SEJARAH adalah guru. Walaupun hari sudah berinjak ke bulan Safar, harum Hijrah masih ada, meminta menghidupkan hikmah, membetul diri.
Ini adalah catatan lama, yang ditulis sempena ulangtahun ke 76 PMRAM dan 25 KPIPM pada sekitar 2006-2007.
Hari ini pasti ada baiknya kita membeleknya semula.
Andai Benar Rebah
Andai benar-benar rebah, gempita pekik menempik kolong hati. Belasungkawa! andai perpecahan jadi pilihan. Dulu kita di bibir neraka, dengan rahmat-Nya, disatukan kita, dalam nafas ukhuwah, langsung selamat.
Belasungkawa! Andai perpecahan jadi nyata. Ranaplah binaan di awal Hijrah, tidak berbaloi jerih Baginda, saat disatukan umat di bumi al-Munawwarah, usai kesumat, bertakhta izzah.
Belasungkawa! Andai perpecahan jadi cagaran. Pada nilai sebuah wahdah, merobek utuh, terobek amanah, mengkhianati diri, menghitam sejarah, sirna harapan, lerai khilafah.
Gagahkah diri memikul bala Pewaris tak bersambung, kita yang mandulkannya?
Belasungkawa! Jika kesatuan jadi gadaian, Hanya dengan selautan intan. dulu kita kerdil, dihinjak-hinjak, Saat disatukan kita, ada jiwa yang gerun, lalu kita utuh berdiri sama rendah, jatuh bangun rebah bersama,
Belasungkawa! Andai perpecahan gantikan wahdah, Anak-anak esok menghujum Umat semalam menyumpah Kesatuan berabad lenyap tak bernisan Di tangan inilah berlumur dosa
Belasungkawa Andai perpecahan jua jadi pilihan Bebanilah silap tak terampun Galas sama sesal tak sudah Andai benar binaan ini rebah
~*~
Sayangnya kami pada wadah yang pernah mendidik kami menjadi manusia yang kenal diri dan Tuhannya, serta manusia yang tahu ke mana hala langkahan kaki.
Jerih payah menjadi mahasiswa Timur Tengah, di Mesir terutamanya mematangkan kami. Berkelana di tengah sahara tanpa bekal dan perhatian bukan lagi perkara luar biasa bagi anak-anak Malaysia di al-Azhar.
Justeru, di kesempatan dikit ini, andai kita punya upaya lebih untuk menyumbang, infaqkanlah sedirham dua untuk mereka meneruskan perjalanan menyatukan suara anak-anak Melayu di Republik Arab Mesir di sana.
Seorang sahabat pernah berpesan, lewat tazkirah dalam usrah mingguan kami di Mesir dahulu. Katanya,
"jangan berhenti berdoa. Sebab doa sangat miracle. Allah mahu kita meminta dari Dia. Tapi bukan semuanya diberi sekelip mata. Kerana kita hamba. Bukan Dia hamba kita yang memperkenan segala pinta tanpa berkira-kira.
Berdoalah. Kerana kalau bukan esok, di saat kita sangat memerlukan nantilah Allah akan tunjukkan Maha Perkenannya Dia.
Berdoalah. Kerana apabila kamu minta kekenyangan, Dia tidak akan memberimu sepinggan nasi. Tetapi Dia memberikan kamu biji benih dan Dia turunkan pula hujan.
Tadahlah tangan. Berdoalah dan jangan putus asa dengan doa yang belum diperkenankan.
Kerana Allah menyimpan perkenan-Nya untuk waktu kamu benar-benar hilang arah dan tiada jalan keluar melainkan dengan petunjuk dari Dia Yang Maha Tahu dan Bijaksana."
Dan sejak itu, hati insaf. Memang kita tak lekang berdoa. Tetapi yakin jarang sekali menemani doa kita. Kita memperlakukan Allah selayak hamba yang apabila kita seru, hajat kita dikabulkan.
Sedangkan Allah itu Tuhan, Sang Penguasa yang Maha Agung.
((وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ)) and of thy Sustainer's blessings shalt thou [ever] speak.[*] Dan terhadap nikmat Tuhanmu maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (dengan bersyukur).
Kami dimaklumkan puisi Kembara Cinta yang dibacakan menerusi Nukilan di IKIM.FM telah dipilih menerima cenderahati mingguan dari imedikal. Terima kasih pada IKIM.FM dan semua pendengarnya.
Alhamdulillah wa Allahu Akbar!
~*~
Teringat masa muda-muda dulu, acapkali berebut menelek komik Kartini karya kartunis Tembakau dalam majalah Ujang.
Ada satu ayat semcam tagline dalam kartun itu yang saya ingat sampai sekarang;
"selalunya apa yang paling kita nak itulah yang kita tak dapat!"
Duniawinya, mungkin benar. Ukhrawinya, belum tahu lagi.
Maksudnya?
Maksudnya, dari perkiraan duniawi, mungkin apa yang paling kita nak selalunya dapat sipi-sipi sahaja. Nak beli Camry tapi hanya mampu miliki MyVi, contohnya.
Tetapi dari segi ubudiyyah kepada Allah, kalau betul-betul kita nak sesuatu itu, insya Allah itulah yang akan kita dapat.
