20 September, 2009

Salam 1 Syawal 1430H

Allahu Akbar.

Allahu Akbar.

Allahu Akbar.

Wa lillahil hamd.

Salam Lebaran di 1 Syawal 1430 H.

Setulus hati, kami mohon maaf zahir & batin.

Moga Ramadan yang pergi tak sia-sia, kerana ada saham yang menanti.

Dan semoga Syawal ini kita hayati sama-sama hayati erti kemenangan dan moga beroleh taqwa.

Selamat Hari Raya 'Idulfitri.
Taqabbalallahu minna wa minkum

~*~

Dari kami,

Nabil bin Ahmad &
Suzana binti Mohamed Ali
Beseri, Perlis

19 September, 2009

Menjelang Perginya Ramadan

Salam hujung Ramadan 1430 H.

Alhamdulillah, sudah 28 hari kita berpuasa. Hari ini adalah hari terakhir Ramadan tahun ini, insya Allah.

Kami sedang dalam perjalanan pulang ke Perlis, dari Ipoh.

Sekali lagi alhamdulillah, malam tadi kami selesai mengadakan majlis berbuka puasa untuk jemaah Suaru Hawariah, Batu 5 Tambun. Sebagai memenuhi hajat kami tiga beradik yang telah dilapangkan nikmat oleh Allah, berkongsi rezeki dengan masyarakat yang banyak membantu membentuk diri kami.

Seronok dapat makan besar macam ni.

Uda datang sekeluarga. Maksu dan Pakcu datang suami isteri. Tok pun kami ambil dari kampung pagi semalam. Untungnya, menu disediakan oleh Makcho dan Cho anak-beranak.

Menu yang simple tapi sedap. Alhamdulillah!

Lebih untung, Mak dan Ayah dapat tumpang berbangga kerana solat Isyak dan tarawih di surau kami tadi diimamkan oleh anak-anak Mak dan Ayah, Azrol Zaimee dan Muhammad Hafiz.

Usai 8 rakaat bertarawih dan 3 rakaat witir, menantu mereka pula a.k.a kanda Nabil, diatur untuk menyampaikan tazkirah.

Malam yang sempurna.

Tanpa dirancang. Semuanya berlaku selepas solat maghrib tadi.

Subhanallah ...

Usai bertarawih tadi, saya melihat seorang demi seorang jemaah muslimat yang hadir ke surau yang menjadi saksi pernikahan kami setahun setengah yang lepas.

Semua wajah-wajah tua yang sudah saya kenal 10, 15 dan 20 tahun yang lepas, sejak saya mula pandai bertarawih ke surau dengan kawan-kawan di zaman kecil saya.

Jemaah malam tadi tak ramai. Dua saf sahaja yang tinggal.

Memerhatikan wajah makcik-makcik dan opah-opah itu, membawa minda saya merentasi terowong masa. Saya membesar dengan doa dan harapan mereka.

Makcik-makcik inilah yang rajin usap kepala saya dan kawan-kawan yang rajin bertarawih waktu kecil-kecil dulu.

"Bagusnya budak-budak ni ..."

Masakan tidak kami dipuji begitu. Walaupun tarawih 20 rakaat, tetapi kami hanya buat yang larat sahaja. Yang bagusnya, kami tunggu juga sampai semua orang habis witir.

Niat kami, nak salam makcik-makcik tu. Seronok dapat salam ramai-ramai. Lagipun boleh makan moreh :) Kalau balik awal, malu nak jamah dulu.

Itu kami. 20 tahun sudah.

Hari ini, malam ini, saya datang dengan suami.

Tiada lagi kelibat teman-teman sepermainan saya.

Cuma yang ada, makcik-makcik itu. Dan Mak saya.

Wajah-wajah yang dimamah usia itu. Tapi doa dari kalam yang terbit dari mulut mereka masih saya rasakan.

Barangkali itu yang berkat. Berkat doa baik-baik dari makcik-makcik yang juga baik-baik ini.

Alhamdulillah.

Tapi malam tadi ada 1 soalan yang buat saya dan Mak terpinga-pinga.

"Su, bila due?"

Kami dua beranak ketawa senang hati.

Doa lah tu, kami fikir.

Iyalah, kata-kata yang baik dari makcik-makcik yang baik itu jangan ambil hati. Kerana itu doa. Doa mereka. Sama macam Mak Ayah doakan anak-anaknya.

Subhanallah.

Alhamdulillah.

Allahu Akbar!

Modal tazkirah sang suami malam ini banyak dikutip dari hasil pesan ilmu AF Ustaz Hasrizal Abdul Jamil a.k.a Abu Saif di web beliau. Terima kasih dan terima kasih untuk beliau. Jazakallaahu khaira al-Jaza'.

Itu cerita malam tadi.

Awal pagi ini, jam 2.15 pagi lebih kurang, kami bertolak ke Perlis.

Kini sudah jam 4.25 pagi dan kami baru sahaja melepasi Sungai Petani.

Mudah-mudahan kami selamat sampai menjelang subuh nanti.

Nampak gayanya, sahur kami dalam kereta sahaja lah. Semua Hentian lebuhraya padat. Alhamdulillah sudah berbekal dari awal. Terima kasih Mak, yang masih setia menyiapkan bekal untuk anak-anaknya, walaupun kami dah besar panjang :)

Melawan mengantuk dan sepi, si suami di sebelah mendodoikan lagu Kasihmu Amanahku, yang dinyanyikan Inteam. Live dengan suara serak ... :)

Lebih baik saya pen-off sekarang, sebelum suara serak sang suami tercinta hilang :)

Salam sahur terakhir Ramadan 1430 H.

Taqabbalallahu minna wa minkum ...

17 September, 2009

Sebulan Ini Memadai

Salam.

Tinggal dua, tiga hari sahaja lagi Ramadan akan berlalu meninggalkan kita. Bateri iman sepatutnya sudah terjana penuh dengan taqwa, saat kita melangkah ke 1 Syawal nanti.

Tempoh satu bulan yang Allah peruntukkan untuk kita dalam Ramadan ini sememangnya cukup untuk kita mencapai taqwa yang dijanjikan.

Masakan hitungan Allah silap, dengan hanya 1 bulan berpuasa taqwa sudah boleh diperoleh?

Tetapi itulah hakikatnya.

Satu bulan ini jika diisi dengan sebenar-benar bekal sudah memadai untuk melengkapkan sanggar taqwa.

Sayangnya, kita manusia ini mudah tewas.

Kita tidak ditewaskan oleh iblis syaitan. Tetapi kita kalah dek nafsu sendiri.

Kerana itu kita merasakan dalam sebulan ini adalah mustahil mencapat target itu.

Ironinya, bukan masa yang harus dihukum. Tanyalah iman. Tanyalah amal.

Di situlah jawapannya ada.

Kerana Allah tidak akan pernah tersilap mencaturkan yang terbaik untuk kita.

Taqabbalallahu minna wa minkum, ya Kareem!

15 September, 2009

You Complete Me.

“Honey,
Abang minta maaf tak dapat berbuka dengan Honey hari ni.
Doakan perjalanan kami selamat.
I miss you.
You complete me.”


Satu SMS yang saya terima petang Ahad lepas. Memang saya berbuka seorang diri hujung minggu tu. Far East ada show di Kuantan.

Sebak pulak dengan ayat terakhir SMS tu.


Me, Kak Nurjannah Mohd Saleh, Abu Saif, My Habib dan Akbar Azmi di malam screening Ramadan Astro, di Kompleks Penyayang, Taman Equine.


Walaupun dah biasa baca tagline tu di web Ustaz Hasrizal dan isteri beliau, Dr. Muna. Tapi mungkin kali ini kalimat itu datang dari suami yang tercinta, hati bagai dibalut rindu menggebu, lewat senja itu.

Suamiku, belahan hatiku,
Terima kasih untuk cinta dan kasih sayangmu.

Ya Allah,
Cintailah suamiku selayaknya, sebagai hamba-Mu.

Amin.

________________________________________
sila klik untuk tengok
(1)
Bangsa Arab yang terkenal dengan bakat memori mereka yang sangat tajam dalam menerima, merekod dan seterusnya menyampaikan ilmu dari satu generasi ke satu generasi, khuatir dengan kesan ilmu ditulis. Bimbang kalau-kalau penghasilan hasil tulisan akan mengurangkan kebergantungan mereka kepada hafalan lantas mengundang kemerosotan pada upaya memori kaum Muslim Arab yang istimewa ini.
(2)
Walaupun pada mulanya hanya niat untuk menuntut ilmu, bertanyakan hukum hakam, tetapi lama kelamaan mereka bergurau dan mengusik.
Lama-kelamaan, perasaan minat, suka dan rindu tersemai.

dan baca ...

Salam Ramadhan.

$$$ PENDAPATAN SEBULAN INI $$$


Salam Akhir Ramadan.


Kira-kira (1)

Katalah …

1 item = RM 70.00
1 hari = 5 item
= 5 item x RM 70.00
= RM 350.00

Kalau tukarkan,
1 solat = RM 70.00
1 hari = 5 kali solat fardu
= 5 kali solat fardu x RM 70.00
= RM 350.00

Jadi, 1 hari, gaji tetap dapat RM 350.00.

Kalau sebulan?

RM 350.00 x 30 hari = RM 10,500.00

  • Macam mana pula kalau kita bekerja dengan amanah dan tekun?
  • Kalau tepati masa?
  • Kalau bahu-membahu dalam agama Allah?
  • Macam mana kalau menyatakan kebenaran itu kebenaran dan salah itu salah?


Kira-kira (2)

Katalah …

Pendapat 11 bulan

Jika;

1 solat fardu = 3.5 poin
5 solat fardu = 3.5 x 5
= 17.5 poin / hari
Sebulan = 17.5 x 30
= 525 poin
Katalah,
1 poin = RM 2.00
525 poin = RM 1050.00

Pendapatan 1 Bulan Bonus
1 solat sunat = 1 solat fardu
8 rakaat tarawih x RM 1,050.00
= RM 8,400 / bulan

Itu baru 1 perkara.
  • Kalau baca Al-Quran, dapat tambah berapa RM lagi ya?
  • Kalau senyum?
  • Kalau sedekah?
  • Kalau pegang kepala anak yatim?
  • Kalau doakan ibu bapa?

Ibadat bukan setakat solat, puasa, zakat, bertadarus.

Semua kerja dan gerak geri positif kita yang dimulakan dengan niat lillah – ibadat.

Jutawan kita kalau all out dalam sebulan ni.

Mewah!

Tapi akaun tu tak nampak.

Maka … kita tak buat la ...

Maha Suci Allah yang Maha Mengatur.


Agaknya, kalau Allah bagi ganjaran tu dalam bentuk duit, dah habis kena kikis


Bukan ke, ada emas segunung pun, masih nak yang ke-2?

11 September, 2009

11 September 1981 - 11 September 2009

Bismillahirrahmanirrahim.
***__***


Allah selamatkan kamu.
Allah selamatkan kamu.
Allah selamatkan, my dear honey.
Allah selamatkan kamu.





Abang ingat tak nak wish awal-awal pagi ni. Nak tunggu pukul 9.32 malam nanti. Sebab Mak kata (Honey cakap, Mak kata) 28 tahun yang lepas, Honey dilahirkan waktu malam. Jam 9.32 malam. Harinya hari nilah. Hari Jumaat. Bulan Zulkaedah.

Tapi Abang takut teralit. Jadi, wish la juga. Malam ini, insya Allah wish lagi.

Dah 28 tahun isteri Abang ni.

Jaga diri. Terima kasih jaga Abang sampai 'sebesar' ini :)

Abang doa tak banyak, moga Honey sentiasa jadi isteri Abang yang solehah, dunia dan akhirat. Sebab, dengan lafaz Aku Terima Nikahnya, Suzana binti Mohamed Ali, Abang dah janji nak berpimpin tangan dengan Honey ke syurga Allah.

Amin.

Ya Allah, kurniakanlah kami dari pasangan kami dan zuriat kami perkara-perkara yang menyejukkan mata kami. Dan jadikanlah kami imam bagi mereka yang bertaqwa.

10 September, 2009

Melankolik ...


Itulah yang menerpa atma, di kala Ramadhan makin berlalu ...

Bagai rintik hujan yang tempias di kaca jendela.

Hembusan anginnya sampai ke sanggar kami.


Ramadhan sudah 20 hari menemankan kita.

Dia mohon berlalu, dengan pamit.

Kita hanya rafakkan doa, moga kau datang lagi.

Kami belum puas bersamamu.

Maafkan kami, untuk detik-detik waktu yang sengaja kami biarkan hadirmu, tanpa cumbu rayu.

Sungguh, kami membilang hari-hari indah bersamamu yang mungkin indahnya pada mata kami tetapi tidak padamu yang merasainya.

Ramadhan, jangan kau kata sayonara.

Doakan saja kita bertemu kembali tahun mendatang.

Kami mahu bersamamu.

Kami rindu.

Sungguh! Kami rindu ...

Ah!

Dada kami berat. Penuh sebak. Penuh sayu. Dek Ramadhan yang bakal berlalu.

04 September, 2009

Balik Kampung!

Bismillahirrahmanirrahim



Seronoknya nak balik kampung!

Inilah kali pertama kami pulang ke Perlis dengan MAS. Rezeki kami, dapat tiket murah, harganya hampir sama dengan harga tiket bas pergi balik.

Kalau tidak, mesti jenuh juga nak merasa. Alhamdulillah ... rezeki dalam Ramadhan.

Apapun, moga kepulangan ini bermakna, di samping mengungguli tawaran Ramadhan yang sudah masuk pusingan kedua.

Ramadhan Kareem.

Dan selamat menghayati erti Nuzul al-Quran.