26 Jun, 2008
Catatan Tentang Masa
"Masa adalah kehidupan. Masa itu nyawa kamu. Kalau kamu hargai masa, bererti kami menghargai hidup kamu, nyawa kamu, kehidupan kamu," mungkin beginilah lebih kurang kata-kata beliau.
Al-Fatihah buat Ayahanda Guru Ramli Baharudin. Moga Allah menempatkan beliau di kalangan kekasih-Nya. Amiin..
15 Jun, 2008
Untuk Ayah & Baba
yang pengorbanannya bukan di mata
tetapi sentiasa ada
demi anak-anaknya
Saiful, Nabil, Jeeha, Wadi & Nadia
untuk anak-anaknya
Suzana, Azrol, Amin, Hafiz & Haafizah.
Ayah & Baba
moga Allah mencintaimu
persis cintanya kalian pada kami.
Ayah & Baba
sayang kami tak pernah
kami lafaz ke telingamu
tak pernah kami bisikkan.
Pada Allah Yang Pemurah, kami mohon
berikan kami ruang untuk menyatakan
sayang, mengungkapkan
cinta
pada Ayah & Baba, dengan tulus hati
walau bukan dengan
lafaz dan kalam..
>>> Selamat Hari Bapa <<<
"Maaf kak. Minggu ni kami tak jual kek potong. Semua kek sebiji-sebiji, sempena Hari Bapa. Kalau kak nak yang potong, datang Isnin ni," terang pelayan kedai kek tersebut.
Bertuah adik tu. Kita nak makan hari ni, bukan Isnin ... :( Tapi, ok lah tu. Alasan dia bagus juga.
Sebab kita jarang sangat sambut Hari Bapa. Kalau masa Hari Ibu, macam-macam promosi kita dapat tengok dan dengar. Tapi Hari Bapa ni rasanya sikit hambar. Rasanya lah ...
Wallahalam!
Ayah, Selamat Hari Bapa.
Baba, Selamat Hari Bapa.
Habib, ... turn Abang belum lagi :)
14 Jun, 2008
Impian Jadi Nyata
Seronok bukan kepalang apabila bungkusan itu diterima dari Jemari Seni Publishing atas nama Kak Yah. Wah! Ini pasti novel yang saya pesan.
Tebakan saya tepat. Alhamdulillah, dua buah novel tulisan Kak Su selamat saya terima - Tanah Andriyana & Nyanyian Tanjung Sepi. Siap dengan tanda tangan dan catatan manis dari Kaksu yang manis.
Suami saya senyum-senyum bila saya tayangkan novel-novel itu padanya, "habislah tak ada orang nak layan Abang sembang sehari dua ni .."
Saya jadi rambang mata. Tak tahu nak baca yang mana dulu. Lewat petang itu, Nyanyian Tanjung Sepi yang setebal 755 muka surat saya capai.
"Abang, Honey dah terpegang 'kamus' ni," saya pula senyum-senyum.
Alhamdulillah suami saya agak sibuk sehari dua ni dengan penggambaran dan persembahan. Jadi, sempatlah saya melayan perasaan ...
Pada Kaksu - yang saya kenali lewat lembah maya ini dan baru sekali bersua muka - terima kasih juta-juta sebab susah payah poskan novel tu.
Orang lain dah jenuh baca, tapi saya baru jumpa halaman pertama. Tapi, better late than never. Sekurang-kurangnya ini novel sendiri :)
Terima kasih juga pada suami yang rajin dan sabar melayan minat dan kerenah saya. Thanks a lot, habib!
13 Jun, 2008
Antara Kanak-kanak dengan Kita
Sedang leka membelek computer riba lama saya ini, isteri saya terpandang satu artikel (kisah) menarik untuk sama-sama dimanfaatkan, walaupun saya tidak tahu dari mana sumber asal sumbangan ilmu ini.
Kisahnya begini …
"Apa pandangan anta jika ada seorang kanak-kanak berumur 1 tahun dibiarkan berada di hujung cerun bangunan 20 tingkat, apa agaknya perasaan kanak-kanak itu? Agaknya dia rasa takut atau tidak berada di situ ?" tanya saya.
"Sudah tentu dia tak berapa takut ustaz, kita pulak yang takut biasanya," jawabnya dengan yakin.
"Ok, saya nak tanya lagi, apa pula perasaan kanak-kanak tersebut jika dibawa di hadapan seekor harimau yang sedang lapar agaknya?" uji saya lagi.
"Sama je ustaz, dia tak endah pun, silap haribulan mungkin budak tu peluk je harimau tu," sambil ketawa kecil dijawabnya kali ini.
"Tepat sekali, bagaimana pula jika anta berada depan harimau yang sama? Takut tak agaknya?"
"Mestilah ustaz ..." balasnya.
"Anta minat durian tak?" saya bertanya.
"Uii! Suka sangat. Tu favourite saya," tersengeh pemuda itu, nampak lapar terus dia bila sebut nama durian.
"Macam mana respond kanak-kanak umur setahun jika letak durian yang tajam kulitnya itu depan mata dia, dia suka macam anta tak?"
"Tak lah ustaz, mana budak macam tu tahu durian tu sedap. Susu aje yang dia tahu sedap," jawabnya.
Itulah Jawapan
"Itulah jawapan bagi soalan anta tadi, anta tanya saya kenapa anta tak khusyuk dalam solat sedangkan anta tahu sedang berada di hadapan Allah SWT".
"Macam mana tu ustaz?" berkerut pemuda ini
Begini ...
Kanak-kanak tadi tidak merasa gerun atau takut berada di hujung cerun bangunan tinggi mahupun di hadapan harimau lapar dan juga tidak bergembira sangat bila diberikan durian yang sedap itu.
Berbanding orang dewasa yang apabila diletakkan di cerun bangunan dan di depan harimau lapar, sudah tentu kita berasa takut dan berlari pecut! Ini kerana ILMU dan KEYAKINAN kita tentang bahayanya keadaan itu. Malah suasana itu sudah cukup menaikkan hormon Adrenaline kita kita untuk bertindak dengan pantas menjauhkan diri dari suasana bahaya itu.
Berbeza kanak-kanak umur setahun tadi kerana dia masih belum cukup ILMU dan TIADA SEBARANG KEYAKINAN tentang erti bahaya di cerun dan depan harimau, malah dia tiada juga ilmu tentang sedapnya durian itu.
Itulah jawapannya, bila kita mengucapkan di dalam doa iftitah kita:
Ertinya : "Sesungguhnya aku menghadapkan wajahku di hadapan pemilik langit dan bumi dalam keadaan sebagai seorang muslim yang suci"
Tidakkah kita merasai kehebatan dan kebesaran Allah SWT, yang merupakan pemilik langit, bumi dan segala isinya. Tidakkah kita dapat merasakan kerasnya bentuk azab yang boleh diturunkan oleh Allah SWT kepada manusia dan lemahnya kita untuk menghadapi sebarang bencana tersebut. Tetapi mengapa masih lagi kita tidak khusyu' dan hormat serta gerun berada di hadapan Yang Maha Berkuasa seperti ini?
Sedikit Bentuk Azab Allah di atas dunia
Ia tidak lain, tidak bukan kerana ilmu umat Islam kini tentang kekuasaan Allah SWT dan keyakinannya terhadap dahsyatnya bentuk azab Allah SWT adalah amat cetek, secetek kanak-kanak berumur 1 tahun tadi.
12 Jun, 2008
Pantun Rasa Hati
~*~*~
Sungguhkah tuan membeli jerami,
Kalau sungguh mana diannya,
Sungguhkah tuan cintakan kami.
Kalau sungguh mana tandanya?
Batang pinang akarnya licin,
Batang selasih akarnya mati;
Orang bertunang bertukar cincin
Orang berkasih bertukar hati.
Buat ketupat berisi inti,
Santapan puteri muda remaja;
Sudah dapat hajat di hati,
Seumur hidup biar bersama.
Kain pelekat di atas peti,
Pelekat diberi anak menteri;
Sudah terikat di dalam hati,
Terikut-ikut termimpi-mimpi.
Tanam keranji di tengah taman,
Keranji belum berbuah lagi;
Sudah berjanji berpegang tangan,
Jangan kita berubah lagi!
~*~*~
tribute untuk Kaksu :) - noorsuraya(blogdrive)com
11 Jun, 2008
Santun Sanubari
ku tak putus harapan
sedia setia.
Biar membisu burung bersiulan,
tenanglah gelombang lautan,
07 Jun, 2008
Bersatu di sini
Sahmura Firdausi Seribu Buruan Pujangga Islam
dan
Sementara Nyawa Masih di Jasad,
kami bersatu di
Sanggar Cinta ...
Sanggar Cinta
Namanya sanggar cinta
buat melukis rasa cinta yang dirasa
buat menyanyikan lagu cinta
berdendang di hati.
Sanggar cinta kita
cinta aku pada dia
cinta dia pada aku
cinta kami kerana Dia.
Sanggar cinta,
ilham cinta dua jiwa.