19 Januari, 2009

Kerana Islam Hampir Menang!

Bismillahirrahmanirrahim. Wa bihi nasta'in.


Wa ba'du,


APABILA Israel sungguh-sungguh menggempur bumi al-Aqsa sepekan dua ini, satu isyarat jelas cuba disampaikan kepada dunia bahawa Islam sudah sangat hampir kembali ke mercunya.


Umat Islam di Palestin adalah umat yang luar biasa beraninya. Mereka terus-terus berjuang kerana mereka mahukan syahid, sedangkan kita di kejauhan ini hanya meratibkan simpati.


Serangan demi serangan meluluhkan seluruh Palestin yang luasnya kurang lebih 100 km persegi. Ditambah kebaculan Mesir yang enggan membuka sempadannya malah bertindak biadap menggesa Hamas berdamai dengan Israel!


Anak-anak dan warga Palestin syahid beratus-ratus orang saban hari. Yang cedera, hanya menanti syahid kerana kecederaan mereka parah dan kritikal.




Israel seakan nyanyuk bila mengatakan mereka tersalah sasaran serangan hingga mangsanya adalah nyawa yang tidak berdosa.


Hakikatnya, Israel terpaksa membunuh anak-anak kecil itu kerana merekalah yang akan melenyapkan Israel dari setiap inci Tanah Suci al-Aqsa esok hari.


Dan anak-anak inilah nanti yang akan mengangkat kembali panji-panji agama Allah ini, esok.


Israel sangat menyedari hal ini. Israel tahu kalau dibiarkan anak-anak ini membesar, pasti kita akan kembali dapat bersolat di Masjid al-Aqsa yang Allah muliakan.


Lalu, mana mungkin Israel membiarkan perkara itu berlaku.


Saudaraku,

Islam pasti menang. Jangan sekali pun pernah kita ragui bahawa esok, kita akan kembali bersolat di al-Aqsa yang Allah berkati.


Dan kerana itu, bersamalah kita menyongsong kemenangan itu dengan tangan, lidah dan hati.


Al-Aqsa! Tentera Muhammad ibni Abdillah sedang mara!


Takbir!

Tiada ulasan: