لبيك اللهم لبيك
لبيك لا شريك لك لبيك
إن الحمد و النعمة لك و الملك
لا شريك لك
Setelah 3 kali menerima undangan ke Tanah Suci menyempurnakan haji, alhamdulillah tahun 1431H ini hajat itu makbul.Suami saya, Ustaz Nabil bin Ahmad, telah pun selamat tiba di Jeddah sekitar jam 7 pagi ini (waktu Malaysia) bersama petugas media dari TV al-Hijrah dan Astro Oasis dengan jemaah haji KT46.
Sama-sama kita tekad dalam hati, untuk menjadi tetamu Allah di Tanah Haram. Semoga dengan tekad, usaha dan doa kita, akan sampai juga kita ke sana. Cepat atau lambat, itu kerja Allah. Kita buat bahagian kita sahaja.
Mohon iringkan doa, semoga semua urusan ibadat mereka di sana dipermudahkan dan dapat disempurnakan seperti yang Allah mahukan. Mohon titipkan juga doa, semoga semua bakal haji kita selamat sejahtera, selama dalam perjalanan pergi dan pulang, lebih-lebih lagi waktu antara kedua-duanya.
Menyampaikan salam suami saya di kejauhan, dengan ucapan siiru 'ala barakatillah.
______________________________________
23 Oktober 2010,
Sanggar Cinta.
Suzana Mohamed Ali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan