30 Januari, 2009
28 Januari, 2009
Benar, Islam Pasti Menang!
Wa ba'du,
Oleh Suzana Mohamed Ali
DALAM SEJARAH LAMPAU, bangsa Yahudi pernah dibunuh beramai-ramai di zaman Nazi. Hitler dilihat terlalu membenci bangsa Israel ini sepanjang hayatnya.
Ada alasan kukuh yang disandarkan pada kekejaman si Hitler ini. Alasan itu kita boleh lihat hari ini sebabnya.
Bagi Rejim Zionis ini, sepanjang 22 hari serangan mereka terhadap Palestin, angka 4000 bukan jumlah yang besar bagi Israel. Jika dibandingkan dengan kezaliman Nazi menghapuskan etnik mereka dekad-dekad yang lalu.
Demi melaksanakan aspirasi mereka mahu mendirikan Negara Israel, setiap inci muka bumi al-Quds itu mesti bersih dan bebas dari satu nyawa bangsa Palestin pun. Lebih-lebih lagi jika si Palestin itu berdarah Muslim!
ISU SEJAGAT
Usaha dan jerih payah mereka ini bukan baru bermula sehari. Malah kejayaan pertama hasil konspirasi jahat mereka telah pun melenyapkan nama Palestin sejak tahun 1948 dari peta dunia hingga sekarang.
Sejak itu, tanah al-Quds tidak pernah aman. Siri-siri peperangan dan kekejaman mereka tidak pernah berhenti dengan apa jua nama perjanjian damai atau gencatan senjata.
Bagi umat Islam, ini bukan urusan dunia Arab. Ini adalah urusan umat sejagat. Kerana Rasulullah SAW bertegas mengatakan,
Dan bagi masyarakat dunia, isu ini dilihat dari perspektif kemanusiaan. Tetapi bagi Yahudi dan sekutunya, walau sekuat manapun asakan dunia membantah tindakan mereka tak ubah seperti anjing menyalak bukit. Bukit tak runtuh, anjing yang dilempar kasut!
MEMANG PERANGI HAMAS
Dari ribuan jumlah mangsa keganasan terkini Israel, 400 darinya adalah kanak-kanak dan lebih 100 adalah wanita. Mangsa lain bukanlah mereka yang berkelengkapan senjata sebaliknya hanya orang awam – petani dan nelayan.
Dunia pasti tertanya-tanya, apa dosa mereka? Begitu juga dengan rakyat Palestin sendiri. Keganasan ini kononnya disasar kepada Hamas, namun angka korban menafikan kenyataan mereka.
Zahirnya Israel bukan memerangi Hamas. Sebaliknya mengganas di wilayah-wilayah penempatan umum.
Kerana itu kita melihat, korban pencerobohan Israel ini bukan pejuang-pejuang Hamas seperti yang dinyatakan berkali-kali oleh Olmert.
Anak-anak kecil dan wanita adalah mangsa teramai. Mereka bukan dibunuh di kem-kem tentera. Israel sengaja menjadikan sekolah, pusat perubatan dan kawasan penempatan awam sebagai sasaran.
Menurut satu analisa, Israel sebenarnya sedang bermati-matian menghapuskan generasi pelapis intifadhah supaya agenda Israel Raya tidak lagi diganggu-gugat.
Justeru, tidak hairanlah kanak-kanak dan wanita yang menjadi sasaran utamanya. Kerana anak-anak ini tidak boleh dibiarkan berjiwa mujahid. Dan si ibu-ibu pula tidak boleh lagi melahirkan generasi-generasi pemburu syahid yang akan melumatkan Israel di masa akan datang.
KEPASTIAN YANG MENAKUTKAN
Israel amat arif tentang kebejatan mereka yang akan dilenyapkan oleh Islam tidak lama lagi. Dan kerana meyakini kepastian yang menakutkan inilah Israel berusaha menutup apa sahaja ruang yang memungkinkan kepastian ini menghakikat.
Israel juga sedar mereka tidak pernah dan tidak akan menang walaupun sekali jika berhadapan dengan mujahidin Hamas. Kegentaran inilah yang memarakkan dendam mereka terhadap Hamas yang akhirnya dilempiaskan kepada warga yang tidak berdosa sebagai galang ganti.
PASTI DENGAN JANJI
Dalam kegerunan musuh terhadap Islam, kita sepatutnya bertindak bijak dengan mempercepatkan kemenangan Islam itu.
Kita mungkin tiada kelengkapan persenjataan sehebat US, Rusia, China dan Iran. Tetapi kita adalah Allah dan kita ada kuasa serta tenaga.
Kita tidak kurang hebatnya dari perkiraan logistik mereka secara fizikal.
Apa yang boleh menghalang kita dari terus berdoa?
Apa yang boleh merencatkan kita dari menjayakan boikot?
Apa yang boleh menidakkan infaq kita sekupang dua, kalau dengan keikhlasan dan keazaman tinggi untuk membela mereka yang seakidah dengan kita?
Yakinlah dengan janji Allah dan berangkatlah menuju kejayaan itu sama ada dalam keadaan senang atau susah terbeban.
Kerana Allah, apabila berjanji; Dia tidak akan pernah memungkiri janji-Nya!
Allahu Akbar!
||nota||
~ patutlah Hitler benci sangat dengan Yahudi. rupanya Yahudi ini tidak kenal kemanusiaan dalam berperang .. agaknya, kalau Hitler masih ada, beranikah Yahudi? sebenarnya, Yahudi sangat bacul! mereka takut menyerang Hamas, kerana itu rakyat tak berdosa menjadi mangsanya.
kerana Allah telah mencampakkan rasa gerun dalam hati setiap Bani Israel ini pada mujahidin yang hidupnya cintakan syahid. yang telah menjual dunianya kerana mahukan syurga Allah yang tiada tolok bandingnya. Takbir!
22 Januari, 2009
Bercuti & Berjalan Malam
“Abang Long, jadi ke balik malam ni?” adik ipar saya, Azrol bertanya lewat panggilan telefon tengahari tadi.
“Setakat ni Insya Allah. Kita nak bertolak ke Dungun pukul berapa?”
“Malam. Abang Long takpe ke jalan malam?”
Insya Allah kami akan menempuh perjalanan jauh ini di sebelah malam. Rupanya, memang menjadi amalan Ayah dan telah turun pada Azrol, adik isteri saya memulakan perjalanan jauh di waktu malam.
Bila sebut sahaja tentang jalan malam ini, jiwa saya diterpa kenangan menjadi penghuni Kota Sahrawi, beberapa tahun yang lepas.
Mahasiswi Malaysia tidak digalakkan keluar rumah selepas azan Maghrib. Segala aktiviti selepas waktu itu hanya berlangsung di dalam premis kediaman sahaja.
Sekiranya ada hal mustahak yang menuntut si gadis ini keluar juga, ada syarat ketat yangt mesti dipatuhi demi menjaga keselamatan diri.
Sekali pandang, ia nampak macam ortodoks dan mengongkong.
Hakikatnya, keadaan berjauhan dari pandangan ayahbonda di kampung laman, ditambah pula gelandang di tempat asing, menjaga kepentingan bersama sangat perlu dipraktikkan.
Tetapi lain pula halnya di tanahair sendiri.
Saya acapkali memerhatikan gelagat anak-anak remaja perempuan semestinya di jalanan hingga larut malam.
Kadang-kadang bukan dengan urusan mustahak sangat pun.
Apabila ditanya, kenapa masih di luar rumah sehingga lewat begini, jawapannya “saya bukan ke sini sorang diri,” sambil menunjuk ke arah teman di sisi. Gadis juga.
Aduh! Bagaimana ya, mahu memahamkan bahawa budaya dan adab punya jurang yang sangat jelas?
Ya. Barangkali kita memikirkan budaya masyarakat Arab berbeza dengan sini. Ini Negara kita. Jadi kita bebas keluar bila-bila. Itu kan hak?
Sekali lagi, ya.
Saya rasa kita gagal memahami peranan mahram, di awalnya.
Sesungguhnya manusia di dalam kerugian. Kecuali
mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesa-pesan
dengan kesabaran.
20 Januari, 2009
Semalam di IKIM.FM - Kembara Cinta
Ada masanya menyelongkar kenangan manis mampu memugar kembali rasa manis yang hilang dibawa waktu ...
Ini kali kedua, tulisan saya dibacakan di IKIM.FM lewat segmen Nukilan oleh DJ Siti Fairuz Hj Nordin, malam tadi.
Sebenarnya, saya tak pernah minat penulisan kreatif. Tetapi, ini adalah karya pertama saya. Itupun setelah didesak oleh si dia ni yang sungguh-sungguh mahu menyertai pertandingan deklamasi sajak sempena PMHK di Mesir, beberapa tahun lepas.
Dalam keadaan separuh tertekan kerana tak pernah punya ilmu jauh lagi bakat dalam bidang ini, diam-diam di bawah pokok di Nadi Syabab Haiyu Thamin, saya siapkan juga.
Alhamdulillah, si dia menjuarai pertandingan itu. Tahniah, Habib!
Dan terima kasih kerana sejak itu, dialah sumbu yang menyalakan usaha saya walau bertatih hingga saat ini.
Oleh Suzana Mohamed Ali
Bahkan ribuan tahun nan silam
Bila Kekasih Agung bertitah
Pada Kekasih-Nya
Lalu kalimah-Nya itu kekal
Terukir kemas di dada
Bertinta emas yang tak lapuk
Dek hujan
Apalagi lekang dek panas.
Titah-Nya itu
Kala hayat Kekasih dikandung jasad
Kembara cinta ini telah lama bermula
Awalnya sedari Adam tercipta
Penyudahnya yang entah bila
Tibanya tatkala dunia lumat dek sangkakala!
Kembara maha jauh ini
Dituntunnya tangan jahil kita
Yang teraba meredah belantara dunia
Dengan andang al-Quran
Yang sumbunya as-Sunnah
Buat bekal, biar tidak hilang haluan.
Kembara sejauh itu
Aduh!
Terasa saja ingin mengeluh,
“Ah! Likuannya terlalu curam
Tikaman kemuncup juga bisa saja
Merobek kaus haus
Yang kontang iman,”
Lalu,
Lalu biarkan saja terbiar!
Dulu
Kalau dulu
Tika hayat kekasih itu dikandung jasad
Taman itu berbajakan keringat dan darah
Kicau mergastua dendangnya alun zikir
Sungai izzah mengalir
Menyubur serata buana
Hijau rerumput ilmu mengasyikkan, saujana
Damai … lapang …
Suria wahdah megah mendada.
Itu dulu!
Reratus tahun semalam
Kala andang menyuluh jalan
Kala dakwah dan perjuangan
Senada beriringan
Bertiup lapang di taman Islam
Nyaman, menyegarkan …
Musim itu berlalu jua akhirnya.
Lantaran kembara itu terbiar
Sepi tanpa hembus
Dakwah dan perjuangan
Lalu,
lalang jahil mula meninggi
karat mazmumah mengakar
singa-singa maddiyah mengaum tempik
Iman bersawang
Taman ad-Deen itu berkalih rupa
Ngeri dipandang
Kerana lamannya
Dipagari wajah ganas
Seram dan menggerunkan.
Kembara itu terpinggir
kerana dalih yang meloyakan.
Seakan terlupa pada perjanjian
yang pasti dihitung,
“kau ditabal menitah sepelusuk makhluk”
Wahai jiwa yang punya suara!
Gema kembali
Kalimah Kekasih Agung yang dibisukan.
Ayuh benarkan
titah-Nya!
Kerana kembara ini masih jauh.
Andai kembara ini jalannya sepicing
andai benar langkahnya terjangkau
langsung ke puncak,
pasti!
Ya, pasti ramai yang tidak lekang
menuruti sisa tapak Kekasih-Nya!
Apakan daya caturan kembara ini
menyongsang.
Sifirnya infiniti!
Namun!
Turutilah jua.
Demi hasrat bersanding
di singgahsana syurga.
Mahar cinta-Nya,
bukan hanya intan
tidak sebanding firus
tapi senaskah jiwa bernyawa
lalu, terimalah lamaran-Nya
tinggalkan sayang, tinggallah pujaan
demi kasih-Nya, jasad dikorban.
19 Januari, 2009
Kerana Islam Hampir Menang!
Bismillahirrahmanirrahim. Wa bihi nasta'in.
Wa ba'du,
APABILA Israel sungguh-sungguh menggempur bumi al-Aqsa sepekan dua ini, satu isyarat jelas cuba disampaikan kepada dunia bahawa Islam sudah sangat hampir kembali ke mercunya.
Umat Islam di Palestin adalah umat yang luar biasa beraninya. Mereka terus-terus berjuang kerana mereka mahukan syahid, sedangkan kita di kejauhan ini hanya meratibkan simpati.
Serangan demi serangan meluluhkan seluruh Palestin yang luasnya kurang lebih 100 km persegi. Ditambah kebaculan Mesir yang enggan membuka sempadannya malah bertindak biadap menggesa Hamas berdamai dengan Israel!
Anak-anak dan warga Palestin syahid beratus-ratus orang saban hari. Yang cedera, hanya menanti syahid kerana kecederaan mereka parah dan kritikal.
Israel seakan nyanyuk bila mengatakan mereka tersalah sasaran serangan hingga mangsanya adalah nyawa yang tidak berdosa.
Hakikatnya, Israel terpaksa membunuh anak-anak kecil itu kerana merekalah yang akan melenyapkan Israel dari setiap inci Tanah Suci al-Aqsa esok hari.
Dan anak-anak inilah nanti yang akan mengangkat kembali panji-panji agama Allah ini, esok.
Israel sangat menyedari hal ini. Israel tahu kalau dibiarkan anak-anak ini membesar, pasti kita akan kembali dapat bersolat di Masjid al-Aqsa yang Allah muliakan.
Lalu, mana mungkin Israel membiarkan perkara itu berlaku.
Saudaraku,
Islam pasti menang. Jangan sekali pun pernah kita ragui bahawa esok, kita akan kembali bersolat di al-Aqsa yang Allah berkati.
Dan kerana itu, bersamalah kita menyongsong kemenangan itu dengan tangan, lidah dan hati.
Al-Aqsa! Tentera Muhammad ibni Abdillah sedang mara!
Takbir!
13 Januari, 2009
Santai 9 - Tribut untuk Palestin
Terima kasih, ukhti =)
Ini kali kedua nukilan saya dibacakan di segmen ini. Kali pertama bertajuk Di Kampung Ilmu [klik di sini] yang dibacakan sekitar Oktober 2007. Dan insya Allah ada yang ketiga dan seterusnya.
Suzana Mohamed Ali
“Palestin yang malang!”
Mereka panggil aku malang
Mereka kata aku malang.
Dekad-dekad semalam buat aku dipanggil malang
Tiap inci tubuhku diratah petualang
Lagak mereka wira nan berjuang
Dan aku dirobek, disepak, diterajang.
Dekad-dekad malang bukan
mahu aku. Jadi,
Jangan panggil aku malang!
Kerana, aku malang bila ku gadaikan
tubuhku, sedangkan sekalipun tidak pernah
mereka aku izinkan, sentuh pun jangan!
Malang?
Jangan panggil lagi aku begitu!
Memang aku dilanyak
Direnyuk ,dihenyak, tapi bukan kerana
aku malang, tapi kamu yang jadi dalang!
Jangan panggil aku malang
kerana itu doa dan aku tak mahu malang
terus malang lagi.
Malangkah aku, hanya kerana
lantai dadaku berantakan siang malam
Mentari hilang warna,
bulan tiada peraknya?
Dan pelangi tak pernah ada?
Jangan panggil aku malang
Kerana si kecil yang mengangkat senapang
dan si tempang yang khusyuk dirikan sembahyang,
mereka buat rahmat terbentang!
Selagi ada singa-singa Tuhan,
aku bukan malang.
Aku bukan malang!
Aku ini mulia, hingga kiamat datang,
sedang tanah lain tidak terbilang aku; al-Quds ini
dan dua tanah haram dimasyhurkan Dia
dan aku ketiga yang dijulang.
Lalu, mengapa aku dipanggil malang?
Cukup!
Aku bukan malang dan
jangan panggil aku malang!
[*] saya tanya Adik, apa Mak komen?
kata Adik, "Mak kata, banyaknya 'malang' ..."
terima kasih pada Mak, Ayah dan Adik yang sungguh2 mendengar - sampai Ayah terlena kepenatan baru tiba dari Kuala Terengganu.
[*] terima kasih juga buat akhi Helmee yang turut menghantar SMS memaklumkan pada kami tentang karya yang dibacakan.
[*] Segmen Nukilan di IKM.FM setiap hari Isnin, jam 10 malam - 12 tengah malam.
[*] Kami ucapkan terima kasih pada tamu yang sudi datang semalam - Helmee (Bilhikmah Production) dan Jabir serta isteri.
10 Januari, 2009
Tak Sampai Hati (iii)
Wa ba'du,
Jangan pernah berhenti berdoa.
