13 Januari, 2009

Santai 9 - Tribut untuk Palestin

Bismillahirrahmanirrahim.

Wa bihi nasta'in. Wa ba'du,


Alhamdulillah. Semalam Dj Fairuz Hj Nordin telah pun deklamasikan sajak tulisan saya bertajuk 'Jangan Panggil Aku Malang' dalam segmen Nukilan di IKIM.FM.

Terima kasih, ukhti =)

Ini kali kedua nukilan saya dibacakan di segmen ini. Kali pertama bertajuk Di Kampung Ilmu [klik di sini] yang dibacakan sekitar Oktober 2007. Dan insya Allah ada yang ketiga dan seterusnya.


Jangan Panggil Aku Malang
Suzana Mohamed Ali

“Palestin yang malang!”
Mereka panggil aku malang

Mereka kata aku malang
.

Dekad-de
kad semalam buat aku dipanggil malang
Tiap inci tubuhku diratah petualang

Lagak mereka wira nan berjuang

Dan aku dirobek, disepak, diterajang
.

Dekad-dekad malang bukan
mahu aku.
Jadi,
Jangan panggil aku malang!

Kerana, aku malang bila
ku gadaikan
tubuhku, sedangkan
sekalipun tidak pernah
mereka
aku izinkan, sentuh pun jangan!

Malang?

Jangan panggil lagi aku begitu!
Memang aku dilanyak

Direnyuk ,dihenyak, tapi bukan
kerana
aku malang, tapi
kamu yang jadi dalang!

Jangan panggil aku malang
kerana
itu doa dan aku tak mahu malang
terus malang lagi.


Malangkah aku, hanya
kerana
lantai dadaku
berantakan siang malam
Mentari hilang warna,
bulan
tiada peraknya?
Dan pelangi tak pernah ada?


Jangan panggil aku malang
Kerana si kecil yang mengangkat senapang
dan si tempang
yang khusyuk dirikan sembahyang,
mereka
buat rahmat terbentang!

Selagi ada singa-singa Tuhan,
aku
bukan malang.

Aku bukan malang!


Aku ini mulia, hingga kiamat
datang,
sedang tanah lain tidak terbilang
aku; al-Quds ini
dan dua
tanah haram dimasyhurkan Dia
dan aku
ketiga yang dijulang.

Lalu, mengapa aku dipanggil malang?

Cukup!
Aku bukan malang dan

jangan panggil aku malang!



********
::nota::
[*] saya tanya Adik, apa Mak komen?

kata Adik, "Mak kata, banyaknya 'malang' ..."

terima kasih pada Mak, Ayah dan Adik yang sungguh2 mendengar - sampai Ayah terlena kepenatan baru tiba dari Kuala Terengganu.

[*] terima kasih juga buat akhi Helmee yang turut menghantar SMS memaklumkan pada kami tentang karya yang dibacakan.

[*] Segmen Nukilan di IKM.FM setiap hari Isnin, jam 10 malam - 12 tengah malam.

[*] Kami ucapkan terima kasih pada tamu yang sudi datang semalam - Helmee (Bilhikmah Production) dan Jabir serta isteri.

Tiada ulasan: