Bismillahirrahmanirrahim wa bihi nasta'in
DALAM GENTAR menghadapi ujian di medan Khaybar, seorang sahabat Rasulullah SAW bangun meniupkan tentera-tentera Muhammad SAW semangat dalam senandungnya yang masyhur;
اللهم لا عيش إلا عيش الآخرة ۞ فاغفر للأنصار و المهاجرة
نحن الذين بايعوا محمدا ۞ على الجهاد ما بقينا أبدا
لو لا أنت ما اهتدينا ولا تصدقنا ولا صلينا ۞ فأنزل سكينة علينا وإن ارادوا فتنة أبينا
"Wahai Tuhan kami,
sesungguhnya kami mengakui tiada kehidupan yang sebenar melainkan kehidupan akhirat.
Maka Kau ampunilah kami Ansar dan Muhajirin.
Kerana sesungguhnya kami lah yang telah berikrar setia kepada Rasul-Mu Muhammad SAW untuk berjihad. Dan di medan inilah kami akan bersama Baginda selamanya.
Sesungguhnya kalau tidak kerana Engkau pastilah kami hingga kini tidak mencium harum hidayah-Mu. Apalagi untuk kami bersedekah (infaq) dan lebih-lebih lagi menyempurnakan solat.
Maka ya Allah,
kurniakanlah ketenangan dalam hati dan diri kami sehingga jika mereka (pasukan al-Ahzab) mahu menyerang kami sekalipun, kami tidak lagi gentar."

Maka di hujung ujian yang mereka telah serahkan segala pergantungan diri dan harapan hanya pada Allah, akhirnya mereka sambut dengan tasbih dan istighfar - Subhanallah! Wa astaghfirullah al-Azim!
"Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa Engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Mekah), - Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai, - Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepada-Nya, sesungguhnya Ia sangat-sangat menerima taubat."
(surah al-Nasr)
*telah dikirim ke temanikim.com di bahagian coretan*
Tiada ulasan:
Catat Ulasan