari Kelantan”, jawab Khair.

“Ohh, patutlah!”, simpul pensyarah kami.

Semua orang terpinga-pinga. Apakah yang Dr. Mustafa Abu Zaid maksudkan dengan “ohh patutlah” tersebut?

“Baik, ini saya ada satu lagi hasil kerja. Sila bangun siapa yang menulisnya!”, Dr. Mustafa Abu Zaid memberikan arahan. Kali ini lain sedikit nada suaranya.

Sahabat kami, Hakim (bukan nama sebenar), terus bangun. Kelihatan agak resah di wajahnya.

“Kamu pelajar tahun empat?”, tanya Dr. Mustafa.

“Ya!”, jawab Hakim perlahan.

“Ini hasil kerja pelajar tahun empat? Kamu dari negeri mana di Malaysia?”, soal Dr. Mustafa. Keras!

“Saya dari Johor”, jawab Hakim.

“Ohh, patutlah!”, simpul pensyarah kami, sekali lagi.

Habis semua orang terpinga-pinga. Tambah kebingungan.


AKSES FIKRAH

Saya tersenyum, sekadar menggelengkan kepala. Saya faham benar akan Dr. Mustafa Abu Zaid. Beliau mengajar kami subjek Dakwah Islamiyyah, subjek yang sangat berkesan dalam proses mengakses fikrah pelajar-pelajar Syariah tentang tanggungjawab dakwah dan perjuangan.

Jangan pula ada yang beranggapan, hanya dengan menjadi pelajar Syariah, sudah tentu ada fikrah tentang tugas dakwah warisan Anbiya’ itu. Belum tentu. Dr. Mustafa Abu Zaid sangat arif tentang hal ini dan beliau tidak mensesiakan setiap ruang dan peluang untuk ‘membasuh’ fikrah anak muridnya.


Mungkin sebab itu ramai pelajar Malaysia tidak suka dengannya. Tetapi beliaulah pensyarah yang paling saya minati. Sukar untuk saya ungkapkan, tetapi soalannya sentiasa menarik perhatian saya, dan jawapan saya pula selalu sesuai dengan kehendaknya. Hasilnya, Alhamdulillah, markah peperiksaan bagus. Hubungan juga bagus. Lebih dari sekadar pensyarah dan pelajar, tetapi pendidik dan mutarabbi dari kalangan kami.


KAJIAN GERAKAN

Kali itu, Dr. Mustafa Abu Zaid memberikan assignment kepada kami. Beliau mahu kami mengkaji dan menulis tentang gerakan atau parti yang wujud di negara masing-masing. Satu contoh gerakan yang mendukung idea Islam, idea Nasionalisma, idea Sosialisma dan satu idea lain yang wujud.

Saya gembira sekali dengan tugasan sebegini. Hampir seminggu saya menyelongkar perpustakaan universiti dan kedai-kedai buku di Amman untuk mencari bahan. Terkasima juga bertemu dengan tulisan-tulisan pemimpin PAS dan ABIM yang diterjemahkan ke Bahasa Arab, termasuk juga buku-buku yang disunting oleh Sheikh Azzam al-Tamimi.

Tentu sahaja di ketika itu (1995), belum ada apa yang dinamakan sebagai internet, dalam dunia pengajian kami.

Bagi pelajar yang biasa dengan usrah, tentu sahaja assignment sebegini tidak sukar. Tahu hujung pangkalnya. Tetapi bagi yang tidak pernah peduli dengan Tarbiyah, dengan dakwah, bertemu kesulitan yang besar untuk menyelesaikannya.


KE PEJABAT

Kami keluar kelas bagai cacing kepanasan. Ada yang marah, ada yang ketawa, ramai yang tersenyum dan terus diam. Saya bergegas mengejar Dr. Mustafa Abu Zaid ke pejabatnya kerana beliau berpesan begitu. Turut bersama semasa itu ialah Ahmad yang juga peminat Dr. Mustafa Abu Zaid.

Di pejabat beliau, beliau meminta kami menjelaskan dengan lebih terpeinci tentang suasana politik di Malaysia. Beliau khuatir dengan Anwar Ibrahim yang dilihatnya mengkhianati perjuangan Islam.

“Jangan sampai jadi macam Anuar Saddat!”, katanya, merujuk kepada bekas Presiden Mesir yang muncul dari khemah al-Ikhwan al-Muslimun tetapi bertukar menjadi musuh paling keras dan kejam terhadap Ikhwan.

Saya melihat di atas meja beliau ada buku BACAAN, yang menjadi rujukan golongan Anti Hadith di Malaysia. Manalah ‘Tok Sheikh’ ini dapat naskhah itu, kami berdua kehairanan.


PEPERIKSAAN LISAN

Semasa kami sedang berbual, tiba-tiba pintu bilik Dr. Mustafa diketuk. Seorang pelajar Malaysia muncul dan memberi salam.

“Urusan apa?”, tanya beliau.

“Ujian Satu subjek Aqidah 1," jawabnya. Saya dan Ahmad beralih ke tepi.

“Kamu sudah selesai baca buku Ubudiyyah karangan Ibnu Taimiyah itu?”, soal Dr. Mustafa Abu Zaid.

“Sudah, Alhamdulillah”, balas beliau.

“Baik, silakan duduk. Soalan pertama saya, kamu parti mana?”, tanyanya. Pelajar itu, dan kami berdua sama-sama tercengang.

“Err… err…!”, beliau serba salah mahu menjawabnya.

“PAS atau UMNO?”, soalnya terus.

“Bukan, bukan! Bukan PAS, bukan UMNO!”, jawab beliau. Cemas!

“Habis? ABIM?”, Dr. Mustafa Abu Zaid menyoal lagi untuk memudahkan jawapan.

“Ya…”, jawab pelajar tersebut.

“Baik. Soalan kedua saya, hasil bacaan buku Ubudiyyah itu, terangkan kepada saya bagaimana ABIM faham Islam?”, soalan Dr. Mustafa Abu Zaid makin ‘telanjang’. Tembus dan telus.

“Err… err…”, gugup sekali pelajar tersebut mahu menjawab soalan itu. Tentu sahaja tiada dalam jangkaannya akan disoal sedemikian rupa. Saya dan Ahmad juga resah mendengarnya.

“Saya mudahkan soalan saya ya. Macam Islam PAS atau macam Islam UMNO?”, Dr. Mustafa menembak soalan lagi.

“Tidak, tidak! Bukan macam PAS, bukan macam UMNO. Kami tengah-tengah!”, jawab beliau.

“APAAA!!!”, Dr. Mustafa sangat terkejut. Merah padam mukanya.

Kami kesejukan. Silap benar jawapan sebegitu wahai saudaraku…

“Tengah-tengah!!! Tiada tengah-tengah dalam masalah ini. Sama ada kamu pilih Islam atau kamu pilih Jahiliah. Mereka yang baina baina (tengah-tengah) hanya kaum yang bersekongkol dengan Nifaq. Adakah kamu maksudkan ABIM begitu?”, soalnya lagi.

“Tidak, tidak… bukan begitu!”, jawab pelajar itu. Wajahnya sungguh panik.

Saya dan Ahmad meminta izin untuk keluar. Kasihan melihat pelajar tersebut yang tersepit dan terjerat.

“Jangan! Duduk sini”, tegas Dr. Mustafa Abu Zaid menahan kami.

Saya dan Ahmad duduk semula.

“Habis, bagaimana sebenarnya Islam yang kamu fahami dan perjuangkan. Terangkan kepada saya”, ujar Dr. Mustafa.

“Saya tidak tahu!”, balas pelajar itu perlahan. Sayu bunyinya.

“Kamu bilang kamu sudah habis membaca kitab Ubudiyyah. Tetapi kamu tidak dapat jelaskan Islam apa yang kamu perjuangkan. Wallahi, kamu belum faham apa yang Ibnu Taimiyyah cuba sampaikan dari buku itu. Pergi balik dan baca semula. Setelah faham, baru datang jumpa saya dalam tempoh satu minggu”, Dr. Mustafa Abu Zaid meredakan kemarahannya.

Biar pun beliau seorang yang tegas, tetapi ketegasannya ialah pada menegaskan fikrah dan kefahaman. Dalam bab peperiksaan dan pemarkahan, beliau seorang yang bertolak ansur dan memberi peluang kepada pelajarnya.


KELAS BERIKUTNYA

Dua hari selepas itu, kami masuk semula ke kelas Dakwah Islamiyyah.

Jam sudah sedikit lewat. Kami hampir-hampir sahaja mahu meninggalkan kelas kerana Dr. Mustafa Abu Zaid amat jarang tiba lewat ke kelas. Beliau muncul tetapi wajahnya kemerahan.

“Saya kecewa!”, katanya memulakan kelas kami.

Dewan Teater 5 itu sepi. Tentu ada sesuatu yang tidak kena.

“Saya telah dipanggil oleh Dewan Senat kerana ada di kalangan kamu yang mengadu dan menuduh saya menyebarkan propaganda di dalam kelas!”, sambungnya lagi.

“Kamu tahu apa itu propaganda? Iaitu kenyataan tanpa dalil dan pembuktian. Apakah ada mana-mana keterangan saya yang tidak merujuk kepada dalil? Cakap!”, tegas guru kami yang seorang ini.

Saya sendiri sejuk-sejuk tangan dan leher dibuatnya. Gerun.

“Salman! Mana satu Salman? (bukan nama sebenar)”, beliau memanggil nama pelajar yang membuat pengaduan tersebut.

Seorang rakan kami dari Indonesia bangun.

“Oh, kamu! Apa alasan pengaduan kamu?”, tanya beliau.


BERANI MENJAWAB

Salman menegaskan bahawa beliau tidak suka dengan idea assignment tentang gerakan dan parti yang diberikan tempoh hari. Katanya, subjek Dakwah Islamiyyah sepatutnya mengajar tentang cara-cara berdakwah, bukannya bercakap tentang politik kepartian.

Dr. Mustafa Zaid, merah padam mukanya.

“Kamu sudah baca silibus subjek ini?”, soalnya lagi.

“Sudah doktor!”, balas Salman.

“Faham isi kandungan dan matlamatnya?”, tanya beliau.

“Faham”, jawab Salman.

“Wallahi, kamu tidak faham satu apa pun dari silibus tersebut!!!”, marah Dr. Mustafa Abu Zaid.

Kelas menjadi sepi. Tegang, bukan tenang.


AYAH, BUKAN PENSYARAH

“Kamu semua dengar sini. Aku mengajar kamu bukan kerana mencari duit. Aku bukan berdiri di sini sebagai pensyarah. Aku adalah bapa, dan kamu anak-anakku. Aku mengajar kamu agar kamu hidup menyembah Allah. Jangan jadi musuh Allah, apatah lagi musuh Allah berijazah Syariah! Jika kamu melaporkan kepada Raja sekali pun dan aku dihukum bunuh, ketahuilah bahawa syahidnya aku adalah kebanggaan isteri dan anak-anakku!”, Dr. Mustafa Abu Zaid bersyarah.

Wajah dan janggutnya basah dengan air mata.

Saya juga gagal menahan sebak. Puas mengelap air mata, kerana saya tahu Dr. Mustafa memaksudkan apa yang diperkatakannya.

“Kelas tamat untuk hari ini. Kamu semua jangan datang ke kelas ini lusa, kecuali setelah kamu tahu apa maksud Surah al-Dzaariyaat ayat 56!”, beliau terus melangkah keluar dan memberikan salam kepada kami.

Ubudiyyah kepada Allah… itulah butir hikmah yang Sheikh Mustafa Abu Zaid semaikan ke jiwa kami.

Hanya jauhari yang kenal manikam!

::: ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur :::



~*~***~*~

30 November, 2008

Santai 3

Bismillahirrahmanirrahim


MANA ADA manusia yang tidak sibuk di dunia ini, kan? Jadi, alasan 'saya sibuk' mungkin bukan frasa yang tepat untuk kami nyatakan sebab Sanggar Cinta ini sepi sekian lama.

Jadi, begini sahajalah ... Dari tertunggu-tunggu bicara kami, ini kami persembahkan artikel yang sempat kami baca di Harakahdaily.net. Kalimat yang menyentak nubari kami - saya dan dia ...


Habiburrahman El-Shirazy: AAC, penyebab dakwahnya lebih meluas
oleh Ali Bukhari Amir
Fri | Nov 21, 08 | 8:28:02 pm MYT

"Malu sama Rasulullah s.a.w. Baginda berdakwah ke Taif, hingga berlumuran darah dilempar batu. Saya dijemput menyampaikan dakwah. Bukannya kita cari, orang yang datang jumpa kita dan minta kita berceramah. Adakah kita patut menolak?"

Orang daripada perusahaan batu bara yang terbesar dari Kalimantan Timur itu kebetulan terbaca novel saya dan dia terus berminat mengundang saya ke sana. Saya fikir mereka mahu bicara tentang sastera, rupanya sudah pun diatur jadual saya menyampaikan kuliah ke beberapa buah masjid.

"Mereka lengkap menyediakan kereta. Apakah saya perlu berkata, oh saya cuma ingin bicara sastera Islam saja kerana itu adalah bidang saya. Ceramah agama saya tidak mahu. Tak boleh begitu. Nanti malulah sama Rasulullah," kata beliau.

Bagi Habiburrahman El-Shirazy atau lebih mesra dengan panggilan Kang Abik, novel Ayat-Ayat Cinta (AAC) yang meletup itu adalah aset utama untuknya berdakwah dengan lebih meluas.

Ucapan 'malu sama Rasulullah' yang disebutkan Kang Abik petang itu kerap bergema dan berlegar-legar di dalam fikiran. Ia mengingatkan saya ke atas watak Fahri Abdullah yang sedang mempertahan seorang wartawati Amerika yang sedang memapah ibunya yang keletihan di atas LRT. Ketika warga Amerika itu diserang, Fahri dengan pantas mengucapkan sebuah sabda Rasulullah.

"Kalian telah menyakiti Rasulullah," demikian kata Fahri. Apakah watak Fahri adalah belahan daripada jiwa beliau sendiri? Atau, apakah watak utama itu sebahagian besarnya datang daripada kesan, cetusan ilham melalui kisah rakan-rakannya?

"Ya, termasuk juga kesan pengalaman daripada rakan-rakan saya juga," demikian ujar beliau.

"Ya, sudah tentu. Tapi berapa peratus bab daripada novel itu memaparkan kisah Kang Abik sendiri?" tanya saya. "Dan, apakah kebanyakan kisah itu juga termasuk dari belahan kisah cinta mas sendiri?"

Dia tersenyum lalu ketawa, "Ah..Saudara baca sendirilah. Nanti tahu sendiri."

Melihat perawakannya, sosok yang kental spiritual, kukuh pendirian dengan iltizam dakwah ini ternyata masih muda. Usianya sekitar 30-an.

Baginya, AAC yang terus bangkit sebagai suatu fenomena secara tiba-tiba itu telah menjadi landasannya untuk makin kukuh dan giat bekerja dalam landasan dakwah. Dan padanya, lulusan al-Azhari tidak sepatutnya berada dalam pesantren (pondok) dan berterusan menjadi santri-santri (lulusan pondok) sahaja.

Dia malah, sempat bergurau, "Kalau mas punya wang banyak, ayuh kita sama-sama bikin filem di Hollywood!"

Apa takrif Sastera Islam?
Itu merupakan salah satu kes di mana penangan AAC menyebabkan beliau mula kerap diundang menyampaikan ceramah agama. Tapi, beliau kerap merendah diri. Dia tidak banyak mendabik dada ketika membicarakan AAC itu.

"Saya tak meletakkan novel itu sebagai sastera Islami. Saya hanya letakkan novel itu sebagai novel pembangun jiwa. Tapi, khalayak ramai kemudiannya meletakkan karya itu sebagai sastera Islam.

"Saya tidak melihat Sastera Islam itu mestilah ciri-cirinya berlatarbelakangkan masjid, Makkah dan Madinah. Ini satu tanggapan yang mesti dibetulkan," katanya lagi.

Malah katanya, novel berjudul Harimau Harimau oleh Mochtar Lubis juga boleh diangkat sebagai sastera Islam. Ini kerana katanya, karya itu terselit di dalamnya unsur kesufian daripada segi perasaan al-Khauf (takutkan pembalasan Allah) dan al-Raja' (pengharapan).

"Latarbelakang pengkisahannya cuma hutan dan bukannya di masjid, Mekah dan Madinah. Sekumpulan manusia mula tersesat di hutan dan masing-masing takut mati dibaham harimau. Pada saat itu, mereka mula menghitung nasib diri, amalan berhubung dosa dan pahala. Nah! Ada unsur tasawuf di situ," tambahnya lagi.

Selain itu Kang Abik turut memetik lagi beberapa buah novel yang beliau masih ingat. Antaranya kisah sebuah kampung petani yang tanaman mereka tidak menjadi kerana dilanda musim kemarau. Tiba-tiba ada seorang petani tua yang berpesan agar jangan mudah menyerah kalah kepada kemarau itu.

"Petani tua itu berkata, di sana ada danau yang masih boleh diambil airnya. Ambil dan siramkan tanaman itu. Dan ini ada hubungan dengan firman Tuhan - Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehinggalah kaum itu sendiri yang bertindak mengubahnya.

"Jadi, jangan disempitkan lagi sastera Islam itu dengan berlatarbelakangkan cuma masjid, Makkah dan Madinah sahaja," kata beliau lagi.

Baginya, penafsiran yang melihat sastera Islam itu cuma terhad kepada latarbelakang Makkah, Madinah, masjid itu akan menyebabkan sastera Islam akan menjadi makin sempit, walhal Islam itu luas dan rahmatnya melimpah ke serata alam. Islam ada pada setiap bangsa dan ia hadir di semua negara.

"Malah sastera Islam itu masuk mengalir ke Indonesia itu serentak dengan kehadiran Islam itu sendiri," kata beliau lagi sambil merujuk kepada tradisi dakwah Wali Songo yang menggunakan elemen, tradisi hiburan.

Mengarang dari hati
"Mungkin kerana AAC berlatarbelakang al-Azhar, maka ia diangkat sebagai sastera Islam. Tetapi, saya ingin katakan bahawa jika saya tak belajar di al-Azhar dan di Timur Tengah sekali pun, saya tetap akan mengarang Ayat-Ayat Cinta."

Kami cuba mencungkil rahsia resipi Kang Abik dalam menyediakan ramuan novel sebagai hidangan jiwa, santapan rohani dan kini ia menjadi juadah pembuka selera bicara bagi penggemar sastera kini.

"Biasa saja, sesuaikan tema novel dengan judulnya. Malah AAC itu sudah ada berapa buah judulnya dalam fikiran saya sebelum ini," kemudian dia terdiam sebentar.

"Ya, selain itu ada juga kita bertafakur, bermenung sendirian.."

Saya yakin, Kang Abik tergolong dalam kumpulan manusia, atau watak-watak penulis yang mengarang bukan lagi lewat jari-jemari, malah mereka mengarang daripada hati-hatinya.

Seperti kata Buya Hamka dalam salah satu catatannya, orang yang mengarang dari hatinya, tulisan mereka itu akan terpancar dan kesannya terus masuk ke dalam hati manusia lain.

10:00 p.m, 20 November
Sekolah Pemikiran Kg Baru

13 November, 2008

Dari Kamar Bacaan


Ada enam buah buku yang sudah menjadi koleksi.

Hatiku di Harajuku, Ramlee Awang Murshid
Surat-surat Perempuan Johor, Faisal Tehrani
Panggil Aku Dahlia, Noor Suraya
Rahsia Islam di China: sebalik Tembok Besar, Ann Wan Seng
Musafir Cinta, Taufiqurrahman al-Azizy
Kembalikan Cintaku, Norhayati Berahim

Yang istimewanya keenam-enam buku ini bukan bacaan yang biasa-biasa.

Novel pertama memperkenalkan Jepun, budaya, bahasa dan kehidupan cintanya.
Novel kedua bercerita tentang sejarah dulu-dulu antara Johor dengan empayar Turki Uthmaniah.
Novel ketiga karya kelapan Kaksu mengajar tentang teh dan kebun teh.
Buku keempat memuatkan banyak fakta dan maklumat betapa Islam memang sudah lama bertapak di China.
Musafir Cinta yang diterjemahkan oleh Kaksu ini menjadikan tauhid sebagai asas percintaan.
Yang keenam ;) belum habis diulit lagi.


Wah! Rupanya sangat banyak perkara baru untuk diladeni kalau membaca kerana mahu berfikir ...


*tiada dalam gambar Rahsia Islam di China. sebab 'dia' ni kena duk dalam kereta. kejap lagi ada meeting, nak gunakan khidmat 'dia'*

05 November, 2008

n3 di bawah ini belum sempat kami terjemahkan lagi. Alhamdulillah, kerana ada yang bertanya maka bertambahlah ilmu kami dan insya Allah, Muna yang membantu juga turut merasai ganjaran dari-Nya.

n3 ini menjawab persoalan mereka yang bertanya sahkah wudhu' jika seseorang wanita itu menggunakan alat kosmetik antaranya foundation dan maskara?

Insya Allah kami akan susulkan terjemahan jawapan persoalan ini, terdekat ini. Sebelum itu, jawapan ringkasnya ada di baris akhir n3 berikut.

Mudah-mudahan bermanfaat.

Siruu 'ala barakatillah.

Taakul 3 (i)

Bismillahirrahmanirrahim



لفضيلة الشيخ عطية صقر :
"وقد اتفق فقهاء المذهب على وجوب إيصال الماء إلى جسم الإنسان مباشرة في الوضوء والغسل إلا لضرورة كجرح يضره الماء , ومن هنا قالوا بتخليل الأصابيع وتحريك الخاتم ليصل الماء إلى الجلد, ودليلهم ما ورد فى ذلك من الأحاديث التى من أقواها حديث لقيط بن برة قال : قلت يلرسول الله أخبرنى عن الوضوء , قال (( أسبغ الوضوء , وخلل بين الأصابيع , وبالغ فى الاستنشاق إلا أن تكون صائما)) رواه أحمد وأصحاب السنن الترميزى .

وعن أبي رافع أن رسول الله كان إذا توضأ حرك خاتمه. رواه ابن ماجه والدرقطنى , وسنده ضعيف .
يقول الشوكانى في كتابه نيل الأوطار في باب تحريك الخاتم وتخليل الأصابع : وأحاديث الباب يقوى بعضها بعضا, فتنتهض للوجوب , لا سيما حديث لقيط بن صبرة...قال ابن سيد الناس: قال أصحابنا : من سنن الوضوء تخليل أصابيع الرجلين فى غسلهما , وقال : هذا إذا كان الماء يصل إليها من غير تخليل , فلو كانت الأصابع ملتفة لا يصل الماء إليها إلا بالتخليل لا لذاته , لكن لأداء فرض الغسل . والأحاديث قد صرحت بوجوب التخليل, وثبت من قوله صلى الله عليه وسلم وفعله , ولا فرق بين إمكان وصول الماء بدون تخليل وعدمه ولا بين أصابع اليدين والرجلين.

فنرى من هذا أنه لا بد من وصول الماء إلى كل ما يجب غسله , وقد جاء فى كتاب الفقه على المذهب الأربعة أن مما اتفق عليه علماء المذاهب الأربعة فى شروط صحة الوضوء ,عدم الحائل المانع من وصول الماء إلى البشرة , كشمع ودهن وعجين ونحوها , ومنه عماص العين والأوساخ المتجمدة على العضو


قَالَ الْمُصَنِّفُ رحمه الله تعالى ( وَالْفَرْضُ مِمَّا ذَكَرْنَاهُ سِتَّةُ أَشْيَاءَ : النِّيَّةُ , وَغَسْلُ الْوَجْهِ , وَغَسْلُ الْيَدَيْنِ وَمَسْحُ بَعْضِ الرَّأْسِ , وَغَسْلُ الرِّجْلَيْنِ , وَالتَّرْتِيبُ . وَأَضَافَ إلَيْهِ فِي الْقَدِيمِ الْمُوَالَاةَ فَجَعَلَهُ سَبْعَةً , وَسُنَنُهُ اثْنَتَا عَشْرَةَ : التَّسْمِيَةُ , وَغَسْلُ الْكَفَّيْنِ , وَالْمَضْمَضَةُ , وَالِاسْتِنْشَاقُ , وَتَخْلِيلُ اللِّحْيَةِ الْكَثَّةِ , وَمَسْحُ جَمِيعِ الرَّأْسِ , وَمَسْحُ الْأُذُنَيْنِ , وَإِدْخَالُ الْمَاءِ فِي صِمَاخَيْهِ , وَتَخْلِيلُ أَصَابِعِ الرِّجْلَيْنِ , وَتَطْوِيلُ الْغُرَّةِ , وَالِابْتِدَاءُ بِالْمَيَامِنِ , وَالتَّكْرَارُ . وَزَادَ أَبُو الْعَبَّاسِ بْنُ الْقَاصِّ : مَسْحَ الْعُنُقِ بَعْدَ مَسْحِ الْأُذُنَيْنِ , فَجَعَلَهَا ثَلَاثَ عَشْرَةَ , وَزَادَ غَيْرُهُ أَنْ يَدْعُوَ عَلَى وُضُوئِهِ فَيَقُولُ عِنْدَ غَسْلِ الْوَجْهِ : اللَّهُمَّ بَيِّضْ وَجْهِي يَوْمَ تَسْوَدُّ الْوُجُوهُ , وَعَلَى غَسْلِ الْيَدِ : اللَّهُمَّ أَعْطِنِي كِتَابِي بِيَمِينِي وَلَا تُعْطِنِي بِشِمَالِي , وَعَلَى مَسْحِ الرَّأْسِ : اللَّهُمَّ حَرِّمْ شَعْرِي وَبَشَرِي عَلَى النَّارِ , وَعَلَى مَسْحِ الْأُذُنِ : اللَّهُمَّ اجْعَلْنِي مِنْ الَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُ , وَعَلَى غَسْلِ الرِّجْلَيْنِ : اللَّهُمَّ ثَبِّتْ قَدَمِي عَلَى الصِّرَاطِ . فَجَعَلَهُ أَرْبَعَ عَشْرَةَ ) .