Jangan pernah berhenti mendoakan mereka di Palestin.
Walau siapa pun kita. Walau di mana pun kita.
Kerana kita tak pernah tahu doa siapa dan bila doa itu akan diperkenankan oleh Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Teliti Perancangan-Nya.
Dari SMS yang diterima mengingatkan kita melazimi beberapa potong ayat dari al-Quran al-Karim, sebagai tanda kita ada hati untuk membantu saudara kita, meskipun hanya dari jauh.
Ayat2nya adalah seperti berikut:
(1) Surah Yunus ayat 85
فَقَالُواْ عَلَى اللّهِ تَوَكَّلْنَا رَبَّنَا لاَ تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِّلْقَوْمِ الظَّالِمِينَ
They said: "In God do we put out trust. Our Lord! make us not a trial for those who practise oppression;
(2) Surah Yunus ayat 86
وَنَجِّنَا بِرَحْمَتِكَ مِنَ الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
"And deliver us by Thy Mercy from those who reject (Thee)."
(3) Surah Yunus ayat 88
(4) Surah al-Fath ayat 26
While the Unbelievers got up in their hearts heat and cant - the heat and cant of ignorance,- God sent down His Tranquillity to his Apostle and to the Believers, and made them stick close to the command of self-restraint; and well were they entitled to it and worthy of it. And God has full knowledge of all things.
(5) Surah al-Fath ayat 27
لَقَدْ صَدَقَ اللَّهُ رَسُولَهُ الرُّؤْيَا بِالْحَقِّ لَتَدْخُلُنَّ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ إِن شَاء اللَّهُ آمِنِينَ مُحَلِّقِينَ رُؤُوسَكُمْ وَمُقَصِّرِينَ لَا تَخَافُونَ فَعَلِمَ مَا لَمْ تَعْلَمُوا فَجَعَلَ مِن دُونِ ذَلِكَ فَتْحًا قَرِيبً
Truly did God fulfil the vision for His Apostle: ye shall enter the Sacred Mosque, if God wills, with minds secure, heads shaved, hair cut short, and without fear. For He knew what ye knew not, and He granted, besides this, a speedy victory.
08 Januari, 2009
Tak Sampai Hati (ii)
Wa ba'du,
KITA MELIHAT sejak 60 tahun ini Yahudi menindas Palestin. Hakikatnya bukan mereka diperlakukan sebegitu kerana mereka berbangsa Palestin. Tetapi mereka disembelih dan diratah kerana Islam yang mereka pilih menjadi diri dan kehidupan.
Dan kerana sebab yang sama, kita sepatutnya turut merasai sakit dan derita dilanyak oleh Zionis Yahudi. Bukan Palestin untuk Palestin. Tetapi Palestin adalah sebahagian dari kita.
Walau kulit tak sama warna. Walau bahasa tak sama nada. Akidah dan iman menyatukan yang jauh dan menjadikan kita saling bercinta.
Malang sungguh kalau kita hanya menganggap keluhan mereka biasa-biasa aja. Macam tak ada apa-apa. Lantaran jarak terentang yang memisahkan benua. Macam yang berlaku ((di sini))
Salah kita, Muslim di Palestin yang terima balanya. Dosa kita, keluarga seagama kita dijarah semahunya.
Tetapi ya Allah, hati kami dirajut sebak tak terlafaz, bagai terdengar-dengar rintih raung keluarga kami di sana ya Allah.
Hati kami menangis bersama mereka namun tangan kami tak daya memeluk menenangkan mereka, menggantikan mereka menggalas senjata walau sebesar seketul anak batu atau sepasang sepatu haus.
Ya Allah, janganlah kerana dosa kami, Kau hukum mereka. Janganlah kerana fasiknya kami, Kau lenyapkan mereka.
Ya Allah yang Maha Pendendam, jangan Kau dendami kami dan mereka kerana dosa kami yang terang-terang mencabar kehendak perintah dan larangan-Mu dan Rasul-Mu.
Ya Allah, dengan sebak yang tersisa, tangan kami yang terpalit dosa ini kami tadahkan mengharap bantuan-Mu.
Ya Allah, kami sangat ingat ketika Isa Ibni Maryam berbicara dengan-Mu seperti yang Kau rakamkan dalam firman-Mu:
"Jika Engkau menyeksa mereka, (maka tidak ada menghalanginya) kerana sesungguhnya mereka adalah hamba-hamba-Mu; dan jika Engkau mengampuni mereka, maka sesungguhnya Engkaulah sahaja yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana". ((al-Maidah: 118))
Maka ya Allah, kami berserah pada-Mu dan bantulah mereka ...
Patutlah Salahuddin al-Ayubi tak pernah ketawa selama 40 tahun dek kerana Palestin dibelenggu musuh Allah ... satu ketika dulu.
07 Januari, 2009
Taakul 5 - Arak & 10 Golongan
Wa ba'du,
Ada seorang sahabat bertanya, "ustaz, ramai kawan-kawan kita yang Muslim buat kerja part-time kat 7 Eleven. Masalahnya, ada jual arak. Ye lah, dia memang tak minum. Tapi kalau pelanggan non-Muslim datang nak beli, macam mana?" (lebih kurang gitu lah ayat yang difahami)
Jadi di sini, kami unjukkan pesan Rasulullah SAW yang berupa amaran kepada umatnya, supaya tak sesat jalan.
(1) yang memerahnya,
(2) yang minta diperahkannya,
(3) yang meminumnya,
(4) yang membawanya,
(5) yang minta dihantarkan arak,
(6) yang menuangkan arak,
(7) yang menjualnya,
(8) yang makan harganya,
(9) yang membelinya,
(10) yang minta dibelikannya."
Perkara yang nampak remeh, tetapi impaknya sangat besar pada kehidupan kita di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat nanti.
Masa singgah di 7 Eleven tahun lepas, isteri saya sempat menyapa si cashier, "dik, kalau ada orang nak beli arak tu, adik buat macam mana?"
Cik cashier yang mungkin tak menyangka soalan ini akan diajukan, sedikit gugup menjawab, "err ... ada orang lain yang akan jaga."
Wallahu a'lam.
::nota::
(*) bukan di 7 Eleven je yang ada jual arak, kan? Giant, Tesco, KK ... Kalau nak disenaraikan, ...
(*) bukan si cashier je yang terlibat. Ada 9 golongan lagi. Rasanya yang ke-8 lagi bala.
06 Januari, 2009
Seribu Kata
Nur Ayunni binti Mohd Sukri - puteri kedua Kak Nasuha - merangkap anak angkat kami =)
Tengku Iskandar, cahaya mata pertama Cik Nor dan Pak Engku.
05 Januari, 2009
Santai 8 - Kahwin dan Kaya
Buat Fuzaimi dan isterinya, Jannah, doa kami barakallahu lakuma wa barik 'alaikuma
Cik Nor (anak tiri Tok) telah selamat melahirkan putera sulungnya, Tengku Iskandar 29 Disember 2008 lalu. Mereka melangsungkan perkahwinan 2 minggu selepas pernikahan kami dan selepas 10 bulan, Allah tambah rezeki dan kurnia-Nya pada mereka.
Penantian lebih setahun, kini telah terbebat bila sepupu kami, Fadilah telah pun disahkan hamil anak sulungnya, 2 bulan. 5 Mei ini akan genap usia perkahwinan mereka 2 tahun. Moga selamat semuanya, itu doa kami.
Subhanallah ...
Alhamdulillah ...
Allahu Akbar!
01 Januari, 2009
Tak Sampai Hati ...
Tak sampai rasanya hati nak seronok2 sambut tahun baru 2009 ni. Nak senyum pun rasa pipi ni berat. Mengenangkan Palestin yang sedang dikerjakan cukup2 dek Zionis.
Kita di Malaysia berhabis duit begitu saja untuk sambut 2009 sedangkan rakyat Palestin tak cukup bekal untuk pertahankan diri apatah lagi wilayah.
Ayuh kita wajibkan diri mengangkat tangan mendoakan moga Allah membantu saudara2 kita di Palestin khasnya dengan munajat dan Qunut Nazilah.
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 merekaYa Allah.
Leburkanlah kumpulan2 mereka.
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka.
Goncangkan pendirian mereka.
Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka.
Wahai tuhan yang gagah perkasa.
Wahai tuhan yang penuh raksasa.
Wahai tuhan yang bersifat murka.
Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah! Ya allah!
Wahai tuhan yang menurunkan kitab.
Wahai tuhan yang mengarakkan awan.
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab.
Kalahkan mereka.
Kalahkan mereka.
Kalahkan mereka.
Dan menangkan kami ke atas mereka.