Narrated 'Umar bin Al-Khattab:
"The Prophet said, 'O people! The reward of deeds depends upon the intentions, and every person will get the reward according to what he has intended. So, whoever emigrated for Allah and His Apostle, then his emigration was for Allah and His Apostle, and whoever emigrated totake worldly benefit or for a woman to marry, then his emigration was for what he emigrated for."
On that Day We shall set a seal on their mouths [32] but their hands will speak unto Us, and their feet will bear witness to whatever they have earned [in life].
(Yaasiin: 65)
AGAKNYA kita lupa (bukan terlupa) bahawa Allah Maha Ada.
Atau kita tak ingat. Atau mungkin kita tidak benar-benar imani bahawa Akhirat itu wujud dan benar.
Dek kerana itulah kita biarkan;
mulut kita sengaja menipu, bercakap besar - angkuh, memfitnah, berjanji, mengungkit, mencela, bersumpah palsu, mengumpat, menjerit, berbicara yang tidak perlu dan seumpamanya -
tangan kita sengaja menuding, menandatangani, mengambil, memegang, menyentuh, mengunjuk, mengadun, menumpuk, menulis, menaip, mengepal, menyuap dan sebagainya -
kaki pula sengaja melangkah, melompat, memijak, memanjat, menghinjak, menyepak, menerajang dan banyak lagi laku -
tanpa rasa diri diawasi Allah. Tanpa ingat yang segalanya akan disoal dan dipersoal.
Jika tidak di barzakh, sudah pasti di Mahkamah Allah Rabbul Jalil yang Maha Adil.
قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَاء وَتَنزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن تَشَاء وَتُعِزُّ مَن تَشَاء وَتُذِلُّ مَن تَشَاء بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ SAY: "O God, Lord of all dominion! Thou grantest dominion unto whom Thou willest, and takest away dominion from whom Thou willest; and Thou exaltest whom Thou willest, and abasest whom Thou willest. In Thy hand is all good. Verily, Thou hast the power to will anything.
DALAM GENTAR menghadapi ujian di medan Khaybar, seorang sahabat Rasulullah SAW bangun meniupkan tentera-tentera Muhammad SAW semangat dalam senandungnya yang masyhur;
اللهم لا عيش إلا عيش الآخرة۞فاغفر للأنصار و المهاجرة
نحن الذين بايعوا محمدا۞على الجهاد ما بقينا أبدا
لو لا أنت ما اهتدينا ولا تصدقنا ولا صلينا۞فأنزل سكينة علينا وإن ارادوا فتنة أبينا
"Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami mengakui tiada kehidupan yang sebenar melainkan kehidupan akhirat.
Maka Kau ampunilah kami Ansar dan Muhajirin.
Kerana sesungguhnya kami lah yang telah berikrar setia kepada Rasul-Mu Muhammad SAW untuk berjihad. Dan di medan inilah kami akan bersama Baginda selamanya.
Sesungguhnya kalau tidak kerana Engkau pastilah kami hingga kini tidak mencium harum hidayah-Mu. Apalagi untuk kami bersedekah (infaq) dan lebih-lebih lagi menyempurnakan solat.
Maka ya Allah, kurniakanlah ketenangan dalam hati dan diri kami sehingga jika mereka (pasukan al-Ahzab) mahu menyerang kami sekalipun, kami tidak lagi gentar."
Maka di hujung ujian yang mereka telah serahkan segala pergantungan diri dan harapan hanya pada Allah, akhirnya mereka sambut dengan tasbih dan istighfar - Subhanallah! Wa astaghfirullah al-Azim!
"Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa Engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Mekah), - Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai, - Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepada-Nya, sesungguhnya Ia sangat-sangat menerima taubat."
(surah al-Nasr)
*telah dikirim ke temanikim.com di bahagian coretan*
[satu] Hari ini, 3 Februari ~ rakyat negeri Perak bercuti ~ sempena 25 tahun (jubli perak) pemerintahan DYMM Sultan Azlan Shah, Sultan Perak.
Entah kenapa dari tadi si isteri asyik teringat sangat 'bekas' restoran Ayahnya di Fair Park ... Dari tadi mengomel, 'kenangan di situ adalah kenangan masa kecil yang tak berapa best tapi ada makna yang mendalam.'
... ... ...
[dua] "Honey, semalam terlupa ada Nukilan di IKIM.FM ye?"
“Ya Allah! Abang ingatkan malu kenapa tadi. Honey, montel macam mana pun, kalau ada taqwa, pintu syurga tu muat untuk Honey masuk. Apa nak risau ..”:)
~*~
Alamak! Macam pernah kusebut ayat tu. Tapi di mana, ya?
Hmm .. Masa muda-muda dulu, bila ada sahabat-sahabat yang merintih – ‘aduhai, siapalah nak kan kita yang gebu ni’ – saya cepat-cepat kata, “jangan risau, pintu syurga luas. Muat lagi nak masuk tu,” dengan senyuman yakin yang ikhlas.
Rupa-rupanya, hari ini Allah takdirkan ayat yang sama dari lidah suamiku – sebagai inzar tambah amal dan iman. Bukan sekadar menambah pesona diri …