( السَّابِعَةُ ) إذَا كَانَ عَلَى بَعْضِ أَعْضَائِهِ شَمْعٌ أَوْ عَجِينٌ أَوْ حِنَّاءٌ وَأَشْبَاهُ ذَلِكَ فَمَنَعَ وُصُولَ الْمَاءِ إلَى شَيْءٍ مِنْ الْعُضْوِ لَمْ تَصِحَّ طَهَارَتُهُ سَوَاءٌ أَكَثُرَ ذَلِكَ أَمْ قَلَّ , وَلَوْ بَقِيَ عَلَى الْيَدِ وَغَيْرِهَا أَثَرُ الْحِنَّاءِ وَلَوْنُهُ دُونَ عَيْنِهِ أَوْ أَثَرُ دُهْنٍ مَائِعٍ بِحَيْثُ يَمَسُّ الْمَاءُ بَشَرَةَ الْعُضْوِ وَيَجْرِي عَلَيْهَا لَكِنْ لَا يَثْبُتُ : صَحَّتْ طَهَارَتُهُ , وَقَدْ تَقَدَّمَ هَذَا فِي فَصْلِ غَسْلِ الرِّجْلِ . وَلَوْ كَانَ تَحْتَ أَظْفَارِهِ وَسَخٌ يَمْنَعُ وُصُولَ الْمَاءِ إلَى الْبَشَرَةِ لَمْ يَصِحَّ وُضُوءُهُ عَلَى الْأَصَحِّ وَقَدْ سَبَقَ بَيَانُهُ فِي بَابِ السِّوَاكِ.
من : المجموع شرح المهذب*

( بَابُ الْوُضُوءِ ) هُوَ بِضَمِّ الْوَاوِ : اسْمٌ لِلْفِعْلِ , وَهُوَ اسْتِعْمَالُ الْمَاءِ فِي أَعْضَاءٍ مَخْصُوصَةٍ وَهُوَ الْمُرَادُ هُنَا , وَبِفَتْحِهَا اسْمٌ لِلْمَاءِ الَّذِي يُتَوَضَّأُ بِهِ . وَقِيلَ بِفَتْحِهَا فِيهِمَا . وَقِيلَ بِضَمِّهَا كَذَلِكَ وَهُوَ أَضْعَفُهَا , وَهُوَ اسْمُ مَصْدَرٍ , إذْ قِيَاسُ الْمَصْدَرِ التَّوَضُّؤِ بِوَزْنِ التَّكَلُّمِ وَالتَّعَلُّمِ , وَقَدْ اُسْتُعْمِلَ اسْتِعْمَالَ الْمَصَادِرِ , وَهُوَ مَأْخُوذٌ مِنْ الْوَضَاءَةِ وَهِيَ الْحُسْنُ وَالنَّظَافَةُ وَالضِّيَاءُ مِنْ ظُلْمَةِ الذُّنُوبِ . وَأَمَّا فِي الشَّرْعِ فَهُوَ أَفْعَالٌ مَخْصُوصَةٌ مُفْتَتَحَةٌ بِالنِّيَّةِ . قَالَ الْإِمَامُ : وَهُوَ تَعَبُّدِيٌّ لَا يُعْقَلُ مَعْنَاهُ ; لِأَنَّ فِيهِ مَسْحًا وَلَا تَنْظِيفَ فِيهِ وَكَانَ وُجُوبُهُ مَعَ وُجُوبِ الْخَمْسِ كَمَا رَوَاهُ ابْنُ مَاجَهْ , وَاخْتَلَفُوا فِي خُصُوصِيَّتِهِ بِهَذِهِ الْأُمَّةِ , وَفِي مُوجِبِهِ أَوْجُهٌ : أَحَدُهَا : الْحَدَثُ وُجُوبًا مُوَسَّعًا . ثَانِيهَا : الْقِيَامُ إلَى الصَّلَاةِ وَنَحْوِهَا . ثَالِثُهَا : هُمَا , وَهُوَ الْأَصَحُّ فِي التَّحْقِيقِ وَشَرْحِ مُسْلِمٍ , وَكَلَامِ الرَّافِعِيِّ فِي بَابِ الْغُسْلِ يَقْتَضِي تَرْجِيحَهُ كَمَا مَرَّتْ الْإِشَارَةُ إلَيْهِ , وَلَهُ شُرُوطٌ وَفُرُوضٌ وَسُنَنٌ , فَشُرُوطُهُ وَكَذَا الْغُسْلُ مَاءٌ مُطْلَقٌ , وَمَعْرِفَةُ أَنَّهُ مُطْلَقٌ وَلَوْ ظَنًّا , وَعَدَمُ الْحَائِلِ , وَجَرْيُ الْمَاءِ عَلَى الْعُضْوِ , وَعَدَمُ الْمُنَافِي مِنْ نَحْوِ حَيْضٍ وَنِفَاسٍ فِي غَيْرِ أَغْسَالِ الْحَجِّ وَنَحْوِهَا وَمَسِّ ذَكَرٍ , وَعَدَمُ الصَّارِفِ , وَيُعَبَّرُ عَنْهُ بِدَوَامِ النِّيَّةِ وَإِسْلَامٌ , وَتَمْيِيزٌ , وَمَعْرِفَةُ كَيْفِيَّةِ الْوُضُوءِ كَنَظِيرِهِ الْآتِي فِي الصَّلَاةِ , وَإِزَالَةُ خَبَثٍ , عَلَى رَأْيٍ يَأْتِي , وَأَنْ يَغْسِلَ مَعَ الْمَغْسُولِ جُزْءًا يَتَّصِلُ بِالْمَغْسُولِ وَيُحِيطُ بِهِ لِيَتَحَقَّقَ بِهِ اسْتِيعَابُ الْمَغْسُولِ وَتَحَقُّقُ الْمُقْتَضِي لِلْوُضُوءِ , فَلَوْ شَكَّ هَلْ أَحْدَثَ أَوْ لَا فَتَوَضَّأَ ثُمَّ بَانَ أَنَّهُ كَانَ مُحْدِثًا لَمْ يَصِحَّ وُضُوءُهُ عَلَى الْأَصَحِّ , وَأَنْ يَغْسِلَ مَعَ الْمَغْسُولِ مَا هُوَ مُشْتَبَهٌ بِهِ , فَلَوْ خُلِقَ لَهُ وَجْهَانِ أَوْ يَدَانِ أَوْ رِجْلَانِ وَاشْتَبَهَ الْأَصْلِيُّ بِالزَّائِدِ وَجَبَ غَسْلُ الْجَمِيعِ وَيَزِيدُ وُضُوءَ الضَّرُورَةِ بِاشْتِرَاطِ دُخُولِ الْوَقْتِ وَلَوْ ظَنًّا وَتَقَدَّمَ الِاسْتِنْجَاءُ وَالتَّحَفُّظُ حَيْثُ اُحْتِيجَ إلَيْهِ , وَالْمُوَالَاةُ بَيْنَهُمَا وَبَيْنَهُمَا وَبَيْنَ الْوُضُوءِ , وَكَذَا فِي أَفْعَالِ الْوُضُوءِ كَمَا صَرَّحَ بِهِ ابْنُ الْمُقْرِي .
من : مغني المحتاج إلى معرفة ألفاظ المنهاج

Kebanyakan ulama’ sepakat : syarat sah wudhuk adalah tidak ada penghalang antara air dgn kulit.

03 November, 2008

Santai 2



(i)


Alhamdulillah, Mak dan Ayah telah pun selamat menjejakkan kaki ke Madinah, awal pagi 1 November untuk menyempurnakan ibadah haji.

Kami mohon kita sama-sama doakan, semoga perjalanan ibadah Mak dan Ayah selama 45 hari di Tanah Suci beroleh mabrur.

Dan untuk tempoh itu, kepada-Mu Ya Allah kami meminta,
sihatkanlah tubuh badan mereka, hilangkan resah gelisah mereka sepanjang menjadi tetamu-Mu, peliharalah mereka kerana sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik Penjaga dan Pencinta.

Dan mudahkanlah juga bagi kami yang jauh dari mereka di Tanah Suci untuk melaksanakan amanah yang mereka amanahkan pada kami.

Amin Ya Rabbal 'Alamin.



(ii)

Selamat Pengantin Baru pada Kakcik Munirah dan Zali
26 Okt 2008, Ahad.

Bertuah dan buat pertama kalinya kami berduet sebagai pengacara di majlis walimah, berganding suara juga dengan Jabir anaknya Maksu Tun.