15 Jun, 2008

Untuk Ayah & Baba


Untuk Ayah & Baba
yang pengorbanannya bukan
di mata
tetapi sentiasa ada

demi anak-anaknya

Saiful, Nabil, Jeeha, Wadi & Nadia

untuk anak-anaknya

Suzana, Azrol, Amin, Hafiz & Haafizah.

Ayah & Baba

moga Allah mencintaimu

persis cintanya kalian
pada kami.

Ayah & Baba
sayang kami tak pernah
kami lafaz ke telingamu
tak pernah kami bisikkan.

Pada Allah Yang Pemurah, kami mohon
berikan kami ruang untuk menyatakan
sayang, mengungkapkan
cinta
pada Ayah & Baba, dengan tulus hati
walau bukan dengan
lafaz dan kalam..

>>> Selamat Hari Bapa <<<


Semalam saya teringin makan tiramisu - langsung mengajak suami ke kedai kek. Sayangnya kedai itu tak jual kek potong macam biasa. Yang ada sebiji tiramisu yang beratnya setengah kilo. Alaa ... saya bukan nak makan banyak-banyak tu. Nak sepotong je ... :(


"Maaf kak. Minggu ni kami tak jual kek potong. Semua kek sebiji-sebiji, sempena Hari Bapa. Kalau kak nak yang potong, datang Isnin ni,"
terang pelayan kedai kek tersebut.


Bertuah adik tu. Kita nak makan hari ni, bukan Isnin ... :( Tapi, ok lah tu. Alasan dia bagus juga.

Sebab kita jarang sangat sambut Hari Bapa. Kalau masa Hari Ibu, macam-macam promosi kita dapat tengok dan dengar. Tapi Hari Bapa ni rasanya sikit hambar. Rasanya lah ...

Wallahalam!


Ayah, Selamat Hari Bapa.

Baba, Selamat Hari Bapa.

Habib, ... turn Abang belum lagi :)

Tiada ulasan: