22 Januari, 2009

Bercuti & Berjalan Malam

Bismillahirrahmanirrahim wa bihi nasta'in.
Wa ba'du,


“Abang Long, jadi ke balik malam ni?” adik ipar saya, Azrol bertanya lewat panggilan telefon tengahari tadi.

“Setakat ni Insya Allah. Kita nak bertolak ke Dungun pukul berapa?”

“Malam. Abang Long takpe ke jalan malam?”

~~~*~~~
Kami akan ke Terengganu cuti ini. Ziarah abang dan adik-adik Ayah mertua di sana. Sejak hampir setahun saya menjadi menantu sulung keluarga isteri saya, adik bongsu dan adik-adik sebapa Ayah saja yang belum sempat saya kenal.

Insya Allah kami akan menempuh perjalanan jauh ini di sebelah malam. Rupanya, memang menjadi amalan Ayah dan telah turun pada Azrol, adik isteri saya memulakan perjalanan jauh di waktu malam.

Bila sebut sahaja tentang jalan malam ini, jiwa saya diterpa kenangan menjadi penghuni Kota Sahrawi, beberapa tahun yang lepas.

Mahasiswi Malaysia tidak digalakkan keluar rumah selepas azan Maghrib. Segala aktiviti selepas waktu itu hanya berlangsung di dalam premis kediaman sahaja.

Sekiranya ada hal mustahak yang menuntut si gadis ini keluar juga, ada syarat ketat yangt mesti dipatuhi demi menjaga keselamatan diri.

Sekali pandang, ia nampak macam ortodoks dan mengongkong.

Hakikatnya, keadaan berjauhan dari pandangan ayahbonda di kampung laman, ditambah pula gelandang di tempat asing, menjaga kepentingan bersama sangat perlu dipraktikkan.

Tetapi lain pula halnya di tanahair sendiri.

Saya acapkali memerhatikan gelagat anak-anak remaja perempuan semestinya di jalanan hingga larut malam.

Kadang-kadang bukan dengan urusan mustahak sangat pun.

Apabila ditanya, kenapa masih di luar rumah sehingga lewat begini, jawapannya “saya bukan ke sini sorang diri,” sambil menunjuk ke arah teman di sisi. Gadis juga.

Aduh! Bagaimana ya, mahu memahamkan bahawa budaya dan adab punya jurang yang sangat jelas?

Ya. Barangkali kita memikirkan budaya masyarakat Arab berbeza dengan sini. Ini Negara kita. Jadi kita bebas keluar bila-bila. Itu kan hak?

Sekali lagi, ya.

Saya rasa kita gagal memahami peranan mahram, di awalnya.

~~~*~~~
Sebetulnya, kami mengejar masa. Insya Allah ada sambungannya selepas family trip kami ini.

Demi Masa,
Sesungguhnya manusia di dalam kerugian. Kecuali
mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesa-pesan
dengan kesabaran.

Tiada ulasan: