17 September, 2009

Sebulan Ini Memadai

Salam.

Tinggal dua, tiga hari sahaja lagi Ramadan akan berlalu meninggalkan kita. Bateri iman sepatutnya sudah terjana penuh dengan taqwa, saat kita melangkah ke 1 Syawal nanti.

Tempoh satu bulan yang Allah peruntukkan untuk kita dalam Ramadan ini sememangnya cukup untuk kita mencapai taqwa yang dijanjikan.

Masakan hitungan Allah silap, dengan hanya 1 bulan berpuasa taqwa sudah boleh diperoleh?

Tetapi itulah hakikatnya.

Satu bulan ini jika diisi dengan sebenar-benar bekal sudah memadai untuk melengkapkan sanggar taqwa.

Sayangnya, kita manusia ini mudah tewas.

Kita tidak ditewaskan oleh iblis syaitan. Tetapi kita kalah dek nafsu sendiri.

Kerana itu kita merasakan dalam sebulan ini adalah mustahil mencapat target itu.

Ironinya, bukan masa yang harus dihukum. Tanyalah iman. Tanyalah amal.

Di situlah jawapannya ada.

Kerana Allah tidak akan pernah tersilap mencaturkan yang terbaik untuk kita.

Taqabbalallahu minna wa minkum, ya Kareem!

Tiada ulasan: