19 Januari, 2009

Kerana Islam Hampir Menang!

Bismillahirrahmanirrahim. Wa bihi nasta'in.


Wa ba'du,


APABILA Israel sungguh-sungguh menggempur bumi al-Aqsa sepekan dua ini, satu isyarat jelas cuba disampaikan kepada dunia bahawa Islam sudah sangat hampir kembali ke mercunya.


Umat Islam di Palestin adalah umat yang luar biasa beraninya. Mereka terus-terus berjuang kerana mereka mahukan syahid, sedangkan kita di kejauhan ini hanya meratibkan simpati.


Serangan demi serangan meluluhkan seluruh Palestin yang luasnya kurang lebih 100 km persegi. Ditambah kebaculan Mesir yang enggan membuka sempadannya malah bertindak biadap menggesa Hamas berdamai dengan Israel!


Anak-anak dan warga Palestin syahid beratus-ratus orang saban hari. Yang cedera, hanya menanti syahid kerana kecederaan mereka parah dan kritikal.




Israel seakan nyanyuk bila mengatakan mereka tersalah sasaran serangan hingga mangsanya adalah nyawa yang tidak berdosa.


Hakikatnya, Israel terpaksa membunuh anak-anak kecil itu kerana merekalah yang akan melenyapkan Israel dari setiap inci Tanah Suci al-Aqsa esok hari.


Dan anak-anak inilah nanti yang akan mengangkat kembali panji-panji agama Allah ini, esok.


Israel sangat menyedari hal ini. Israel tahu kalau dibiarkan anak-anak ini membesar, pasti kita akan kembali dapat bersolat di Masjid al-Aqsa yang Allah muliakan.


Lalu, mana mungkin Israel membiarkan perkara itu berlaku.


Saudaraku,

Islam pasti menang. Jangan sekali pun pernah kita ragui bahawa esok, kita akan kembali bersolat di al-Aqsa yang Allah berkati.


Dan kerana itu, bersamalah kita menyongsong kemenangan itu dengan tangan, lidah dan hati.


Al-Aqsa! Tentera Muhammad ibni Abdillah sedang mara!


Takbir!

13 Januari, 2009

Ke Garisan!

Assalamualaikum WBT.

Wa ba'du,




maklumat lanjut, sila baca di sini

Santai 9 - Tribut untuk Palestin

Bismillahirrahmanirrahim.

Wa bihi nasta'in. Wa ba'du,


Alhamdulillah. Semalam Dj Fairuz Hj Nordin telah pun deklamasikan sajak tulisan saya bertajuk 'Jangan Panggil Aku Malang' dalam segmen Nukilan di IKIM.FM.

Terima kasih, ukhti =)

Ini kali kedua nukilan saya dibacakan di segmen ini. Kali pertama bertajuk Di Kampung Ilmu [klik di sini] yang dibacakan sekitar Oktober 2007. Dan insya Allah ada yang ketiga dan seterusnya.


Jangan Panggil Aku Malang
Suzana Mohamed Ali

“Palestin yang malang!”
Mereka panggil aku malang

Mereka kata aku malang
.

Dekad-de
kad semalam buat aku dipanggil malang
Tiap inci tubuhku diratah petualang

Lagak mereka wira nan berjuang

Dan aku dirobek, disepak, diterajang
.

Dekad-dekad malang bukan
mahu aku.
Jadi,
Jangan panggil aku malang!

Kerana, aku malang bila
ku gadaikan
tubuhku, sedangkan
sekalipun tidak pernah
mereka
aku izinkan, sentuh pun jangan!

Malang?

Jangan panggil lagi aku begitu!
Memang aku dilanyak

Direnyuk ,dihenyak, tapi bukan
kerana
aku malang, tapi
kamu yang jadi dalang!

Jangan panggil aku malang
kerana
itu doa dan aku tak mahu malang
terus malang lagi.


Malangkah aku, hanya
kerana
lantai dadaku
berantakan siang malam
Mentari hilang warna,
bulan
tiada peraknya?
Dan pelangi tak pernah ada?


Jangan panggil aku malang
Kerana si kecil yang mengangkat senapang
dan si tempang
yang khusyuk dirikan sembahyang,
mereka
buat rahmat terbentang!

Selagi ada singa-singa Tuhan,
aku
bukan malang.

Aku bukan malang!


Aku ini mulia, hingga kiamat
datang,
sedang tanah lain tidak terbilang
aku; al-Quds ini
dan dua
tanah haram dimasyhurkan Dia
dan aku
ketiga yang dijulang.

Lalu, mengapa aku dipanggil malang?

Cukup!
Aku bukan malang dan

jangan panggil aku malang!



********
::nota::
[*] saya tanya Adik, apa Mak komen?

kata Adik, "Mak kata, banyaknya 'malang' ..."

terima kasih pada Mak, Ayah dan Adik yang sungguh2 mendengar - sampai Ayah terlena kepenatan baru tiba dari Kuala Terengganu.

[*] terima kasih juga buat akhi Helmee yang turut menghantar SMS memaklumkan pada kami tentang karya yang dibacakan.

[*] Segmen Nukilan di IKM.FM setiap hari Isnin, jam 10 malam - 12 tengah malam.

[*] Kami ucapkan terima kasih pada tamu yang sudi datang semalam - Helmee (Bilhikmah Production) dan Jabir serta isteri.

10 Januari, 2009

Tak Sampai Hati (iii)

Bismillahirrahmanirrahim.

Wa ba'du,

Jangan pernah berhenti berdoa.

Jangan pernah berhenti mendoakan mereka di Palestin.

Walau siapa pun kita. Walau di mana pun kita.

Kerana kita tak pernah tahu doa siapa dan bila doa itu akan diperkenankan oleh Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Teliti Perancangan-Nya.



Dari SMS yang diterima mengingatkan kita melazimi beberapa potong ayat dari al-Quran al-Karim, sebagai tanda kita ada hati untuk membantu saudara kita, meskipun hanya dari jauh.

Ayat2nya adalah seperti berikut:

(1) Surah Yunus ayat 85

فَقَالُواْ عَلَى اللّهِ تَوَكَّلْنَا رَبَّنَا لاَ تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِّلْقَوْمِ الظَّالِمِينَ

They said: "In God do we put out trust. Our Lord! make us not a trial for those who practise oppression;


(2) Surah Yunus ayat 86

وَنَجِّنَا بِرَحْمَتِكَ مِنَ الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

"And deliver us by Thy Mercy from those who reject (Thee)."


(3) Surah Yunus ayat 88
وَقَالَ مُوسَى رَبَّنَا إِنَّكَ آتَيْتَ فِرْعَوْنَ وَمَلأهُ زِينَةً وَأَمْوَالاً فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا رَبَّنَا لِيُضِلُّواْ عَن سَبِيلِكَ رَبَّنَا اطْمِسْ عَلَى أَمْوَالِهِمْ وَاشْدُدْ عَلَى قُلُوبِهِمْ فَلاَ يُؤْمِنُواْ حَتَّى يَرَوُاْ الْعَذَابَ الأَلِيمَ
Moses prayed: "Our Lord! Thou hast indeed bestowed on Pharaoh and his chiefs splendour and wealth in the life of the present, and so, Our Lord, they mislead (men) from Thy Path. Deface our Lord, the features of their wealth, and send hardness to their hearts, so they will not believe until they see the grievous penalty."


(4) Surah al-Fath ayat 26

إِذْ جَعَلَ الَّذِينَ كَفَرُوا فِي قُلُوبِهِمُ الْحَمِيَّةَ حَمِيَّةَ الْجَاهِلِيَّةِ فَأَنزَلَ اللَّهُ سَكِينَتَهُ عَلَى رَسُولِهِ وَعَلَى الْمُؤْمِنِينَ وَأَلْزَمَهُمْ كَلِمَةَ التَّقْوَى وَكَانُوا أَحَقَّ بِهَا وَأَهْلَهَا وَكَانَ اللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمًا

While the Unbelievers got up in their hearts heat and cant - the heat and cant of ignorance,- God sent down His Tranquillity to his Apostle and to the Believers, and made them stick close to the command of self-restraint; and well were they entitled to it and worthy of it. And God has full knowledge of all things.



(5) Surah al-Fath ayat 27

لَقَدْ صَدَقَ اللَّهُ رَسُولَهُ الرُّؤْيَا بِالْحَقِّ لَتَدْخُلُنَّ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ إِن شَاء اللَّهُ آمِنِينَ مُحَلِّقِينَ رُؤُوسَكُمْ وَمُقَصِّرِينَ لَا تَخَافُونَ فَعَلِمَ مَا لَمْ تَعْلَمُوا فَجَعَلَ مِن دُونِ ذَلِكَ فَتْحًا قَرِيبً

Truly did God fulfil the vision for His Apostle: ye shall enter the Sacred Mosque, if God wills, with minds secure, heads shaved, hair cut short, and without fear. For He knew what ye knew not, and He granted, besides this, a speedy victory.


::nota::
Alangkah lemahnya iman kita .. :(

* baca lagi di sana [satu] [dua]

08 Januari, 2009

Tak Sampai Hati (ii)

Bismillahirrahmanirrahim.

Wa ba'du,

KITA MELIHAT sejak 60 tahun ini Yahudi menindas Palestin. Hakikatnya bukan mereka diperlakukan sebegitu kerana mereka berbangsa Palestin. Tetapi mereka disembelih dan diratah kerana Islam yang mereka pilih menjadi diri dan kehidupan.

Dan kerana sebab yang sama, kita sepatutnya turut merasai sakit dan derita dilanyak oleh Zionis Yahudi. Bukan Palestin untuk Palestin. Tetapi Palestin adalah sebahagian dari kita.

Walau kulit tak sama warna. Walau bahasa tak sama nada. Akidah dan iman menyatukan yang jauh dan menjadikan kita saling bercinta.

Malang sungguh kalau kita hanya menganggap keluhan mereka biasa-biasa aja. Macam tak ada apa-apa. Lantaran jarak terentang yang memisahkan benua. Macam yang berlaku ((di sini))

Salah kita, Muslim di Palestin yang terima balanya. Dosa kita, keluarga seagama kita dijarah semahunya.

*********************

Ya Allah! Kami malu menadah tangan memohon bantuan dan kemenangan yang Kau janjikan dengan dosa dan maksiat yang kami lakukan pada-Mu dalam terang dan sunyi.

Tetapi ya Allah, hati kami dirajut sebak tak terlafaz, bagai terdengar-dengar rintih raung keluarga kami di sana ya Allah.

Hati kami menangis bersama mereka namun tangan kami tak daya memeluk menenangkan mereka, menggantikan mereka menggalas senjata walau sebesar seketul anak batu atau sepasang sepatu haus.

Ya Allah, janganlah kerana dosa kami, Kau hukum mereka. Janganlah kerana fasiknya kami, Kau lenyapkan mereka.

Ya Allah yang Maha Pendendam, jangan Kau dendami kami dan mereka kerana dosa kami yang terang-terang mencabar kehendak perintah dan larangan-Mu dan Rasul-Mu.

Ya Allah, dengan sebak yang tersisa, tangan kami yang terpalit dosa ini kami tadahkan mengharap bantuan-Mu.

Ya Allah, kami sangat ingat ketika Isa Ibni Maryam berbicara dengan-Mu seperti yang Kau rakamkan dalam firman-Mu:

"Jika Engkau menyeksa mereka, (maka tidak ada menghalanginya) kerana sesungguhnya mereka adalah hamba-hamba-Mu; dan jika Engkau mengampuni mereka, maka sesungguhnya Engkaulah sahaja yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana". ((al-Maidah: 118))

Maka ya Allah, kami berserah pada-Mu dan bantulah mereka ...

::nota::
Patutlah Salahuddin al-Ayubi tak pernah ketawa selama 40 tahun dek kerana Palestin dibelenggu musuh Allah ... satu ketika dulu.

07 Januari, 2009

Taakul 5 - Arak & 10 Golongan

Bismillahirrahmanirrahim

Wa ba'du,

Ada seorang sahabat bertanya, "ustaz, ramai kawan-kawan kita yang Muslim buat kerja part-time kat 7 Eleven. Masalahnya, ada jual arak. Ye lah, dia memang tak minum. Tapi kalau pelanggan non-Muslim datang nak beli, macam mana?" (lebih kurang gitu lah ayat yang difahami)

Jadi di sini, kami unjukkan pesan Rasulullah SAW yang berupa amaran kepada umatnya, supaya tak sesat jalan.

"Rasulullah SAW melaknat tentang arak, 10 golongan:
(1) yang memerahnya,

(2) yang minta diperahkannya,

(3) yang meminumnya,

(4) yang membawanya,

(5) yang minta dihantarkan arak,

(6) yang menuangkan arak,

(7) yang menjualnya,

(8) yang makan harganya,

(9) yang membelinya,

(10) yang minta dibelikannya."
(Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)


Perkara yang nampak remeh, tetapi impaknya sangat besar pada kehidupan kita di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat nanti.

Masa singgah di 7 Eleven tahun lepas, isteri saya sempat menyapa si cashier, "dik, kalau ada orang nak beli arak tu, adik buat macam mana?"

Cik cashier yang mungkin tak menyangka soalan ini akan diajukan, sedikit gugup menjawab, "err ... ada orang lain yang akan jaga."

Wallahu a'lam.

::nota::
(*) bukan di 7 Eleven je yang ada jual arak, kan? Giant, Tesco, KK ... Kalau nak disenaraikan, ...
(*) bukan si cashier je yang terlibat. Ada 9 golongan lagi. Rasanya yang ke-8 lagi bala.

06 Januari, 2009

Seribu Kata

Bismillahirrahmanirrahim.





:: foto 1 ::
Nur Ayunni binti Mohd Sukri - puteri kedua Kak Nasuha - merangkap anak angkat kami =)


:: foto 2 ::
Tengku Iskandar, cahaya mata pertama Cik Nor dan Pak Engku.